Tuesday, June 21, 2011

Balasan Orang Kuat Mengusik

Peristiwa malam tadi buat aku gelak dengan kamu. Sejak bila kamu dah confuse aku tak pasti. Tapi memang bila balik Sarawak kamu akan tersasul sekejap. Tak dapat nak hilang pelat semenanjung kamu. Pernah sekali kat Seven On Seven di Matang, terjumpa kawan lama. Orang tanya dalam bahasa Sarawak, tiba-tiba kamu jawab dalam slang semennanjung. Sah-sah kena sakat. Yer la, kamu kat Sarawak. Bukan kat semenanjung kan? Jadinya, mesti lah kena cakap Sarawak.

Tapi, biasanya pegi mana-mana pon, orang akan ingat aku dan kamu pelancong dari Semenanjung. Kadang dah cakap Sarawak ni, orang masih ingat aku dan kamu dari Semenanjung. Mungkin penggunaan bahasa seharian aku dan kamu yang tidak mengikut piawaian orang Sarawak. Aku dan kamu lebih banyak menggunakan bahasa baku dalam percakapan seharian dengan slang Sarawak. Err... Dan mungkin jugak sebab iras aku dan kamu Semenanjung type. Memang ramai yang ingat aku dari Johor. Kamu pun sama. Adakah kat dahi aku dan kamu ada tertulis, 'DARI SEMENANJUNG?' err...

Tak nak cakap panjang, meh kenakan kamu...



Boleh dia gelakkan aku bila aku guna word SISIR. SISIR tu dalam bahasa Sarawak. Biasa kat Sarawak orang guna word SISIR. Kalau bahasa melayu nya SISIR tu SIKAT. Tak paham yang seterusnya? Yanga yat-ayat seterusnya tu aku usik dia. Hiksss! Balasan orang yang suka mengusik orang. Kan dah kena... 

New Entri dari Kamu :   I Love U Amni : Khas Untukmu

7 kata-kata jiwang:

ainz said... BALAS

dah jadi orang semenanjung la dia..lame dia kat sini..hehe..amni nye bhs swk pun sy bleh paham lagi..xde la pekat sangat..

sukasuki said... BALAS

lain benar eh sleng nya.saya pon x paham.cik amni cakap apa.heheheh...

Hanis MY said... BALAS

owh tidakkkk akak tak faham huhu, ajar la ajar la hik2... aa sisir sm cm bahasa kelantan, sama maknanya...

Amni said... BALAS

dear ainz,
maksud ain, yang mana satu? Yang atas ni ker? Hahaha... Tu bahasa kpg.. =p yang main tibai je.. Hahaha...

Dear kak hanis n sukasuki,
hiks! T amni translate kk.. Hehe...

.sweet-ants. said... BALAS

hahhaa mcm zaman melayu traditional plak..sisir ;p

sergeant keroro said... BALAS

hahaha. kan dah kena :P

bspotgurl said... BALAS

Ermm, teringat pulak slang Sabah..hehhee Sabah bah!!!

Newer Post Older Post Home