Showing posts with label Tanpamu. Show all posts
Showing posts with label Tanpamu. Show all posts

Thursday, May 10, 2012

Aku dan Kamu - Untukmu

Dah lama tak mencoret kisah aku dan kamu. Bukan tak nak menulis. Cuma kadang-kadang benda yang sweet itu kalau dikongsi sangat kurang manisnya kan? Hiks. Alasan ni kira boleh pakai la kan..

Terjaga pukul 3.45 pagi kamu call baru balik lepas dengan Anas. Lepas tu aku sambung buat kerja sampai Subuh. Lepas Subuh baru nak terlelap, kamu call. Rupanya kamu tak tidur lagi sebab hafal lirik untuk lagu yang Go Gerila akan perform malam ni. Biasanya Aizat akan menyanyi sekali. Tapi kali ni kamu akan solo. 

Dari suara kamu aku dapat rasa kamu risau. Dengar berulang kali kamu nyanyi. Katanya akan perform tanpa gitar. fuh! Sangat mencabar.

Aku : B, dapat feel tak?

Kamu : Belum..

Aku : Ok, apa kata B try imagine tu kita..

Kamu : Dah.. tapi tak sampai sebab kita sweet, tak gaduh. Susah nak imagine.

Aku : Amboi.. bukan sweet sangat. Ada jugak masa kita tak ok..

Kamu : Tak boleh jugak sebab lagu ni tak sesuai untuk kita...

Aku : hem... Sheikh Raja?

Kamu : Dah nak sampai.. tapi tak jugak..

Aku : Relaks... if u have to close ur eyes, just close ur eyes baby... 

Kamu : *mengeluh*

Harapnya kamu boleh buat dengan baik malam ni. Aku rasa lagu tahun 90-an memang susah lirik dia. Semua lirik berbunga-bunga. Jadi nak faham tu kadang susah. 

Tapi dear, saya yakin kamu boleh! Jangan putus asa okeyh!


Ni masa aku kat KL temankan kamu photoshoot untuk Versus


p/s: Doakan!

Sunday, April 15, 2012

Aku dan Kamu

Dah setahun berlalu sejak kamu digugurkan dari AF9. Bila ingat balik, aku sendiri marah giler bila tengok video kamu yang tak puas hati dan cakap kamu akan buktikan yang kamu akan berjaya one day lebih daripada kawan-kawan yang baik.. 

Masa berlalu.. bila aku ungkit balik hal tu, memang kamu gelak besar dan rasa bodohnya diri masa tu. Kenapa nak macam tu kan? Tapi biasalah.. darah muda. Hamboii.. macam sekarang dah tua sangat kan? Yer.. setahun ni kamu berubah banyak sebenarnya... keanak-anakan tu masih. Tapi bila part kerja dan belajar, kamu lebih serius. 

Aku : Geram kot dengan budak yang suka hina orang lain.. macam dia berjaya sangat..

Kamu : Sayang.. orang macam tu abaikan je.. yang paling penting, jadi orang berjaya.. lepas tu senyap la dia.. 

Aku : Tapi manusia ni bila kita berjaya, lain pulak dia tak puas hati..

Kamu : Sebab tu orang macam tu biarkan aje.. kalau kita layan, sama la kita macam dia.. kan?

Aku : Hemm...


Matang tak matang sangat la.. Tapi bila bertindak, kamu banyak berfikir. Selalu sangat aku dapat motivasi hari ini. Gr..

Thursday, April 12, 2012

This is WOW!!

Nangis baca. LOL! 


Baca di SINI. Petang ni kamu dah fly ke bandung. Syukur semua urusan di Malaysia berjalan lancar. Hopefully semua akan baik di sana. Amin.. 


p/s: Kadang-kadang pandangan orang buat kita jadi makin takut dengan diri sendiri.. Hemm.. 

Monday, April 9, 2012

Faizal Tahir

Aku, kamu dan wawa peminat tegar Faizal Tahir. Bukan sebab lagunya yang best je. Tapi sebab peribadi dan latar belakang pendidikannya. Tabik spring! 

Tahun lepas ada ura-ura Mentor 5, Faizal Tahir akan jadi Mentor. Jadi kamu pegi audition. Boleh kamu letak nak Faizal Tahir jadi mentor. Padahal Faizal Tahir tak de. Tak pe laa.. bukan rezeki. Jadi, kamu pilih Hujan. 

