Tersenyum bila ada yang cakap, lagu apa pun yang kamu buat, apa je lagu kamu, aku akan suka. Sebenarnya, tak semestinya kalau lagu tu kamu buat aku akan suka. Boleh tanya kamu. Tak sentiasa aku cakap lagu kamu buat tu best. Dan tak jugak selalu aku cakap suara kamu best bila nyanyi.
Aku cuba menilai macam orang biasa. Maksudnya kalau tak best, aku akan cakap tak best. Kalau best di telinga aku, aku akan cakap best. Dan kamu jugak tahu kalau lagu tu best kamu nyanyi atau buat, aku exitednya lain. kalau dibuat-buat pun kamu tau. Jadi, memang tak de guna la kan saja-saja nak cakap best sebab kamu tunang aku.
Sama macam aku cakap aku minat Shila Amzah. Tapi tak semestinya aku minat Shila Amzah jadi aku cakap Shila Amzah nyer lagu semua best. Aku suka tengok Shila Amzah, suka suara dia. Tapi lagu dia aku cuma suka lagu baru ni dan lagu-lagu Jacklyn Victor dan Cikgu Ning bawak. Yang lain? Aku tak IN sangat.
Itu saja.
