Monday, May 16, 2011

Erti Hidup


Bosan bila hidup kadang-kadang tak macam biasa. Berusaha untuk mengubah cara hidup. Masih belajar walaupun sebenarnya susah untuk aku beradaptasi. Siapa-siapa di tempat aku pun akan merasaka benda yang sama.

Kalau aku Amni yang dulu, mungkin aku lebih senang melatah. Cepat marah. Cepat melenting. Anehnya makin susah hidup, aku makin lebih sabar, lebih tenang nak berhadapan dengan semua walaupun rasa terbakar tu sampai di kepala. Kuasa DIA. DIA tak pernah pilih kasih pada hambaNya. Cuma kita sebagai manusia je yang tak tahu bersyukur selalunya.

Bersyukur DIA hadirkan blogger dalam hidup aku yang ku kira sebagai guru-guru aku dalam melayari hidup mendatang. Bak kata aku pada Sis Vivian, hatta dia bukan seorang guru pun, segala perkongsian, nasihat yang membina itu juga sebagai sebahagian cara untuk mendidik kan? Dan sesuangguhnya kalain amat layak untuk menjadi guru aku. Tanpa kalian sedar sebenarnya banyak yang aku belajar bila singgah dari blog ke blog.

Kalau aku rasa susah, masih lagi hidupku, tak de la sesusah orang lain. Aku masih di sini. Blogging dengan senang hati. Masih boleh tersenyum. Masih boleh bergurau. Masih boleh mengganggu Zira, budak finance kat depan aku. Maka, nikmat DIA yang manakah yang aku dustakan?

Makanya, terima kasih bloggers peneman tika susah senang aku. Anda tahu siapa anda. Jasa kalian tak mampu aku balas. cuma doa yang aku titipkan di entri INI. Terima kasih Allah.





5 kata-kata jiwang:

Hanis MY said... BALAS

kehidupan mengajar kita... semoga kita menjadi insan yang lebih baik dr sekarang...insyaAllah

SyAfaWaNi ♥‿♥ said... BALAS

blog jgk la yg menceriakan hidup wani taw..blajaq mcm2 dari org lain..hehe..:) n byk dapat kawan walaupun di alam maya..hee :)

tia said... BALAS

sebab blogger jugak tia berjaya lupakan ex tia yg tia asek kejar selama 2 tahun. thanx blogger! :)

.sweet-ants. said... BALAS

sama2 :) jom rai hari blogger sedunia. haha ade ke?

Amni said... BALAS

Dear Kak Hanis,
insha allah, amin...

Dear Wani,
betol2... sangat seronok.... ramai giler kwn.. rasa cam dah kenal betul pon yer jugak.. hehhehe

Dear tia,
baguslah kan... banyak baiknya blogging ni...=)

Dear Zura You,
buatkan la... hihihi

Newer Post Older Post Home