Bila minggu ke ketiga selepas kamu digugurkan masa AF, tau-tau Faizal Tahir dijemput jadi juri. Frust kot tak dapat belajar personal dengan Faizal Tahir kan kamu?

Bila keluar, jumpa Faizal Tahir balik. Tapi jumpa kejap-kejap je la kan? Itu pun kamu dah sangat exited. Aku jeles. Wawa pun jeles. Fuh! Wawa lagi laaa.. dia memang peminat tegar Faizal Tahir. Tapi itu je la masa yang  kamu jumpa Faizal Tahir. Dan siapa sangkaaaa... 

Rasa nak pengsan baca tweet Faizal Tahir ke Joe Lee semalam. Tak terkata aku. 


Dan kamu tweet dia.


Jealoussssss ok! Bang, nak ikut! hiks.. selalunya kita tak tau apa benda yang akan jadi kat kita pada masa depan kan? Kita pernah dibawah, tapi tak selalunya kita akan di bawah. Sama juga. Kita pernah di atas, tak selalunya kita akan selesa di atas. Selagi mana kita berpijak di bumi DIA, guna masa di bawah dan di atas sebaik-baiknya. Yang penting, hidup kena macam resam padi. Makin berisi makin tunduk.



p/s: doakan aku dan kamu. 

p/s: Wa, jom ikut Amir jamming dengan FT. ahaks. *berangan*

Friday, March 9, 2012

Perasaan Ini Pelik..

Pagi tadi terbangun masa subuh, tengok ada SMS dari kamu. Just cakap good night. Tiba-tiba senyum lebar. Selalu tengok ada misscalled je. Tapi pagi tadi ada SMS. Sebetulnya aku dan kamu jaranggg jarannggg dan sangattt jarangg nak SMS. Call pun bila perlu. Kalau ada pun lama, sekali sekala bercerita panjang. 

Perasaan ini pelik. Dapat SMS dari orang yang kita minat memang macam tu kan.

Kadang cukup dengan SMS, jaga diri baik-baik.. Sweet dreams.. sleep tight.. tiba-tiba ada perasaan dunia ini ana yang punya. LOL! Dapat SMS macam tu pun dah boleh buat senyum memanjang sehari suntuk. 

Itu aku.

Lagi pelik, walaupun ada yang baik-baik giler dengan kita, belum tentu lagi kita akan suka. Kadang-kadang yang layan tak layan kita tu la yang best dikejar.

Itu aku.

Kamu?

Aku Wanita.. Punya Hati Nurani...


Ini soalan dari entri yang ini. Baru semalam kan? Eh?

Pertamanya aku bukan bro. Hiks.. Ni baca entri just tengok video yer bro? =D

Keduanya, memang tu gitar klasik. 

Ketiganya, yer, tali nylon, classical guitar. 

Nak lebih infor, gitar tu hadiah yang aku bagi sebab kamu dapat masuk ASWARA. Cukup supportive tak? Hahaha.. Padahal aku lah manusia beria tak nak kamu ke ASWARA kan? Alih-alih, bila kamu dapat, aku pulak lebih-lebih bagi hadiah. 

Perasaaan ni pelik. As long as orang yang kita sayang tu happy, kita akan mudah nak ketepikan perasaan sendiri. Kan? Jangan tipu tak mengaku. Hiks.. 

Wednesday, March 7, 2012

Mintak Maaf...

Malam tadi lepas de dicussion ngan stokist baru, balik rumah, makan, siap-siap nak tidur, mak lepak kat bilik aku, borak-borak.

Mak : Dik, tadi balik muka pucat tu kenapa? Tak makan ke?

Aku: Eh? Bila pulak? Tak de pun..

Mak : Tadi masa nak ambil barang nak keluar balik tu. Pucat je muka..

Aku : Iyer? Tak de pun. Ok jee..

Mak : Rehat kena ada.. Jangan letih sangat..

Aku : Errmm... tak perasan pun. Tapi tengah hari tadi orang makan je..

Borak-borak lagi. Tak perasan betul badan aku letih, muka pucat. Ni sebab makan VCO ke? Err.. tapi memang aku amalkan ambil VCO pagi-pagi dan sebelum tidur ambil lagi beserta dengan collagen. Bangun sure akan segar. Macam biasa.. 



p/s: Maaf mak, buat mak risau.. 

Tuesday, March 6, 2012

Rahsia Cinta Kami : 3K

Pagi-pagi dah bicara pasal cinta. Kena ceramah sebijik dengan kamu malam tadi. Amik mu! 

