Showing posts with label Luahan Hati Aku. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati Aku. Show all posts

Tuesday, October 11, 2011

Cetusan Rasa

Masanya makin tiba,
Bumi ini sfera,
sekejap di sini, sekejap di sana,
macam bola,
sekejap ke bawah, sekejap ke atas pusingnya,
hari ini tidak merasa,
siapa tahu esok lusa?
jangan bermain dengan senjata,
silap langkah, badan binasa,
tanya hati, apa cerita,
kalau tiada, masakan terasa,
wanita, 
jangan jadi perosak bangsa,
kelak kau juga terhina....





p/s: Ya Allah, jadikan aku wanita yang menjadi penguat langkah seorang lelaki bernama suami. Amin

Tak Tau Nak Jawab Macam Mana...

Errr..... ada ramai tanya, aku ni siapa sebenarnya dengan Amir AF? Ada jugak yang tanya, aku ni apa hubungannya dengan Amir AF? Aku kawan ker? Mungkin jugak ada yang ingat aku ni peminat fanatik sampai dalam blog ni banyak cerita pasal Amir AF...

Hemm... nak jawab pun segan. Kang orang cakap aku nak promote diri plak kan? 

Jadi, kawan-kawan, tolong jawab bagi pihak aku boleh?

Ini Virgin Coconut Oil (VCO) dalam bentul kapsul yang selalu orang order dengan aku. Dalamnya ada 60 biji kapsul. Sehari makan dua biji. Kalau yang ada problem dengan kulit, boleh keluarkan minyak dari dalam kapsul ni dan sapu kat tempat bermasalah. kalau yang ada resdung pun boleh try jugak.


Harga?
Semenanjung : RM39.90
Sabah/Sarawak : RM43.90

Promosi Oktober : RM39.00

Kalau nak order, atau nak tau lebih lanjut, boleh SMS aku (016-878437) untuk lebih cepat. Terima kasih.

Friday, October 7, 2011

Peluang Dan Ruang!

Sejak dua menjak memang susah kan nak carik kerja lain. Tapi aku memang dah memulakan misi mencari kerja lain. Terima kasih pada yang advise. 

Sekarang ni, aku dan kawan-kawan sedang merangka untuk buka company sendiri. Nak bukak bisnes yang berkenaan dengan supply dan environmental. Kebetulannya senior environmental company yang aku kerja sekarang pun sangat berminat. Lama dah kerja sini, tapi gajinya ciput jer. Siapa rasa tak nak blah kan? Harus ada company sendiri sebab dia banyak pengalaman. Aku pulak, sedang belajar dengan dia.

Lagi sorang kawan, memang terer bab supply. Nak carik tempat murah, tanyalah dia. Memang dalam list. Yang senior tu pun boleh tahan jugak kalau nak tanya pasal supply barang semua ni. Sekarang ni, kami bertiga yang macam confirm. Ada lagi yang lain, cuma tak tau lagi keseriusan nya macam mana.

Jadi, plannya minggu ni, nak jumpa dua orang yang dah berpengalaman tentang bisnes. Mudah-mudahan berjalan lancar semuanya. 

Buat sementara, aku jadi supplier untuk VCO. Kumpul duit untuk bukak stokist di Kuching. Fuh! Siapa nak VCO, boleh SMS aku, 016-8789437. Terima kasih. 



p/s: sampai bila nak kerja makan gaji kan? 

Tuesday, October 4, 2011

Bercampur-baur!

Aku menulis ni dengan tangan terketar-ketar. Dari tadi rasa hati berdeabr-debar, cakap dengan senior rasa nak nangis. Minggu ni memang banyak submission. Banyak jugak urusan yang perlu dibuat. Hai hati.. Dari pagi macam ni, kenapa?

Cakap dengan kamu masa makan lunch hour tadi,


Kamu : Pergilah makan...


Aku: Tak de selera. Rasa nak nangis...


Kamu : Kenapa ni.....


Aku : *&())^%$#@@(((()(%$#&


Kamu : Alaa.. sabarlah.. dugaan kan bekerja...


Aku : Yerr... rasa nak nangis pulak..


Kamu: Hari ni abang belanja nak? Pergilah makan KFC ker, McDonald ke.. 


Aku : Tak nak...,.


Kamu : Alaaa.. janganlah stress sampai tak boleh makan... pergi k... Abang belanja.... 


Aku : Hemm...


Kamu : Janji?



Tapi aku tak pergi pun. Temankan kawan beli jumper sebab enjin kereta dia tak nak start. Lepas solat, hati tenang sikit. Tapi sekarang, perasaan tu datang balik.

Kenapa? Astaghfirullah.....





p/s: orang tua kata, kalau hati berdebar-debar tu sebab ada orang cakap pasal kita. Ye ker?

