Sunday, January 12, 2014

Sekarang Dah Tiada Perasaan

Matilah dah ada application blogger kat Hp ni. Siap sedialah dengan entri merapu update macam biasa. (Macam biasalah sangat! ;D)

Tengah tunggu suami, godek-godek google play, jumpa application ni. Terusssss download. Selamatlah..

Tengah tunggu suami, baca entri yang dah masukkan Kat dalam draft. Whoa! Banyak! Sebab dulu sentap bila dapat komen ganaih. Terus simpan entri tu dalam dalam draft. Bukan semua orang suka baca apa yang kita cerita kan? Tapi kenapa nak heran sangat apa orang cakap pasal apa yang kita tulis kan? Selagi tak mengutuk orang, lain-lain, itu pandangan kita. Bukan semua orang boleh terima. Ya.

Ada sorang ni pernah inbox kat fb kata menyampah tengok status pasal tunang banyak sangat. Yang peliknya, dia tak de dalam friendlist. Macam mana boleh baca? Sebab masa tu facebook private. Yang peliknya jugak, masa tu susah sangat nak update pasal tunang kat facebook. Manusia.. kita buat apa pun bukan semua orang suka. Yeah.
Alhamdulillah, semua buat kita jadi insan. Kalau dulu tak pernah rasa orang kutuk direct. Tapi sekarang macam tak heran dah. Orang tak kenal kita. Jadi orang boleh cakap apa sahaja..

Terima kasih yang wish wedding 'aku & kamu' hari tu (hari tu macam baru semalam, baru hari ni nak cakap terima kasih?;D) .. Ada yang kenal dari 1st entri tu.. Ada yang komen lama-lama bila lah nak merasa nasi minyak 'aku & kamu'..

Alhamdulillah, atas doa kalian, Allah swt dekatkan Kami.. Terima kasih tak terhingga. Moga doa-doa yang baik tu, Allah swt bagi berlipat ganda baiknya untuk kalian. Aamiin... Maaf sangat-sangat tak dapat nak jemput semua. Tak sempat ya jugak. Tak de alamat ya jugak. Tak tau nak contact macam mana ya jugak. Ok alasan ja semua tu. Terima kasih yang sudi datang Dan berkongsi hari bahagia 'aku & kamu'..

Terima kasih. Jumpa next entri. Suatu perjalanan di Kuala Lumpur..

2 kata-kata jiwang:

erolnukman said... BALAS

yo! kimsalam dgn amir jahari penghibur jalanan ahhh..hehehe..

Oshin Kecik said... BALAS

selamat pengantin lama...ehhhh hahaha

Newer Post Older Post Home