Tuesday, June 22, 2010

Terkenang...

Suatu ketika dahulu…..

Birthday pertama kali aku sambut dengan kamu. Masa tu masih lagi malu-malu siput. Aku dan adik kamu dah komplot nak wat surprise untuk kamu. Tepat jam 12 malam 31 Mei masa tu, aku soh adik kamu ketuk pintu kamu dan bagi hadiah dari aku.

Tapi… rancangan tak menjadi. Sebabnya aku telah merosakkan tarikh 30 Mei tahun tu. Jadinya, malam tu kamu tak keluar bilik. Bila adik kamu ketuk pintu, kamu tak nak buka. Oh! Sedih sungguh aku. Lepas tu, aku try jugak pujuk kamu, walau pun sebenarnya ego aku melangit.

Aku mainkan melody Happy Birthday dengan gitar. Tah berapa lama aku belajar sebab masa tu tangan tak kuat lagi nak tekan tali gitar. Akhirnya aku dapat pujuk kamu, tapi still kamu tak nak bukakan pintu untuk adik kamu.

Akhirnya, aku terpaksa la pecah rahsia. Aku cakap adik kamu ketuk pintu sebab nak bagi kamu hadiah dari aku. Oh! Sungguh tak seronok jadinya kan? Kamu pegi bilik adik kamu then amik hadiah. Hadeyh! Hee…. Aku malu-malu bila kamu cakap kamu suka dengan hadiah tu.

Sebolehnya aku sentiasa nak bagi kamu yang terbaik dalam hidup ini. Sampai bila-bila pun. Asal kamu tahu, aku takkan berubah. Kalau dulu begitu, sekarang pon begitu, akan datang pon begitu. Kerana hanya kamu yang aku mahu.


Aku Sayang Kamu,

4 kata-kata jiwang:

dLa said... BALAS

wahh wahh.
sweet nyee ;)
semoge kekal ye syg :)

Amni said... BALAS

Thanks dear... Amin~ Doakan lagi... hihi....=)

dLa said... BALAS

dla follow n link blog kamu jgak syg :)

Amni said... BALAS

Thanks dear~ =)

Newer Post Older Post Home