Hepppp! Ini bukan rahsia cinta aku dan kamu. Tak pernah ada rahsia pun tentang cinta-cinta ni. Malah, masing-masing masih belajar erti cinta. Belajar untuk cintakan DIA, baginda, parents, keluarga, kawan-kawan. 

Rahsia cinta kami : 3K ni aku dapat minggu lepas kot kat hot chat hot.fm. Bila dengar tu aku pulak yang tersipu-sipu malu. oh pleaseeee... berangan yang cakap tu kamu. Sebab lelaki tu yang kongsi rahsia perkahwinan mereka bahagia. Apakah?

Satu daripada K yang selalu juga kamu tekankan, KEPERCAYAAN. Bukanlah kepercayaan membuta tuli. Masing-masing kena percaya dengan pasangan masing-masing. Sibuk bekerja kadang-kadang kita lupa. Batas kita kena jaga. Tahu limit kita macam mana dengan orang lain. Even kita jenis playfull, tapi harus ingat status kita. 

Tapiii.. kata pun manusia kan.. mudah lupa.. sebab tu penting K yang lagi satu. KESETIAAN. Di mana-mana kita pergi mungkin kita akan jumpa orang yang macam lebih baik, lebih menarik dari pasangan kita. Tapi perlu sedar, pandangan pertama selalunya menipu. Jadi, setia lebih baik. Nak mulakan sesuatu hubungan tu mudah, tapi nak pertahankan itulah yang susah. 

Katakan terlupa jugak. Yer laa.. kadang-kadang terrrrrrrrrbuat salah. Contoh terrrrrcuranggggg... kita perlu backup dari yang K yang ketiga. KASIH SAYANG. Kerana kasih sayang kita boleh memaafkan. Tapi kalau dah sampaiiiiiiiiiiii berpuluh kali buat tu baik tinggalkan cari yang lebih baik. 

Kalau nak bersama balik, pastikan dapatkan K yang pertama balik. Dan setialah. Nak percaya balik lepas apa yang tak baik berlaku memang susah. Tapi kalau dapat tahan dan bersabar, insha Allah, ganjarannya lebih baik menanti. 

Tapi ramai jugak yang aku jumpa pasangan dah buat macam-macam pun, still kuat lagi nak bersama. Pertahankan selagi mampu. Tapi kalau dah cukup letih, berhentilah. Cuba buka ruang untuk diri sendiri. 

Hepppp! Ini bukan Rahsia Cinta Aku dan Kamu. Itu rahsia cinta abang tu dan isterinya. Aku tak cakap sebijik. Aku olah supaya maksud lebih kurang sama.. 

I love u more!

Monday, March 5, 2012

Susah, Tapi Kena Jugak Kadang-kadang..

Bila awak tegas, bukan maksudnya awak tak baik. Tapi awak kena tegas supaya awak dapat baik dengan semua orang. Ada masa awak boleh kasihan. Tapi kalau kasihan je tak cukup. Itu dah jadi tanggungjawab awak untuk bantu. 

Ada orang dia tak suka kita kasihan kat dia. Dia akan rasa malu, rendah diri. Lepas tu akan mula rasa lemah tak berdaya. Tak semua orang bila kita kasihan dia akan majukan diri. Sama jugak, tak semua orang bila kita marah dia akan ambil iktibar, dan berubah jadi lebih baik.

Semua pun learning process. Bila orang ni bagi pandangan dia, tak semestinya dia betul. Dan tak semestinya jugak dia salah. Keadaan yang akan buat benda tu betul atau salah. 

Betul bermaksud, meletakkan yang hak betul pada tempat dan masanya. 

Bila kita dah baca, bukan bermaksud kita dah faham. Sebab lain orang lain interpretasinya. 

Hem.. apa tah aku luah. Aku pun tak tau. Yang penting aku berada dalam kesulitan itu. Diluah mati mak, ditelan mati bapak.

Kamu cakap, rezeki masing-masing.. 

Thursday, March 1, 2012

Amni Teman Wanita Amir Jahari

Saja bukak nuffnang. Tengok apa la yang orang selalu seacrh sampai jumpa blog aku kan. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... Tengok ni! Meh kasi zooommmm... 

Klik untuk besarkan. 


