Monday, January 13, 2014

Karenah..

Banyak benda kat dalam hidup ni sebenarnya senang,
tp disusahkan kerana sistem atau sikap manusia.
Sistem mungkin sukar untuk diubah.
Tapi sikap manusia itu boleh.

Teringat dulu buku simpanan tabung haji aku hilang.
Masa tu nak simpan kat tabung haji kena ada buku,
atau sekurang-kurangnya tahu lah no akuan.
Jadi, pergilah tanya dengan pekerja Kat tabung haji.
Diorang bagi borang,
suruh isi, lepas tu buat akuan bersumpah bagai, baru boleh dapatkan buku yang baru.
Oleh kerana leceh, tambahan lagi kesibukan bekerja, aku tak pergi buat pun.
Setiap Kali pegi tabung haji temankan mak, aku tanya tak boleh ke lupuskan je yang lama, ganti yang baru, diorang kata tak boleh.

Ok, fine.
Kalau ada kesempatan, aku pegi.
Tak de pilihan.

Nak dijadikan cerita,
Lepas majlis kahwin, aku temankan kamu ke tabung haji.
Buka buku akaun tabung haji kamu.
Sampai je Kat sana, lepas ambil nombor giliran, dari jauh, ada orang panggil Kamu.
Petugas Di kaunter.
Pelik kejap.
Aku ingatkan itu saudara kamu.

Tak lama lepas tu sampai giliran aku dan kamu.
Kebetulan giliran di kaunter orang yang panggil nama kamu.
Petugas-petugas sebelah nyebelah sempat tanya khabar kamu.
Sempat juga tanya aku ni ke isterinya kamu.
Rupanya mereka tengok dari Surat khabar.

Sambil abg petugas tu uruskan buku akaun kamu,
Aku saja lah tanya,
'Kalau buku saya hilang, macam mana yer? Boleh sy dapatkan yang baru?'
Dia Tanya hilang Kat mana semua lepas tu dia mintak nombor Kad pengenalan.
Itu sahaja.
Dan tak sampai 10 minit,
aku dah dapat buku yang baru.

Senang?
Ya senang kalau manusia tu ada sikap toleransi.
Benda mudah, jangan sukarkan.
Sistem ya sistem juga.
Tapi manusia masih ada pilihan untuk tolak ansur.

Terima kasih pada abang petugas tabung haji tu.
Sebelum ni tanya kat dia jugak.
Tapi dia bagi borang.
Bila datang dengan kamu,
Tak sampai 10 minit pun.
Entahlah.
Mungkin sistem dah berubah.

Adios!

7 kata-kata jiwang:

Oshin Kecik said... BALAS

maybe sebab Amni datang dengan Amir kot hehehe

Mama Safiy Arfan said... BALAS

dh lm x dtg cni .... tahniah dh kawen pn awk hihi

marinahunny said... BALAS

Assalamualaikum am ni. Lama nye x baca blog amni. X tau plak dh kawen kebetulan terlihat mirul dlm en can apa ntah dia sebut isteri.

juls julie said... BALAS

menar kata kitak ya..kdg2 disebabkan sistem, semua menda senang jadi susah..

contoh..baruk2 tok kmk mok top up duit kat ASB Mak kmk...

sampei2 kaunter, sidak nanyak borang dah isi ka belum... bila tanyak balit, sidak madah perlu ada borang..ehhh? kenak mok pakei borang indah sedangkan kmk mok masukkan duit..bukan mok keluarkan duit mak kmk..

ujong2, sik boleh masok duit..geram nyawa ehh..

Jenny Pa-un said... BALAS

hye sis, lamak sik blogwalking ke blog kitak. :)

manusia memang banyak karenah.. hehe

Mrs. Ichiban said... BALAS

Haih... Lain kali embak ktk duak mirul jaklah. Buku kmk ilang juak tok.

nor said... BALAS

masih sama..suami juga kehilangan buku akaun terpaksa buat surat n pengakuan sumpah.. sistem akan jadi mudah bila mana orang yang menguruskan sistem itu mengenali rapat dengan orang bermasalah..begitu la dunia..semuanya memerlukan saling mengenali.. baru lah sistem menjadi mudah dan tidak bermasalah...

Newer Post Older Post Home