Wednesday, December 29, 2010

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul

Hee... sengih-sengih je aku baca komen kat entri Merayu.... Ingat Senang Ke Nak Bagi Orang Tuk Jaga Anak Kita. Diakui bila Disember, banyak betul kenangan aku dan kamu. Aku dan kamu berkenalan pada Disember. Disember jugak la aku dirisik. Entri sebelum ni dibuat kerana itu.

Semalam tarikh aku dirisik. Bila nak difikirkan balik apa yang jadi, payahnya nak bagitau parents kita kalau kita bukan jenis yang bercerita pasal pasangan dengan parents. Macam aku adik beradik. Kecuali kakak aku yang sulung sebab dia memang sentiasa ada kat rumah. aku dan adik beradik yang lain selalu jauh dari parents sebab belajar.

Sedari kecik memang mana-mana lelaki tak berani nak call rumah aku. Jumpa aku kat rumah, jauh sekali. Nak keluar sama? Apatah lagi. Inikan pulak nak couple. Takut.... Ingat lagi adik aku couple masa habis SPM. Kecoh satu rumah. Memang hari-hari dengan kakak aku bising dan membebel. Yerlaa... Baru habis SPM.

Aku walaupun dari kecik sangat rapat + ramai kawan lelaki + memang macam lelaki, tak pernah couple masa sekolah. Takutttt.... 1st time cuba-cuba nak couple masa 19 tahun. 3 bulan je lepas tu putus. Admire tu ada. Ada yang berjanji segala. Tapi aku still tak nak couple. Itu prinsip aku.

Bila jumpa kamu, kenal sekejap, terus bertunang.. Cerita seterusnya aku update nanti. Aku dah pernah cerita ni kat awal-awal blog ni. Yang mengikuti cerita aku, dia memang tau aku ni jenis macam mana. Juga tahu perjalanan cerita aku, siapa aku, siapa kamu. Yang paling banyak tahu pasal aku kat sini, Ztie lah.. Sebab Ztie tempat berkongsi. Sebab Ztie aku terpengaruh pakai digi dan beli e72. hahaha.....

Tak semua benda kita boleh relax. Tak semua benda kita boleh cool. Kadang perlu marah. Tapi bukanlah marah yang akan memudaratkan. Marah untuk kebaikan. Marah kan tanda sayang jugak kan? Kadang-kadang bila selalu cool tu yang menyusahkan diri sendiri. Berpada-pada lah kan?

Aku menulis kerana kamu. Berhenti juga kerana kamu. Aku kembali juga kerana kamu. Keran blog ini memang untuk tatapan kamu semata. Kawan-kawan yang ada, itu bonus yang aku dapat sepanjang blogging. Terima kasih...







rose, macam tau-tau. Sayang ko jugak. Ko bagi no ko kat aku. Hari-hari aku ganggu ko. Haha.. Kawan ngan ko pon best! Sengal! =P
















Chow,

21 kata-kata jiwang:

flo... said... BALAS

hehehhe~~~ aku ada kerana kau ada..errkkk....larik~~~

ztie said... BALAS

ayat medun:
oo..ptt pun amni mok meli e72.. Ktk duhal makey.


Ztie:
he...he...he....

B I Y S said... BALAS

amni dah bertunang kew?
hahaha.... congrat.. sy xthu pn :)

cikceriacorner said... BALAS

hehehhe...dalam perhubungan ni kene banyak bersabau..:)

Vivian said... BALAS

bgs lah...heheh..

wordless..kmk bila gik mok kawen!!! wuarrggggggggggh!

Yann said... BALAS

wah.. rindok ati mek maca. :)

Unknown said... BALAS

dah bertunang jgn gadu2 nanti..biasela dalam satu hubungan nak mencipta mahligai,nak bina masjid macam2 dugaan..

Ct Arina said... BALAS

teruskan la berkarya x kire ape ~_^

syufaa said... BALAS

wowww..selamat dirisik..hihi.. =D

Lovely Bella said... BALAS

woww tahniah bt kamoo!

marinahunny said... BALAS

semoga semuanya baik2 saje ;)

Noor Fatin said... BALAS

tahniah! :)

nabilah_2908 said... BALAS

cerita la amni...sy tk ikuti dr awal..nk gak tau.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
GOOD LUCK MALAYSIA..!!

hani apandi said... BALAS

dah bertunang, :)

semoga bahagia ke aher hayat kak amni :)

Qib said... BALAS

lama x mai sini. semua serba biru. cantek

beautiful_rose said... BALAS

betul tu...bukan senang nak bagi anak kat org untuk di jaga ye dak? yelah mak ayah kite dah jage kite dari kecik lg jage dgn baik lak tu.nak lepaskan kat org mmg syg sgtlah...risau pun ade kot2 boleh ke org tu ambik alih tugas menjage kite pulak kan.mak ayah manelah y tak risaukan anak ye dak.... =p








hahaha aku dah ambik no tepon ko kat entry lepas...nanti aku sms ko bila free nanti okeh? =p

Syida Shu said... BALAS

baru taw amni dah bertunang sebenarnya :D

white rose said... BALAS

OWH...begitu yaa...
tak mengapa...

Miss Yaty said... BALAS

yaty ada amni pun ada..hihi...

amni, malaysia menang..yeah! :)

e. indah said... BALAS

sweet ..."aku menulis kerna kamu" ...
: )

Amni said... BALAS

Dear flo,
sikda kitak, sikla mek nulis gik flo.. kitak rajin bah komen.. yerr....

Dear Ztie,
menaaaaaaa.... malam tadik nya ngerepak.. hahaha....

Dear izaty,
hehehe...belum habis lagi cerita tu dear... =P

dear cikceria,
thanks... hihi... betul sangat.... =)

Dear Sis V,
hahahahahah.... worldess... sik pernah tauk ka? =P

Dear Yann,
hihihihihi..... =P

Dear cepet,
thanks dear.... =0

Dear ct arina,
insha allah dear....

Dear syufaa,
tak bis baca lagi kan? hikhik...

Dear lovelybella,
thanks dear...=)

Dear kak marina,
thanks akak... =0

Dear noor fatin,
tq! =0

Dear nabilah,
insha allah.. akan.. tapi slow-slow k.. hikhik...

Dear hani,
hehehehehehehehe......... tq.... =P

Dear rose,
thanks dear... boleh saja.. no problemo... heheheh....

Dear syida,
tu cerita separuh tu dear.. hikhik...

Dear ustazah rose,
apa yang begitu? akak suka buat aku blur... hahahah...

Dear miss yaty,
yey1 suka kan! menang lah lagi malaysia... banyak lagi tu nak kena baiki... heheheh.. insha allah.. nanti boleh join world cup! yeah...

Dear e.indah,
ada jugak ko kat sini.. hihi... thanks dear... =0

Newer Post Older Post Home