Weeeeeee... Baik ngaku! Siapa carik ni. Maaf, anda gagal jumpa apa yang ada cari sebab Amir Jahari tak de teman wanita. Dia cuma ada tunang je. Hiks... Meh la berkenalan. Jangan la menyorok. *wink*

Tuesday, February 28, 2012

Give up!

Benda ni jadi dalam sebulan kebelakangan ni. Banyak benda yang buat aku putus asa. Aku putus asa nak naikkan berat badan. Putus asa nak kulit cantik. Putus asa nak makan Virgin Coconut Oil sebab lambat sangat kesannnya pada badan dan kulit. Serius memang aku dah survey produk lain. Just imagine macam mana stokist yang bakal jadi DC boleh lemah semangat kan?

One day, ada seorang blogger syorkan produk shaklee. Bila tengok testimonial semua, aku rasa macam, wahhh! Amazing! Nak try jugak la. Gila siapa tak nak berat badan baik, siapa tak nak kulit cantik gebu kan? Dah tu pulak orang yang jual tu pernah jadi pengguna tegar produk catalyst. Harus aku nak tahu kenapa dia beralih arah.

Jadi, aku email. Tanyak berapa harga semua. Tanya kenapa tak guna catalyst lagi. Risau. Macam-macam ada perasaan masa tu. Tapi blogger tu tak nak bagitau pulak kenapa dia tak guna catalyst. 

Tak tau kenapa, aku ada cash kat tangan, tapi aku tak nak bank in dulu duit untuk beli shaklee tu. Macam-macam aku rasa. No. Aku bukan nak cakap shaklee tak bagus. Tapi aku sayang dengan catalyst.

Sampailah aku jumpa En. Shar, bos Catalyst, juga Dr. Razif consultant untuk catalyst yang ada PHD dari Jepon dalam reseacrh untuk Virgin Coconut Oil. Banyak yang aku tahu. Banyak yang aku belajar.

Aku tahu VCO ni supplement. Tapi aku tak tahu dia akan ambil masa yang lama untuk pulihkan badan aku yang memang lama tak service. Dia akan pulihkan semua sistem badan kita. Tapi slowly. Yang bagusnya, bila semua dah dipulihkan, apa yang kita idam-idamkan tu kita akan dapat. Cumaaaa.. perlu konsisten. Makan berterusan. 

Dan yang bagusnya, aku lebih confident lepas cakap dengan En. Shar dan Dr. Razif. Aku lebih tahu satu-satu tentang produk dan kelebihannya. Tahu juga macam mana nak makan untuk nampak kesan bagus. Harus tahu.. kalaulah kita makan supplement tapi langsung tak de apa-apa yang kita rasa, harus kita buat check up. Risau-risau kita ada masalah dengan LIVER kita yang tak berfungsi dengan baik. Bagi apa pun kalau LIVER problem, dia takkan ada effect apa-apa.

Tentang blogger tu? Biarlah rahsia kenapa dia dah anti dengan catalyst. Bukan sebab catalyst tak bagus. Tapi lebih kepada masalah peribadi. Kalau ada dengar cerita tak baik pasal catalyst, silalah rujuk pada yang lebih tahu. Jangan percaya bulat-bulat cerita orang... Pengajaran untuk aku!

Sekarang sangat bersemangat! Sesiapa nak jadi agen dan stokist untuk Sarawak dan Sabah, maklumkan ya. Aku bagi service yang terbaik, insha allah.. Amin.. 




Monday, February 27, 2012

Tips Kulit Cantik macam Mrs. Yurich

Wah! Siapa Mrs. Yurich? Meh klik LINK.

Lunch tengah hari tadi adalah pertemuan kali ke tiga aku dan kak anne atau orang kenal dia sebagai Mrs. Yurich. Kalau ingat lagi pasal entri Jejak Kasih tu, kak anne ni la orangnya. Kawan kepada allahyarhamah kakak aku. Serius bila jumpa kak anne ada aura kakak aku. 

Kali pertama jumpa masa hantar popia yang kak anne beli.Yang tu jumpa dengan adik aku sekali.

Kali kedua jumpa sebab kak Anne nak beli Catalyst Collagen. Masa jumpa ni la aku dan kak anne borak agak lama. Masa borak tu, mata aku tak lepas tengok muka kak anne. Subhanallah. Cantik giler kulit dia. Wahhh.. Seriusss.. macam baby. Betul2.. 

Tadi, bawak fiza jumpa Kak Anne, masa balik, Fiza pun cakap benda yang sama. Gila teruja nak tau tips kak anne. Meh aku share apa yang Kak Anne share masa kat twitter last week.

