Monday, October 25, 2010

Aku Rindukan Hidup Di Perantauan Dan Kaunseling!


Skang bukan kat perantauan ke? Perantauan jugak, tapi duduk dalam Zon yang mengubah aku. entah! dulu memang itu yang aku minta. aku inginkan suasana yang menjadikan aku manusia berdikari. Ya, berdikari di sini, tapi bukan dalam suasana semasa aku di Johor.

Ah! Anak perantau. Susah aku nak jelaskan. Aku rindukan hidup dalam halaqah. Hidup yang sering dinasihati dan menasihati. Belajar, mengajar dan di ajar. Aku rindukan teman-teman seperjuangan. Itu dulu. Mana mungkin hal yang sama akan berulang jika semua teman sibuk dengan dunia rumahtangga dan kerjaya masing-masing kan?

Mana perginya solat malam, mana perginya puasa sunat Isnin dan Khamis? Mana almathuratnya subuh dan asar? Erk! Bunyi macam aku baik je kan? Memang betul kata hati. Cabaran sebenar hidup bila kita keluar dari zaman kampus. Mana nak pertahankan istiqamahnya amalan kita. Mana nak berhadapan dengan tuntutan keluarga. Mana lagi dengan rakan sekerja yang tidak membantu?

Aku perlu kaunseling! Aku tak boleh duduk sorang-sorang dalam bilik, tengok tv, baca novel. Yang aku perlukan teman berbincang. Aku rindukan usrah itu. Aku rindukan aku yang tenang itu.

Syukurlah kamu di sana masih ada halaqahnya. Kadang-kadang kita tersasar, tapi syukurlah masih ada teman pemberi ingat.



psssttt... ada tak cara buat aku semangat nak siapkan kerja yang berlambak dengan aku yang tak de mood nak buat kerja? erk!





Rasa Hati,

5 kata-kata jiwang:

Qib said... BALAS

xpa... memang dr gmbar awak pun sy tahu awak baik. eh

sy da masukkan nama awak dalam exchange link. jum exchange^^

Kakmim said... BALAS

kmk yg x di perantauan pun xda mood nk gi kerja ke tempat yg jauh dr umh tok..

nisrin said... BALAS

masih ada yg boleh istiqamah and lakukan sendiri mcm baca mathurat, solat sunat n puasa. Cuma usrah tu, kene usaha cari contohnye ke masjid or surau (kalau diizinkan).
Tapi klu dah kahwin, boleh buat semua sama2 ngn husband, ajak g majlis ilmu, and sama2 tadabbur.. bertukar pengetahuan pun bgus.. :)
kat mana2 pun, tarbiyah tetap ada....

ztie said... BALAS

kmk perlu kaunseling juak. hmm..

v.. kaunseling mek duak lok..

Ninie Nordin said... BALAS

rindu suasana belaja kan? biasa la. kmk bok pas abis blaja tok pun rindu juak ngn campus life. nasib lom keja n berumahtangga. yerr. ehehe.

Newer Post Older Post Home