Thursday, June 24, 2010

Seindah Pelangi..

Terjaga dari tidur,
ku terasa dinginnya pagi ini,
Tak ku sedari,
Hujan turun tanpa henti...

Tiba-tiba cahaya,
muncul menerangi pagiku ini,
Terlihat pelangi,
mewarnai hari ini...

Oh Indahnya Dunia,
Aku hanya mampu berdoa,
Kau tercipta dari yang Maha Esa.....

Lirik: Amirul
Lagu: Amirul


Tak pernah dengar kan lagu ni? Kecuali yang selalu lepak di Ileq-Ileq Cafe suatu ketika dahulu, atau Dayang Food Corner di Satok dan Station di alakat sahaja mungkin ada terdengar lagu ni. Mungkin jugak yang lalu lalang di Waterfront pernah terdengar lagi ni kamu nyanyikan semasa BUSKING...

Ini lagu kamu. Lirik dan melodi kamu cipta sendiri. Kamu dapat ilham semasa kamu balik dari busking atas motorsikal kawan kamu dan kamu terasa angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut pipi kamu kan? eceh! Ayat skema tak tahan. Balik tu, kamu kata dapat ilham dan buat lagu ni sebelum tidur.

Dan esoknya, semasa subuh, kamu kejut aku dan terus nynayikan lagu ni untuk aku. So sweeettttt...... Pada orang lain, mungkin lagu ni biasa je. Tapi bagi aku, ia sangat la istimewa. Aku suka liriknya. Aku suka melodinya. Mr. Atiqah juga suka. Dia siap dapat gambarkan lagi video clip lagu ni. Ahaa..

Mr.Noble, Kalau ada yang patut masuk rancangan keynote tu, saya patut suruh Encik Hubby saya kan? Ehee....
Dla, Saya tak reti jadi komposer. Tapi Encik Hubby saya boleh.. =P


Yang Sangat Suka,

6 kata-kata jiwang:

Ibu Iman said... BALAS

mun kita x support org yg kita syg, sapa gik nk? hehehehe... layankan ajak... hehehe

Amni said... BALAS

Mena ta kitak sis... Hee.....

dLa said... BALAS

pe lagi. suh die jadi komposer ! wuhuhu~

sekamar rindu said... BALAS

salam.....

kata2 yg best..

mohon follow u..

Mr Noble said... BALAS

patut masuk rancangan keynote ni!

Amni said... BALAS

Dla & Mr. Noble: Bukan setakat keynote, dia nak masuk ASWARA da....

Sekamar Rindu: Terima kasih... saya pon ikuti perkembangan sekamar rindu... heee...Suka nama blog tu.. =)

Newer Post Older Post Home