Tips Kulit Cantik,
1) Minum banyak air kosong
2) Amalkan makan brokoli untuk kulit
3) Elak makan-makanan berminyak dengan terlalu kerap
4) Minum air barli
5) Buat facial sendiri seminggu sekali di rumah..

Nak tahu lebih lanjut? Boleh tanya Kak Anne sendiri. Hiks. Kak Anne salah seorang pelanggan aku jugak. Dia beli VCO Softgel dan Catalyst Collagen. Orang dah cantik pun makan. Haruslah aku pun nak jugak kan? No worries, VCO Softgel dan Catalyst Collagen ni tak de negative side effect pun. Dapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Mari sama-sama jaga kesihatan kita. Yeay!

Tuesday, February 14, 2012

Biar Mereka Dengan Cara Fikir Mereka

Sabtu lepas, kamu soh aku dengar lagu yang kamu buat liriknya malam masa kamu ada show di UiTM Melaka. Lepas kamu nyanyi, kamu mintak aku interpret lagu tu ikut pemahaman aku.

Aku : Sedih. Kalau saya, saya imagine lagu tu rasa syukur pada Dia dan baginda. Even banyak dosa, banyak benda yang salah saya lakukan, Allah still lagi bagi saya rezeki yang banyak. Saya mohon Dia bagi petunjuk nya dalam apa yang saya lakukan. Dan diakhirnya, saya harap, saya akan jumpa Dia dan baginda kelak...

Kamu : Macam mana boleh baca apa yang saya rasa dan fikir?

Aku : Sebab memang boleh rasa...

Kamu : Tapi nanti kalau release, saya bagitau lagu tu cinta sebelum meninggal.

Aku : Kenapa tak terus terang lagu tu apa sebenarnya maksudnya? 

Kamu : Tak nak nanti timbul ujub bila orang tau. Biar mereka dengan cara mereka fikir. Lagu tu boleh untuk apa saja.

Aku : Oh! Then u should say lagu tu untuk semua. Tanda kasih pada mak ayah, kawan-kawan dan apa saja. Sebabnya orang sekarang dah lemau dah dengan lagu cinta untuk kekasih.

Kamu : Great idea!

Aku : Yey!

Kamu dan kak Adibah Noor masa tribute untuk Whitney Houstan

Ada benda sebenarnya kita perlu simpan untuk diri sendiri. Sebab kalau lebih bercakap, mengundang fitnah pada agama. Lumrahnya semua orang ada rasa kasih dan cintakan agama. Cuma cara setiap orang berbeza. Dan kamu buat aku berfikir, berfikir da berfikir... 

Hari-hari discuss pasal kerja kamu buat aku rasa pelik. Aku ni chemist ke pemuzik? Eh? Kamu banyak discuss dengan aku bila kamu siapkan lagu. Kalau lagu tu tak best, aku akan cakap tak best. Kalau tak cakap pun kamu tau reaksi aku macam mana. 

Aku pernah tulis puisi kat sini. Khas untuk kamu. Diam-diam kamu amik jadi lirik lagu. LOL! Hadirmu,,. terngiang-ngiang lagu tu. Melodi dia ala 60's dan Jepon. 






p/s: Biar mereka dengan cara fikir mereka. 

Sunday, February 12, 2012

Valentine's Day

Pagi tadi borak dengan seseorang,

Dia : Esok Valentine's day.

Aku : Iyer? Esok berapa haribulan?

Dia : 14 haribulan.

Aku : oh! Mesti ramai kan orang jual bunga tepi jalan.

Dia : Yer.. nak sambut jugak.

Aku : Baik sambut anniversary.

Dia : Tu kan hari kekasih seluruh dunia?

Aku : Tu hari kejatuhan kerajaan Islam sepanyol kepada St. Valentine.

Dia : Tak payah ikut cara orang lain..

Aku : Baik sambut anniversary. Hari tu lebih bersejarah kan?

Dia : Abang wan budak tahfiz tu pun sambut.

Aku : Itu dia. Rasullullah tak buat.