Moga Menjadi Peransang Di Masa Hadapan~

Dulu kamu pernah down yang teramat. Bila kamu ditanya oleh DJ Radio Era bagaimana penerimaan aku semasa kamu digugurkan, kamu cakap aku COOL. Tergelak aku. Hanya Tuhan yang tahu. Aku perlu kuat untuk kamu jadi lebih kuat. Moga semua pujian menjadi perangsang dan galakan untuk kamu terus berjaya dan menjadi insan yang lebih baik. Insha allah. Amin. 

Sebahagian kecil yang aku print screen dari facebbok,







p/s: Aku cakap je memang macam nak angkat tunang sendiri kan? Tapi dengarlah sendiri di You Tube. Search Amir Jahari. 

p/s: terima kasih teman blogger yang dari dulu aku blogging, sentiasa menyokong, menasihati, memberi semangat kepada aku dan kamu. Terutama sekali semasa kamu di AF dan selepas kamu digugurkan dari AF. 

p/s: aku bukan takut kamu glamour dan ramai peminat. Aku takut untuk menulis lagi. What should i do?

Takut~

Sebahagian komen di twitter selepas menjadi tamu di Malaysia Hari Ini, pagi tadi,










Terlalu banyak pujian buat aku jadi takut.

p/s: mode: rasa nak tutup blog sebab takut...

Thursday, September 22, 2011

Cukup Dalam Hati

Tak tau kenapa kalau buat baik perlu nak update kat facebook ataupun twitter. Kejap-kejap cakap,


"Dalam perjalanan nak ke Masjid nak solat Jumaat..."

"Baru lepas baca Quran. Alhamdulillah...."

"Ternampak perbuatan yang menyakitkan hati dan menjengkelkan. Hanya mampu mengucap dan mendoakan yang baik buat mereka.."

"Baru balik dari Solat Terawikh 23 rakaat... Syukur hari ni solat terawikh penuh..." Musykil jap. Solat terawikh 23 rakaat ea? Bukan 20 rakaat tambah 3 tu witir ke? Kan dah menampakkan ke*****an diri sendiri. Adoyaiiiii.....

"Tadi pegi shopping... kesian tengok perempuan tu senang jer lelaki nak pegang...."




Tak rasa akan jadi riak ke bila post macam tu, lepas tu orang pun dok puji-puji,

"Wahhhh... baiknya awak.. soleh nya wak.. solehah nya awak.."

"Untung nya perempuan dapat laki soleh macam awak... "

"Kalau lah saya dapat perempuan solehah macam awak kan bagus..."


Aku bukan cemburu. Jauh sekali nak dengki bila awak-awak yang suka up status macam tu kena puji. Cuma rugilah jika atas pujian itu, timbul perasaan riak dalam diri awak. Sia-sia lah amalan yang dibuat. Tak ke hasilnya nanti cuma penat dan lelah?

Cukuplah kalau kebaikan yang awak buat tu, awak simpan sendiri-sendiri. Sebab tu lebih baik. Biarlah orang nampak awak macam tak de apa asalkan di sisi Allah, awaklah yang terbaik. Juga, kalau tengok sesuatu yang menjengkelkan, please la jangan la up status kat facebook ataupun twitter. Awak tak tau bila awak akan diuji macam tu. Esok-esok entah awak pulak yang buat lebih teruk kan?




p/s: cuma satu lagi luahan hati aku...

Malu dan Segan Buat Kita Jauh...

Sejak kamu masuk AF, keluar dan sekarang ni, aku rasa aku dapat ramai kawan baru. Walaupun tak de la sampai ribu riban, tapi aku merasai kehadiran kawan-kawan baru dalam hidup aku. Ada yang add kat facebook, ada yang add kat twitter, ada jugak follow blog aku walaupun bukan blogger. Terharu sebab ada yang sudi nak berkawan dengan aku. Terharu sebab ada yang sudi nak tegur aku kat twitter, kat facebook.

Tapi, dalam kalangan tu, ada jugak yang malu dan segan sebab aku tunang Amir Jahari. Guys! Perasaan tu sangatlah tak best. Lagi lah kita ni blogger kan? Aku blogger, kamu juga blogger. Blogger ni kan tempat nak berkongsi. Dan blogger ni jugak la yang selalu memahami. Lagi pulak aku buka blogger femes macam Bro Ahmad, Cik Epal dan yang lain-lain. Aku cuma orang biasa yang bertunang dengan anak seni yang jugak blogger.

Hemm... Aku harap, persahabatan yang terbina tu berpanjangan. Rugi kan kalau malu dan segan buat kita jauh. Sila lah jangan segan dengan aku. Serius aku bukan orang yang sombong. Cuma aku agak pemalu. Maaf sekarang ni aku sangat slow nak balas kunjungan. Serius aku sangat sibuk. Kalau ada masa, aku cuma amik masa sekejap untuk buat entri sebab pada aku, blog ni tanggungjawab aku nak update apa.



