Friday, February 15, 2013

Poyo kot?

Tahu tak perasaan teruja blogging tu buat aku tak perasan aku boleh blogwalking sampai dua jam?

Tahu tak perasaannya bila blogwalking baca entri kawan-kawan rasa nak tinggal komen, tapi aku tak tahu nak tulis apa sebab segan?
 
Tahu tak perasaan exitednya bila dapat notification ada komen masuk padahal entri baru up? 

Tahu tak perasaannya bila masa tinggal komen kat blog kawan dalam masa yang sama kawan tu tinggal komen kat entri kita jugak? Rasa macam ada chemistry. 

Tahu tak rasa macam mana perasaan tak sangkanya bila ada orang sudi nak singgah blog aku padahal tengah malam buta?

Oh! Itu poyo. LOL! Macam baru semalam blogging. 

Serius aku pegi semua blog terutama yang kat side bar, baca entri kawan-kawan, ada yang dulu single, sedih-sedih dah ada buah hati. Ada yang dulu dah tunang, sekarang dah kawen. Ada jugak yang sedang tunggu baby deliver. Ada yang baru tau mengandung. Ada yang dah habis degree, sambung belajar master dah. Ada yang dah lama tak blogging tapi muncul balik. Ada yang bla.. bla.. bla.. Senyum-senyum baca entri sorang-sorang. Rindunya lah. Sedar tak sedar pukul 2 pagi.

Baca, nak komen. Tapi tak tahu macam mana nak start conversation. Ada yang memang contact lagi dengan aku sampai sekarang tu aku tak la segan nak komen entri. Ada yang aku nak komen, nak tanya soalan, tp rasa teruk sungguh tak tau apa cerita. So baca satu-satu lastnya tak komen. Sebab memang tak tahu nak komen apa. Tapi ada jugak yang memang aku tak contact langsung, tapi aku boleh komen.

Tahu apa yang lebih poyo? Report tak sentuh langsung, tapi malam ni aku boleh Up dua entri. Jangan esok hp bunyi pagi-pagi bos tanya report. Bos tanya payment. Baik off wasap siap-siap.

ok bai! Nak tido!




p/s : Poyo tu apa eh sebenarnya? Serius aku rasa best je dengar orang sebut poyo. Tapi exactly meaning aku tak tau. Poyo! =D

Menulis Lagi

Menulis ni elok. Terapi diri. Bila baca balik entri lama, rasa nak tergelak. oh! Lupa. Dah berjaya meng'approve' semua komen. Rasa nak jadi blogger tegar lagi. Seronok. Rasa nak baca blog semua orang. Kalau tak komen pun, just tinggal jejak. Mood tu datang balik. Paling penting nak menulis apa saja. Boleh?

Kamu? Yerdeh Jiwang memang tentang Aku dan Kamu. Dulu menulis apa je aku dan kamu rasa. Yang penting kamu kan? Tapi banyak yang aku dah simpan dalam draft. Tak sesuai untuk umum sebenarnya. Bukan sebab kamu itu siapa. Tapi sebab kadang-kadang lebih baik simpan yang sweet itu hanya untuk aku dan kamu. 

Aku? Dah sepenuhnya bekerja sendiri. Di office sendiri. Ada kawan tolong dan temankan di office. Jadi tak bosan sangat. Sangat membantu. Jadi tak de la sampai tak tidur nak siapkan semua report sales, buat account lagi, belum lagi marketing part. Seronok. Banyak benda baru belajar. Sampai satu tahap aku lupa dulu aku tak suka pun business. Hujung bulan ni genap setahun buat business dengan serius. Serius setahun? Aku sendiri tak perasan. 

Ni sebenarnya nak ambil mood buat report. Patut hantar  15 Februari. Tapi alih-alih ke sini. Tunggu mood. Mungkin boleh blogwalking dulu. 

I miss You! You & You. 

Till then. Jumpa lagi kamu. 

Tuesday, November 20, 2012

Biar Hati Berbicara

13 kotak datang hari ni, semua muka senyum lebar.

Terjaga dari tidur sebab kamu call,
baru balik dari tengok movie dengan aizat & zee avi.
Beberapa hari ni tak sempat nak borak.
Ada pun whatsapp.
Masing-masing sibuk.

Kamu call tadi, borak sekejap.
Lepas tu kamu nyanyi lagu spontan.
Katanya nak dodoi tidur.
Lol.
Sengaja aku diam.
Supaya kamu ingat aku dah lena.
Sebenarnya nak kamu habiskan makanan cepat
Dan rest untuk rehearsal esok.

Dalam diam, tiba-tiba air mata mengalir.
Allah.
Sensitipnya hatiku.
Setiap bait kata menyentuh sampai hati.
Banyaknya sebenarnya plan tak jadi.
Banyaknya benda dah jadi.
Pejam celik,
Beberapa hari lagi anniversary.
Apapun berlaku, pasti ada hikmahnya.
Terima kasih kamu.


Sent from my HTC

Sunday, November 18, 2012

Congrats Kamu!

Curi dari kawan yang sanggup amik ganbar dari tv. Lol!

Bila dikenangkan balik, kamu akan gelak panjang.
Macam mana kamu lepas AF jadi sangat sensitif.
Sampaikan kamu cakap dulu, 'aku akan buktikan siapa yang akan naik dulu' lol!

But now, kamu lebih positif.
Bak kata kamu,
'Hidup ni kita tak perlu buktikan apa-apa pun.. yang penting, buat yang terbaik, insha allah, yang baik akan menyusul'

Am soooooooo proud of u babe!

Top 6 Semifinal Muzik2 minggu ke-2 bukan bermaksud akan ke Juara Lagu.

Tapi Top 6 itu untuk permulaan dah sangat bagus.
Actually masuk semi final pun dah sangat bagus kan?

So, tahniah kamu.
Well done!
U did very good job!

P/s ; terima kasih banyak pada yang selalu menyokong kamu. Anda tahu siapa anda.. ;))))

Sent from my HTC

Thursday, November 15, 2012

Miri! Here We Go!

Rindu 4 tahun dulu.
Berdiri di depan pentas, amik video kamu perform.
Lagu SyurgaMu.
Masa tu ramaiiiinyaaaa laaa perempuan cair.
Saya perlu terima hakikat saya tak layak untuk kamu.
Lol!
Lepas event tu,
Kita semua terus naik bas untuk balik kuching.
Masa nak ke bas,
Tengok kamu bawakkan beg budak perempuan.
Actually budak tu memang sangat rapat dengan aku.
Cuma aku tak tau sejauh mana hubungan kalian.
Oh miri!
Malam sebelum kamu perform,
Kamu pesan kfc.
Bob kata kamu demam.
Kesian.
Konon-konon perhatian kerana fasi kan.
Eh. Tak.
Memang sebab itu.
Entah bila perasaan terhadap kamu tu berputik.
Yang aku tau, aku cuba nafikan.
Lol!
Kenapa?
Entah!
Mungkin takut dikewakan.
;)
Dan malam ni ke Miri lagi
Atas urusan kerja.
Ingatkan saya,
Esok kena dengar HotFm 30, okeyh!



P/s ;
Komen 1 ; setuju bila anda komen kata mungkin sebab masa sales belum ada keperluan.
Komen 2 ; terima kasih doakan..  Masing3 sibuk dengan kerja kan.. sebenarnya tak pernah berhenti blogging pun. Cuma lebih senang tak menulis. Hiks.

#saya tak dpt approve komen sebab update guna hp je.
#terima kasih komen. Saya baca.. ;))

Sent from my HTC

Older Posts Home