p/s: Ini entri sentap. Jangan baca kalau awak jenis sensitif dan cepat salah faham.
Kecoh di office hari ni. Dari last week sebenarnya. Miting yang sakit kepala. Dan sambung masa keluar lunch. Aku cuma tersengih bila ada yang bercakap tanpa berfikir. Sentiasa rasa dia sangat penting. Kelakar. Macam la awak yang bagi rezeki kan? Macam la semua awak yang tentukan kan? Awak sendiri tak tau apa jadi kat depan. Rezeki, kalau Allah nak bagi, awak tak de, tetap ada jugak untuk semua orang. Dan tanpa awak sekalipun, semua orang masih hidup. Sebab awak pun Allah yang bagi rezeki.
Kehadiran awak pun orang tak raikan. Kenapa nak marah kalau orang tak rasa awak penting? Dah memang awak tak penting. Tapi kelakar bila awak rasa sebab awak, kami dikenali dan dapat banyak link. Sangat tak lah kan? Tak de awak pun orang dah kenal kami dari sebelum tu lagi. Dan orang-orang yang kenal kami sekarang pun langsung tak kenal awak. Jadi macam mana awak boleh cakap, tanpa awak kami tak kan bertahan? So funny. Lagi sekali, Allah yang bagi rezeki.
Awak bercakap as if awak orang besar sangat. Sedangkan awak pun makan gaji jugak. Tapi kami tak pernah doakan yang buruk untuk awak. Kami hargai awak. Tapi perlu ke awak melebih-lebih mintak dihargai? Dalam miting pun bercakap ikut sedap rasa je. Tanpa awak mintak penjelasan dari kami. Susah sangat ke?
Awak cakap kami belagak. Awak cakap kami perasan baguss... Tang mana yang menunjukkan kami ada buat mcam tu? Kami sedar sapa kami. *tapi bukan memang kami bagus ke? Kalau tak, boss tak puji kan? Client jugak tak puji kan?*
Kalau benarlah awak anggap kami sebahagian dari kami, tak perlu nak bercakap lebih kat belakang. Sebab belum tentu apa yang awak cakap tu semua betul. Dan cuba fikirkan, banyak awak bercakap, berapa banyak dosa yanga awak dapat, berapa banyak jugak pahala yang kami dapat. Kata berpendidikan, amik degree. Kata tahu agama. Tapi cakap serupa macam _____________ sambung sendiri. Cakap ala-ala gaya Kak Diana. MUngkin awak tak sedar, kami lebih lama di sini. Sabarlah hati.
Adiosssss!
2 kata-kata jiwang:
Betul tu. yg penting kene usaha betul²...lepas tu baru redha dan tawakal...
hrumm...kes perasan bagus la ni yer..
tkpe la...sabar je....
bila terkena pada batang hidung dia sendiri....masa tu baru la dia rasa... :)
Allah tu maha adil...pasti ada bahagian untuk dia nnti...:)
Post a Comment