Thursday, May 19, 2011

Murai : Aizat Dah Sedia Nak Produce Album Untuk Penyanyi Baru


Tertarik dengan tajuk entri di Murai. com.my. Aizat Dah Sedia Nak Produce Album Untuk Penyanyi Baru. Lepas satu, satu lagi kejayaan dalam hidup Aizat kan. Beza benar dia masa dalam AF dulu dengan dia yang sekarang. Siapa sangka namanya akan se gah sekarang? Pertama kali terminat dengan lagu Aizat yang bertajuk Pergi. Tak tau pun masa tu Aizat yang bawak. Sebab cuma dengar kamu yang nyanyi. Lepas tu, makin selalu dengar.

Dan makin lama, makin best plak lagu-lagu Aizat. Memang tak hairan la kan dia boleh sangat berjaya sekarang. Berjaya kerana bakat. Jom baca apa kata Murai.com.my. Siapakah penyanyi yang Aizat nak produce tu?



"19 MEI 2011: Wah! Hebat betul Murai Batu rasa perjalanan seni Aizat dalam industri hiburan muzik tanah air. Daripada seorang bintang realiti program yang tidak dikenali, dia kini sudah mula menjadi seorang penyanyi yang established serta disegani.

Malah, Murai Batu juga kagum dengan cara Aizat mengetengahkan muziknya. Dia bijak mencetuskan muzik pop rock yang berbentuk komersil yang digemari di kalangan kelompok remaja. Lebih-lebih lagi dengan bantuan daripada abangnya yang bijak mencipta lagu tu.


Apapun, Murai Batu ada terdengar cerita yang menarik tentang Aizat. Khabarnya, Aizat dah sedia serta dan berminat sangat nak produce album untuk seorang penyanyi baru di bawah naungan syarikat produksinya, Kasi Gegar Entertainment.

Siapa pulak penyanyi baru tu? Murai Batu tak nak kasitahu dulu. Tapi, kalau Murai Batu sebut, pasti ada yang tercengang dan terkejut. Sebab, tidak menyangka si penyanyi baru itu yang menjadi pilihan Aizat.

Tapi, Murai Batu percaya ada sebab mengapa Aizat mahu memilih si penyanyi baru tersebut. Dia mungkin sudah nampak raw talent yang ada pada si penyanyi baru ni.

Khabarnya, bukan Aizat seorang saja yang berminat nak produce album untuk si penyanyi baru ni. Beberapa pihak lain pun khabarnya turut menaruh minat yang sama. Aiii...Jadik rebutan nampak...


Yang lebih hebatnya tu, Yuna dengan Noh Hujan pulak khabarnya berminat untuk berkolaborasi dengan si penyanyi baru ni... Persoalannya, siapakah si penyanyi baru yang Murai Batu maksudkan ni?

Kalau korang bijak, korang mesti cepat dapat tangkap..."




Sumber : Murai.com.my



p/s : Siapa pun orangnya, kita tunggu je lah yer.. Tiba-tiba aku jadi wartawan plak kat sini. Jangan tanya aku apa-apa. *sigh*

5 kata-kata jiwang:

oshinz said... BALAS

wah.. sudah jadi artis??!!!! nak sign.. hahaha mintak siap2.

[sutera kasih] said... BALAS

saya tahu !!hehe

btw, mun ada bakat, jgn susah hatilah, msti org berminat..dprd femes tp tak berbakat pun tak guna jgk..kita sokong yg berbakat besar :)

Anonymous said... BALAS

ehemmmm!
mcm tau je siapa penyanyi baru tu!
tahniah! sememangnye dia layak!!

dLa Suri said... BALAS

Jeng3. cik abg awak ke? hehe

Amni said... BALAS

Dear Oshins,
ada2 je.. haha

Dear Syza,
insha allah... thanks deng....

Dear Zura You,
hihihi... thanks....

Dear dla,
=p nantikan lah.... kalau ada...=P

Newer Post Older Post Home