Monday, January 17, 2011

Satu Dalam Beribu


Setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza.. yang membezakan kita bagaimana persepsi kita menerima pandangan mereka yang berbeza.. belajar untuk berada di situasi orang lain itu empati.. orang tak boleh jadi macam kita.. dan kita juga tak boleh jadi macam orang lain... raikan semua...


Semakin hari,
Semakin menjadi,
Cakap sekali,
Sakit hati,
Habis dijaja di sana sini,
Kata orang tak sedar diri...

Selalu buat tak fikir orang,
Asyik fikir hati dia seorang,
Kalau kena macam nak berperang,
Tak ingat dia pun lebih kurang,
Tolong! Ada ke yang nak lempang?
Jangan la.. Karang dia pengsan...

Geram,
Rasa nak terkam,
Bagai menyimpan duri dalam sekam,
Hati-hati jangan sampai tenggelam,
Amarah kawan syaitan direjam,
Menyemarak api berupa dendam...

Hati berbisik dikalbu,
lawan.. lawan nafsu,
fikir dulu, jangan terburu,
Ini baru satu,
ada lagi beribu-ribu,
menunggu untuk menyerbu....



Nukilan,
AMNI
7.52 p.m
17.01.2010
Teratak Sulaiman

10 kata-kata jiwang:

Anisya said... BALAS

Tahniah. Bagus betul puisi amni.

niesz said... BALAS

nice..i like!

Miss Yaty said... BALAS

ish patutlah tajuk blog ni juwang ye amni?hihi..

sangat menarik :)

echah mashuri said... BALAS

kenapa ya kamu begitu puitis.heee..suka sgttt.:)

SyAfaWaNi ♥‿♥ said... BALAS

erkk sabar eh..tulis puisi memg cara terbaik utk meluahkan perasaan..kipidap! =)

labulabi said... BALAS

syabas ngan kitak.makin menjadi2 kitak tulis puisi owh.hehehe.teruskan usaha.mun dolok lagik kitak polah camtok.x brani lah madah beribu mun beratus kitak leh dapat.cgek karya RM30 mun x salah ingat kmk.hehehe.

♥Ismi Huda♥ said... BALAS

suka! suka! keep it up sis..:)

d_tieah said... BALAS

Hahaha..
Sorang nulis lirik, sorang nulis puisi..
Ngamlah tak dua..
Mun d rumah alu bermadah pujangga trus..

Faizal n Fashitah said... BALAS

Errr.. kamek mun bab puisi tok nang ada ngantok skit bab bacanya la hehehe.. (Nampak glak mek tok bukan jenis urg nok puitis2 ekeke..)

fLo said... BALAS

hahahaha...bang odio bkn sasterawan..kekeke..
mek fail juak nk memahami puisi tok sebenanya...heee...

Newer Post Older Post Home