Showing posts with label BFF Teman Tapi Mesra. Show all posts
Showing posts with label BFF Teman Tapi Mesra. Show all posts

Monday, February 13, 2012

#BFF

Rasanya aku pernah cerita dulu aku ada ramai BFF. Yang ramainya pulak lelaki. Yang perempuan, boleh dihitung dengan jari. Nak dijadikan cerita hari tu aku pernah cerita kat M pasal business catalyst aku. Last week, BFF MRSM ajak jumpa. Termasuk lah dengan M. Ada Asfar, Suliza awek si M dan yang lain.

Bincang punya bincang, dapat kata sepakat, nanti aku perlu buat kertas kerja untuk mereka baca planning aku untuk jadi Distributor untuk the whole Sarawak. 

KLIK untuk ke Laman Rasmi Catalyst - Dietary Supplement

Dah bagi kertas kerja. Mereka dah baca. Tapi kata sepakat belum ada. Sampailah semalam bos catalyst dari kedah call tanya macam mana pasal DC tu. Aku masih berminat ke. Kalau berminat, tapi modal tak cukup, dia suggest untuk bagi dua dengan stokist Miri since dari Miri pun ada yang berminat untuk jadi DC ni. 

Aku contact mereka balik, bincang macam mana. 

Seriusnya aku tak kisah. Ada ke tak de modal untuk jadi DC ni, aku tetap masih business macam biasa sebab aku masih lagi Stokist Catalyst Kuching kan. 

Tah macam mana, mereka cakap kat aku, everything is ready. Boleh cash kan duit bila-bila masa. 

Aku camm? Ehhhhhh! Korang semua biar betul??? Gila kot nak kumpul duit jadi DC tu bukan sikit. 

Mereka cakap dah ada, dan mereka percaya untuk aku uruskan semua. Seriussssssssss???

BFF! Dari dulu, bila-bila mereka sentiasa ada. Dah 13 tahun kawan, siapa sangka kami masih setia berkawan. Cuma sekarang persahabatan kami dah berkembang dengan adanya keluarga baru masing-masing. Siapa sangka ada yang dah ada anak, bakal ada anak, dah bertunang (aku lah tu!) dan ada yang bakal kahwin (aku lah jugak tu. Eh?)

Doakan aku dapat memikul amanah ini dengan sangat-sangat baik. Mudah-mudahan rezeki yang ada dapat dikongsi bersama. Aminn.. 


Salah satu produk, Virgin Coconut Oil.

Yang berminat nak jadi agen dan stokis, boleh hubungi aku,
Amni, 016-8789437,
email , amnicatalyst@gmail.com
atau twitter, @CikAmni

Monday, January 16, 2012

Lagu Tema BFF Teman Tapi Mesra, Lagu Kamu

Last year, sebelum cerita Vanilla Coklat ditayangkan, ada email untuk dapatkan kebenaran kamu untuk guna lagu kamu digunakan kat dalam cerita tu. Ramai gak yang perasan dan tanya-tanya kat twitter bila aku post entri cakap tak sabar nak tengok cerita Vanilla Coklat. 

Tapi, sebab benda tak confirm, aku tak berani la cakap lebih. Kamu cakap, akan keluar kat cerita lain. Dan kamu pun tak pasti cerita apa. 

Dan malam tadi, tak tau kenapa sangat exited nak tengok cerita pukul 9 malam kat tv3. Sementara tunggu, aku main twitter (@Amni_Amirul), tanpa perasan, masa tu lagu kamu main kat tv. Selamba jer aku nyanyi jugak. Lepas tu.. eh????? Part yang, ONE MORE TIME tu buat aku nak menjerit. LOL! Baru perasan lagu kamu untuk opening cerita BFF tu. 

Dan-dan call kamu. Kamu dah gelak-gelak. Kamu pun macam tak percaya. Bukan setakat opening sebenarnya, lagu kamu adalah lagu tema. Maknanya sepanjang cerita memang akan ada lagu kamu diputarkan. oh! Terus rasa sejam tu sekejap giler. Eh?

Ni video akustik kamu aku cilok dari channel kamu,  

Jom layan lagi - Tanpamu by Amir Jahari







p/s: Tersenyum baca tweet kamu pagi tadi, 
"Hidup kadang tak berapa adil. Bersyukurlah dengan apa yang ada. =) Mesti ada hikmah disebaliknya"
Older Posts Home