Showing posts with label Pelakon. Show all posts
Showing posts with label Pelakon. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Majlis Kahwin Di Rumah Atau Di Dewan?

Tahun ni perasan tak ramai artis kawen masa yang lebih kurang je? Lusa pulak, Jumaat, Yasmin Hani akan berkahwin dengan Sha'arin Razali. Aku bila lagi? Tettttttttt.... Kawan pun ramai dah kahwin dan bakal kawin sebelum hujung tahun ni berakhir. 11.11.11 nanti, ada sorang blogger Sarawak. Bakal isterinya, kawan aku dari sekolah. Suka bila lihat orang sibuk dengan persiapan. Esok-esok kalau aku nak mintak pendapat, ramai la kannn yang boleh bagi . Ada yang buat di rumah, ada yang buat di dewan. Mana lagi senang? Mana lagi meriah? 


Kahwin Di Rumah

1) Boleh eratkan hubungan kekeluargaan, sebab semua kerja buat sama-sama
2) Lebih jimat sebab tak perlu sewa dewan, makanan pun masak sendiri.. (tapi ada gak buat catering kan?)
3) Tak perlu nak ke hulu - ke hilir. Letih....
4) Ala-ala tradisional ditu...
5) Letih nak bersihkan rumah sebelum dan selepas majlis....
6) Lagi?



Gambar aku amik masa tahlil nenek sedara aku kat kampung Bako hari tu


Kahwin di dewan atau hotel

1) Belanja lebih
2) Lebih mudah dan teratur
3) ......?



p/s: Pendapat kamu? Mana lebih best? Kahwin di rumah ke di dewan?





Older Posts Home