Dia : OK.







p/s : Kalau kita boleh hormat agama lain, kenapa kita tak boleh hormat agama kita sendiri kan?

p/s: Menarik untuk dibaca, KLIK LINK

Thursday, February 9, 2012

Panggilan Bila Geram

Tak tau kenapa minggu ni mood gila malas. Semua benda malas. Nak tweet malas, nak blogging malas. Nak buat kerja? Lagi laaa malas. Serius ni sepatutnya ikut plan aku, minggu ni dua report kena keluar. Tapi sampai hari ni, satu report pun tak siap lagi. Hadoii.. Sekarang ni otak rasa nak makannnn je. Tapi bila makanan kat depan mata, tak de selera pulak. Hemm..

Dua hari ni balik-balik mimpi yang sama. Menakutkan je. Tak paham. 

Pagi tadi lambat turun office gara-gara tido mati. Gila lah! Pagi tadi hujan lebat lepas subuh. Rasa macam sedap pulak nak tido. Alih-alih terlajak. Nasib baik kamu kejutkan.

Tapi lepas aku turun office, pukul 9 lebih, kamu tido balik. Ha. Sekaliiii... kamu pulak yang lambat nak siap ke kelas.

Aku call. Tapi kamu tak bangun. Geram punya pasal, aku SMS.

Aku : AMIRULLAH!!

Memang geram sangat. Risau kamu lewat sebab semalam kamu lambat masuk kelas. Nasib baik lecturer sporting. Hemm..

Suka panggil kamu Amirullah. Dulu masa kenal semua orang panggil Midun, Don, Amir, Mirul. Tapi aku je yang suka panggil kamu Amirullah. Tak tau kenapa. Sangat suka. Sekarang cuma akan panggil Amirullah bila geram. hiks..

Kalau kamu? Suka panggil apa?




p/s : Maaf sebab komen belum reply. Will do! 

Wednesday, February 8, 2012

hTC Sensation XL

Dah setahun jugak plan nak tukar hp. Sebab lappy dah rosak, maka nak blogging memang la sangat terhad. Cakap kat kamu. Kamu cakap, ok.

Tapi nak buat pilihan punya lah susah. Sebab semua macam menarik. Mula-mula dulu nak hTC HD. Sebab video recording dia sangat bagus dan internal dan external storage dia besar kan?

Alih-alih masa nak beli, tak de dah stok kat digi centre sebab plan nak ambil data plan sekali.

Hingga hujung taun lepas kamu cakap tunggu kamu balik. Masa tu Samsung Galaxy II sangat femes. Sebab video dia dan gambar dia pun best, maka aku plan nak amik samsung. Dalam hati nak guna blackberry pun ada. Sebabnya kamu guna blackberry. Bila dah tengok depan mata torch 9860, lagi la terpikat.



Gila tak best??

Bincang dengan kamu sampai gaduh. Lol! Sebab aku nak samsung. Tapi kamu soh beli either hTC atau blackberry je. Sebabnya samsung kamu guna cepat sangat rosak. Tapi hp apapun kalau tuannya ganas, memang cepat la rosak kan?

Godek-godek dengan ztie, bincang-bincang semua, jumpa hTC sensation XL. Baru lagi nak keluar. Limited edition kata digi. Siapa cepat dia dapat. Dah akhirnya???

Serius rasa berbaloi tunggu lama. Sekali dapat yang terbaik, memang rasa macam, whoaaa... nak beli iphone. Tapi itu pun kamu tak bagi. Sebab dia tak friendly user macam hTC.




Yang buat aku berkenan sangat sebab video dan gambar dia sangat cantik. Tak payah dah dslr. =D lagi? Rupa dia dah lebih kurang BB Torch 9860. Nak angkut BB Torch 9860 tu, tak keluar lagi kat Malaysia kan? Kamu pun dapat dari blackberry. Jeles! Apapun, hTC sensation XL terbaik lah!




p/s: Ehem.. ada orang jeles. Saja nak bakar lagi. *sigh

Thursday, February 2, 2012

Nak Bagitau Ni..

Terima kasih pada yang follow acc twitter @Amni_Amirul sebelum ni. Untuk makluman, aku dah tak boleh access dah acc tu. Tak tau kenapa. Semua benda tak boleh.

Jadi sekarang, aku dah buat account baru. Mohon kawan-kawan maklumkan pada kawan-kawan lain terutama sekali yang sebelum ni customer catalyst aku. Sorry sangat-sangat dah menyusahkan.



Acc baru : @Cik_Amni



Sunday, January 29, 2012

Terukir Di Bintang

Stuck!

