Showing posts with label Konsert MUzik Fiesta Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Konsert MUzik Fiesta Indonesia. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

This is WOW!!

Nangis baca. LOL! 


Baca di SINI. Petang ni kamu dah fly ke bandung. Syukur semua urusan di Malaysia berjalan lancar. Hopefully semua akan baik di sana. Amin.. 


p/s: Kadang-kadang pandangan orang buat kita jadi makin takut dengan diri sendiri.. Hemm.. 

Saturday, November 26, 2011

Indonesia Kalah Bola Sepak Sukan Sea, Pertikaikan Pengadil

Ada lelaki-lelaki cakap perempuan ni sibuk je nak buat apa yang lelaki suka. Lelaki suka bola, perempuan pun nak jugak suka bola. Dah tu bila lelaki jaringkan bola, selamatkan bola, mulalah minat tak sudah. Kelakar okey! Ada betulnya jugak. Memang ada pun jenis perempuan yang macam gitu. Tapi tak semuaaaa.. Pleaseee...

Jealous eh lelaki? Err..

Kalau nak tau, perempuan suka ni lelaki-lelaki yang suka bersukan. Walau tak hebat sampai antarabangsa, cukuplah main untuk kepuasan diri sendiri. Lebih baik dari menghadap video game 24/7. Kan? Sihat pun sihat. Badan pun tak sakit asyik duduk menghadap video game. 

Hiks. Itu aku.

Eh, malam semalam tengok berita jkat TV 3, pihak Indonesia tak puas hati Malaysia menang hari tu. Ingatkan dah settle. Doping tak boleh, ni nak salahkan pengadil pulak. Ada pulak cakap pengadil tu tak alert bagai. Pelik. 

Yang aku nampak malam tu macam pengadil tu lebihkan Indonesia dari Malaysia. Memang ketara sangat kot. Nampak macam takut je nak bagi kad kuning. Walaupun Malaysia dah kena ganyang banyak kali. Geram pun ada dengan pengadil tu. 

Alahaiiii Indonesia. Dah rezeki kami nak buat macam mana? Daripada awak sibuk pasal kemenangan tu, apa kata fokus dengan tingkatkan stamina pemain-pemain dan strategi. Err.. Malaysia dah sibuk training balik untuk game Malam esok. Yey! All the best Harimau Muda. Apa-apapun, game malam tu memang bestttt!


p/s: Aku bukan minat pemain, aku cuma sokong team Harimau Muda... Beza tu.. 

Monday, November 21, 2011

Penyokong Garuda Meninggal, Harimau Muda Di Suruh Buat Doping Test

Dua penyokong Garuda meninggal dan enam terpaksa dikejarkan ke hospital dan dozens yang tercedera semasa beratus-ratus orang yang cuba masuk ke stadium secara tidak sah. Berita di SINI. Perasan tak semalam ada kamera fokus kat budak yang bergayut kat pagar paling atas luar stadium semata-mata nak tengok perlawanan #GarudaMuda VS #HarimauMuda semalam? Memang dasyat pun penyokong garuda semalam. Tapi, pada aku, kalau dah masuk padang, orang jerit ramai-ramai tu memang dah tak perasan dah kalau fokus main je. 

Nak kata dasyat tak dasyat penyokong Garuda semalam, boleh baca yang INI. Serius sampai ada yang ketuk-ketuk bas yang membawa #HarimauMuda sampaikan mereka tak tertahan kat luar stadium selama 40 minit. Dan Ong Kim Swee optimis bila cakap, kemenangan #HarimauMuda bukannya nasib semata-mata tetapi usaha gigih pemain dan strategi serta praktis yang diusahakan Jurulatih dan semua yang terlibat.. Aku rasa pun macam tu. Kalau semua tak de kerjasama, memang tak boleh la bertahan sampai akhir. 

