Friday, January 14, 2011
Puisi Untuk Kamu
Berjalan, berlari, mencari diri,
Memahami hidup, mencari bahagia hakiki,
menanti, tercari-cari rahsia hati,
diuji dengan lelaki silih berganti,
hati berperang bertanya itu ini,
merekakah yang aku nanti?
Sering tertanya siapakah untukku,
Dia bagi ujian satu persatu,
Selagi tak kuat, diuji tanpa jemu,
Ah! Siapakah yang terbaik untukku?
Yang datang sering mengundang gelisah dikalbu,
Apakah ini yang aku mahu?
Berjalan lagi, mengharungi ranjauNya,
Kerana kasih insan tercipta,
Tanpa sedar kamu hadir kerana DIA,
Hati menolak, akal berkata-kata,
Nafsu memberontak meminta-minta,
Kamu bukan kaya, kamu bukan siapa-siapa...
Hari-hari aku berdoa,
minta dijauhkan andainya bala,
minta dekat andai inilah jalanNya,
Dengan rela tanpa dipaksa,
hati senang bukan kerana paras rupa,
bukan jua kerana harta benda,
Mungkinkah ini CINTA?
Kerana kasih insan tercipta,
ujian, cabaran, dugaan susah senang itu biasa,
Beruntunglah menjadi manusia,
kerana bisa memilih,
yang mana baik, yang mana binasa...
meniti hari mendatang,
menanti kemungkinan yang menghalang,
pada diri dan kamu yang ku sayang,
akan pudarkah kasih dan sayang,
kerana halangan yang sering melintang?
PadaMU ku serah segala,
Moga kasih hingga ke syurga....
Hasil Nukilan,
Amni
6.35 pagi
14.01.2011
Bilik Hostel CMM
p/s : lama dah tak menggoreng puisi. Tergerak nak menulis lepas baca entri kamu, Mrs. Amni, Apa Kata Hati Mr. Amni.
Labels:
Luahan Hati Untuk Kamu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 kata-kata jiwang:
cantik.. Indah.. Dplah rapping k belagu bezt juak ya. Hehehe
wah...pandai kamu berpuisi ye amni...
yahhh.....pnde ktk plh oo..mun kmk ntah pa2 jak jd lak..hehehe...
ouhh maii god!
so shweeetttt! ;)
kretip
Akhirnya. Confession| Untuk orang SINGLE|
wahhh. kmk sukaaa! pande ktk sis. mun kmk plh puisi rasa ke laut jak bunyi nya kelak. ekekeke.
memang berbakat..dpt molah lirik lagu adikku sorang tuk..
kombinasi chantek..kelak ktk molah lirik lagu..mirul molah melodi nya..Nie tauk dpt rezki masuk anugerah AJL in future..=)
puitis..teringin nak berkarya meluahkan rasa hati juga tp belum mampu ke tahap sedemikian..cikai2 je taram..huhu =(
ada bakat penulis lirik utk Mr. Amirul la Amni ni..hehe
puisi yg indah...ske2
p/s: awak kena tagged award!~ sorry lambat bgtau...sbb iznie pun jrg online....huhu
ni lirik lagu ke? macam lirik lagu.. nice.. hehehe..
bila berbicara tentang hati ku juga turut kalah..
kmk suka rangkap ke empat :')
hehehe.best apa polah puisi.kmk dolok dapat duit apa.seminggu cgek antar rah utusan sarawak.masa ya anjuran DBP.hehehe.teruskan usaha.ne tauk puisi leh polah lagu.hehe
sweeett...semoga kasih kamu berkekalan ...:)...
saling melengkapi hati bersama dengan doa, cinta dan percaya adalah kunci kamu bahagia
wah! sweet nye amni ni :)
:') i likee...
Dear ztie,
mati kita rapping indah.. coba kitak try.. hehehehe
Dear ustazah rose,
hehehe... tengok hubby nya sapa kak.. ekeke... memang minat dari sekolah dulu...
Dear flo,
cob try.. mesti jadi... hehehe...
Dear tia,
hahahaha.... goreng sapa2 pon boleh kan... hihi
Dear pinqib,
semua orang pon kreatif sebenarnya kan...
Dear Ninie,
aieee... coba lok kitak... =P
Dear Kak V,
habis kita... camney ka timbalan pengerusi hewi polah lirik lagu k AJL kah kak? Hahaha.. kamek nang pernah berik mirul puisi kamek.. n nya polah jadi lagu.. hehe...
Dear Wani,
hihi... sikit2 boleh laaa....
Dear Iznie,
tq! t kita amik k... =)
Dear Faaein,
bukan lirik lagu la dear.. ni puisi.. hehe.. tajuk pun puisi untuk kamu kan?
Dear khairunisa,
hehehe... tq dear...
Dear labulabi,
boleh ka antar? best juak.. kamek dah la tengah carik side income.. wahhh... kelak kamek try.. hehe...
Dear e.indah,
thanks dear... hihi...
Dear Miss Yati,
suka-suka je dear... =)
Dear Durrani,
hehe... tq!
Post a Comment