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia




Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu





Hadoiii! Macam mana ni? Serius stuck dengan lagu ni. Balik-balik dalam kepala ni terngiang-ngiang lagu ni. Hemmm.. Sedikit kecewa lagu penakut tak menang semalam. Dah terasa ni sampai ke hati, samapai nak menangis masa Yuna nyanyi tu. Aku bukan peminat Yuna, tapi serius aku rasa Yuna patutnya layak dapat nombor semalam. 

Well.. siapalah aku nak lawan 30 juri kan? Hemm.. 

Laptop Anas Amdan dan camera adiknya hilang masa Anugerah Juara Lagu semalam. Gila seyhhhh... kerja dalam tu... Kalau kita laptop kena reformat bila data hilang sikit pun dah gelabah kan? Ini kan pulakkkk kalau hilang kena curi. Abaikan harga mac pro tu. Yang lagi penting sebenarnya lagu-lagu baru hasil ciptaan Anas dan Aizat. Huh! Ingat idea boleh dapat seminit dua minit ka?

Patutnya kejadian macam tu tak berlaku. Masa konsert Aizat kat kuching dulu gila strict nak masuk kawasan artis bersiap. Patutnya berprestij macam Anugerah Juara Lagu patutnya kawalan keselamatan lagi ketat la kan? Haiyok! No good for busniess!

Mudah-mudahan laptop tu akan jumpa balik. 

Btw, aku dah buat blog khas untuk Catalyst. Tapi belum siap sepenuhnya lagi. Baru dua entri. Kalau nak jenguk, boleh la. Nah LINK

Thursday, January 26, 2012

Tekanan Perasaan

Pagi tadi sempat online fb sekejap. Tengok hot chat hot.fm pagi tadi pasal stress kan?

Aku pelik. Dulu dan sekarang kalau stress habit aku lain.

Dulu kan.. dulu...

Kalau stress, aku suka cuci baju dan seterika baju. Walauuuuuuuuuuuupunnnnnnnnnnnnnnnnnnn baju tu semua dah cuci, dah seterika. Gila no! Bayangkan kalau stress belajar tengah-tengah malam aku akan pegi bilik air, cuci baju. Sorang-sorang tak kisah. Yang pentingggggg.. hati puas. 

Sama la seterika baju. Yang pentingggggggg.. hati puas. Lepas tu baru boleh sambung study balik. Tak pun kalau letih, aku dah boleh tidur. Tak yah dah stress.

Lagi satu, habit aku. Aku kalau stress sukaaaaaaaaaaa beli makanan. Semua benda aku rasa sedap. Semua benda rasa nak makan. Tapiiiiiiiiiiiiii... lepas tu menyesal. Biasanya akan membazir sebab aku tak makan banyak pun. Sebab tak de selera. Setiap kali. Bukan sekali. Setiapppppppp kaliii. Tambah stress!

Tapi itu dulu. Kalau sekarang??

Aku stress, aku cari kamu. Lepas tu membebel macam-macam benda, dah tu lega. Woha! 

Stress nak ikut p Bandung!

Source : gua.com.my

Kalau kamu, stress buat apa ya?













p/s: Nak ikut p bandung boleh bang? Awak buat kerja, saya pegi shopping. Eh??

Wednesday, January 25, 2012

Kepayahan Ini Terlalu Sedikit

Apa kata KOSMO hari ini.



Apa kata Aizat Amdan pula, 


Ini cuma secebis dari suatu impian. Mujur KOSMO tak ceritakan semua. Tapi itu kenangan. Bukanlah family tak mampu nak tanggung. Cuma kamu sejak lepas SPM lagi memang lebih senang cari duit dengan usaha sendiri. 

Bukan jugak aku tak menyokong kamu. Malah, kawan-kawan di sini menjadi saksi kan? Ztie, Sis Vivian, Flo, Cikgu Erol, Encik Labu-labi, Dila, Kila, Ainz, Nabilah, Tia, terlalu ramai yang sentiasa di sisi se awal blog ini wujud. Malah mereka jugak yang membaca luahan hati aku saban hari. Terima kasih semua. 

Dah dah. Tak nak kenang. Boleh buat aku menangis padahal kepayahan itu cuma secebis untuk aku. Masih banyak lagi yang menanti dihadapan. Cerita dulu, semua pun aku dah simpan dalam draft.. Kerana tak semua akan faham kita kan? 

Serius aku sebenarnya nak tutup blog ni. Insha Allah, sooner or later blog ni aku akan tutup jugak... 
Older Posts Home