Tak cukup dengan itu, dengarnya #HarimauMuda dituduh pulak guna dadah, siap pihak penganjur nak buat doping test lagi. Tak tau apa cerita seterusnya. Hem... Tak tau macam mana mereka boleh fikir macam tu sekali. Kalau guna dadah, of course la sampai hujung boleh tahan kan? Ni nampak sangat bila dah akhir-akhir tu, #HarimauMuda macam dah tak larat dan tercungap-cungap. Nak kejar bola pun macam dah tak larat. Banyak defend je di hujung waktu. 

Apapun, aku bangga dengan semua #HarimauMuda walaupun Fakri main macammmm... errmmmm... tak pe.. tak pe... maafkan la.. Yang penting semua dah usaha kan? Dan ini bukti, Malaysia jugak boleh pergi jauh dalam Bola Sepak macam suatu ketika dulu. yey! Tabik spring!!






p/s: Semalam masa lagu Negaraku dikumandangkan lepas penyampaian hadiah, aku kat rumah pun berdiri tegak sekali. Cousin aku cakap aku gila. Aku pedulik hape? Itu kan hormat namanya. Selebihnya sebab aku bangga aku anak Malaysia. Yey!




Tuesday, October 18, 2011

Kerana Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga

Ada satu tweet yang mempertikaikan kenapa kamu nak join Konsert Muzik Fiesta Indonesia dalam keadaan kononnya hubungan Malaysia dan Indonesia yang tak berapa baik.



Gara-gara bola lah salah satu sebab nya kan? Juga ada yang lain-lain lagi. Tapi pada aku, pemimpin negara kita dah cukup matang nak menangani apa jua masalah antara dua negara ni. Jadi, nak ulas panjang lebar, aku pun bukannya pakar.

Cuma yang kelakarnya orang-orang kita yang dok kutuk Indonesia segala ni, bila bab lagu Indo keluar radio, nyanyi pulak. Nyanyi jer tak pe. Tapi masalahnya hafal tu liriknya. Tapi kat facebook, blog, beria kutuk Indonesia. Macam-macam jer komen. Yang melampaunya, ada yang suka suki cakap rakyat Indonesia ni datang Malaysia bukan nak kerja, tapi nak mencuri, jadi penyangak la.. macam-macam... Beritanya pulak bukan sahih yang dia jumpa. Just ulasan dari mendengar cerita-ce

Hem... jangan lah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Mungkinlah ada rakyat Indonesia tu buat hal kat sini, tapi rasanya rakyat Malaysia ke Indo pun ada jugak yang buat hal. Pokoknya semua tu perangai masing-masing. Yang nampak baik, tak semestinya baik. Yang nampak macam buruk pun tak semestinya buruk. Cuma Allah yang paling tahu. Siapa kita untuk menilai kan?

Eh, melalut. Padahal sebenarnya cari lirik lagu Penghujung Cintaku by Pasha ft Adelia. Sekaliiii.... terjumpa gambar Pasha dan Adelia nikah Mac 2011. So sweeettt... suka lagunya...





Penghujung Rindu


Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu









p/s: Cerita Indonesia walaupun banyak episod, pastu berulang tragedinya, masih gak orang Malaysia layan kan? err... 

Monday, October 17, 2011

Terjawab Banyak Persoalan.....

Semalam terbaca entry dari klubbkiddkl. Siapa dah lama blogging, memang dia kenal blogger otai ni. Nampak macam sikit yang follow dia. Tapi kebanyakan yang baca blog dia bukan blogger. Kalau tengok kat twitter dia pon ramai tahu dia ni memang ramai follower. 

Balik pada entri yang dia tulis, aku copy paste je yer.. 


1) Dia kenalkan Amir Jahari. 


"If you've been following my Twitter, you would have noticed aku asyik promote Amir Jahari. Siapa Amir Jahari?


Aku kenal Amir masa dia ujibakat untuk Akademi Fantasia 9. Of course dia masuk tapi digugurkan. I was against it, but hey... it's just a TV show and it's not a measure of one's talent.

Amir ni memang talented, and memang for those of you don't know, dia juga top three protege Noh untuk Mentor yang lepas, tapi terlepas. This was before Akademi Fantasia.

So once abih Akademi Fantasia, aku memang nak prove yang dia ada talent, so aku pun sign him on to my management. Sebelum ni, aku penah naikkan Nikki dan Hazami (for those of you who know, tau la keja sbalik tabir aku ngan ramai termasuk Ning Baizura, Misha Omar... and event non-singers like Fazura.

Selepas lapan tahun tak scout talent bebetul, aku pon take on Amir as a challenge. Challenge sebab first step, tanak pakai nama 'AF' balik nama dia. So Amir Jahari it is.

Aku start grooming in terms of music, vocals and communications and bak dia merata tuk witness how it is to be in the industry.

And then we signed on to Kasi Gegar, for the production of Amir's first single, yang ditulis sepenuhnya oleh diri sendiri. It was a gamble, tapi aku yakin pada bakat Amir. Seriously, dak ni old soul when it comes to music. Baru umur 19, kalau ko dapat tengok proses dia cipta lagu, memang... amazing.

My choice of Kasi Gegar, pas consider Anas dan Aizat sendiri nak produce the single. Skali ngan Datuk Amdan, yang pujuk kami join Kasi Gegar, aku pon stuju pas discuss ngan Amir"


2) Cerita tentang Promosi Tanpamu


"And the last three months (tolak bulan puasa and a couple of weeks sebab Raya) it has been amazing. Tanpa promosi, Tanpamu telah berjaya menawan hati ramai. 



The song sudah pun masuk carta XFM, Era FM - and juga carta harian Hot FM (baru start dimainkan) manakala Suria FM pon da start.

Amir has been invited for performances in TV programmes over RTM (Hello On 2), TV3 (tamu Muzik Muzik yang baru tayang hari ni), ntv7 (Bella) as well as radio programmes on XFM dan juga sebagai tamu Carta Era FM.


Mereka yang di Sabah Sarawak dapat tengok Amir perform single dia masa baru release ketika opening Borneo Tour Aizat Amdan. 

By the way, Amir ni friend of Blackberry. Heh... kira dia duta la.


Kalau korang minat, sokong lah Amir ngan request lagu atau undi kat semua stesen radio kegemaran anda. Memang happy response has been good, despite us being independent and with very little promotion"


3) Aktiviti Amir Jahari untuk 20,21,22 dan 23 Oktober di Kuala Lumpur


"Kalau korang minat, Khamis ni Amir akan perform di Moonshine anjuran Reza Salleh di Laundry Bar. Come! Also Pada 21hb hari Jumaat dia akan perform kat wedding sebuah rakan artis (rasanya kalao sapa tau tarikh ni tau sapa nya wedding), Sabtu dia akan perform kat October Tweet Fest (sapa hantu Twitter mesti tau gathering Twitterers Malaysia terbesar di Malaysia) dan Ahad dia akan perform kat Konsert Muzik Fiesta Indonesia.





The only local artistes performing for the konsert is actually Jinbara dan Kristal yang wat opening. Amir nya slot lain sket... dia akan wat penampilan khas collaboration ngan... *drumroll please* SHEILA ON 7! Amik ko... yeay! Teramat happy.


4) Perkembangan Terkini dan Single Ke dua

Meanwhile pada sapa yang da jadi fan Amir, dia akan bermula rakam lagu untuk album Altimet dan DJ Fuzz yang mintak lagu dari dia tuk recording bersama dalam bentuk acoustic hip hop. Also dia tengah siapkan lagu untuk runut bunyi filem baru Hans Isaac yang akan datang. Adibah Noor pon da mintak nak collaborate, so memang happy lah ramai da mula minat bakat Amir.

Meanwhile kami sudah pun ada tiga baru Amir untuk dipilih mana satu jadi single kedua.

Untuk single kedua, aku tak tentukan dengan pihak mana aku nak berkerjasama kerana aku dan Kasi Gegar agree on mutual agreement deal by single. Sebolehnya aku nak kembangkan bakat Amir dan push him to another level supaya dia leh jadi generasi baru singer-songwriter.



Kalau nak baca lagi yang detail, boleh terus ke blog KlubkiddKl.  





Older Posts Home