P/s : Aku lebih senang di twitter sebab kalau ada yang tegur, aku memang cepat reply. Jom la main twitter. Kalau terjumpa @Amni_Amirul, tegur yer. Itu aku. Thank u so much!

p/s : sebenarnya aku ada rasa insecure. aku sangat pemalu sampaikan bila aku blogwalking aku jarang tinggal jejak. Lagi-lagi la kat blog baru. Aku tak nak nanti orang cakap aku nak promote aku ni tunang kamu.

Wednesday, September 21, 2011

Perasaan......

Setiap hari, pagi-pagi aku akan check email. Dan setiap hari akan ada update berkenaan dengan jawatan kosong. Aku ada satu perasaan yang pelik. Hari-hari rasa semangat nak tukar kerja.

Pagi ni bukak email lagi, nampak banyak jawatan kosong. Position? Chemist. Harus aku teruja. Tapi masalahnya, semua jawatan kosong sebagai Chemist tu kat Semenanjung. Kalau kat KL okey lagi kot. Tapi masih kena tunggu bila dah kawen. Haiyok! Banyaknya tapi.

Masalah aku sekarang, aku tak suka pergi interview. Ada jer jawatan kosong sebagai Chemist kat kawasan Kuching. Bila part nak pergi interview tu aku malas. Bila tengok jawatan kosong sebagai chemist kat semenanjung teruja pulak. Memang tak boleh lah nak mintak. Siapa nak temankan mak aku kat Kuching kalau aku kerja sana kan? Hemm...

Sebenarnya apa yang aku selesa yerk? Buat kerja environment lebih best sebenarnya. Jadi Chemist susah. Nak-nak kalau buat R & D. Tengok! buat kerja nak senang jer. Mana nak berkembang?

Kamu pulak lebih suka kalau aku buat bisnes. Lebih suka aku ada masa untuk diri sendiri. Kerja ngan orang ni, nak-nak pulak company memang sibuk. Kalau tak siap kerja kat office, kena bawak balik. Semua sebab nak kejar deadline.

Memilih ker aku? Pulak. Kalau memilih, sekarang ni memang aku tak bekerja la. Dan lepas habis belajar, aku memang terus kerja. Tak pernah pun mengangur. Cuma sekarang, aku nak kerja yang lebih baik. Untuk pengalaman. Sebabnya di akhir nanti, kalau dah bekerluarga, pada aku, memang kerja ni tak sesuai pun untuk aku. Jadi, biarlah buat banyak link dengan orang, supaya nanti kalau nak buat bisnes, senang kan?

Hemmm..... perasaan....

Monday, September 19, 2011

Hari Ni Cakap Lain, Sekali Esok Dia Yang Lebih, Apa Kes?

Terima kasih yang respon pada entri lepas. Aku tanya bukan sebab ada yang komplen. Tak de yang komplen blog ni jiwang pun. Kalau ada pun, mungkin baca sekali lepas tu terus tinggalkan kan?

Aku just terasa bila jalan-jalan ke blog yang lain bila ada yang dok kutuk-kutuk pasal blog yang balik-balik cerita kisah cinta. Harus aku terasa sebab blog ni memang aku tulis pasal kisah cinta. Tak kisah la kisah cinta aku dan kamu, kisah cinta aku dan si kecik-si kecik, kisah cinta aku dan keluarga, kisah cinta aku dan kawan-kawan aku, juga kisah cinta aku dan kerja aku. 

Itu cinta pada aku. Semua dalam ni memang kisah cinta. 

Tapi lepas baca satu-satu komen kalian, aku rasa lega sikit. Sekurang-kurangnya aku tahu macam mana kisah cinta jiwang yang memualkan kan kan... Esok-esok kalau aku terbuat, kamu tolong ketuk tau. Bukan apa. Kadang kita cakap kita tak suka kan, tapi sapa tau, esok-esok kita terbuat.

Contoh macam ada sorang hamba ni yang selalu cakap tak nak couple sebelum kawen. Lepas tu kalau nak couple pun nak popuan tudung labuh. Tapiiii... alih-alih sekarang couple ngan budak sama office. Yang tak boleh blah tu popuan tu free hair pulak. Aoyaiii... Ujian kalau DIA nak bagi, bila-bila kan? Kita memang akan sentiasa pun diuji dengan kata-kata kita sendiri.

Jadi, hati-hati. Kawan aku selalu pesan. Apa yang kita tak suka pada orang lain tu lah sebenarnya yang ada dalam diri kita. Juga apa yang kita tak suka tu la yang sebenarnya kita nak. 



P/s: Pernah tak ada kisah cam gitu?

Monday, August 29, 2011

Pencarian 73 Blog!

Tahun ni tahun ke dua aku beraya dengan blog ni. Beza raya dulu dan raya sekarang. Entah kenapa dulu semangat blogging tu, komitmen pada blog juga sangat tinggi. Sekarang? Slow sangat. Mungkin kerana kawan-kawan blog yang memeriahkan blog ni di awalnya telah menyepikan diri. Ada juga yang sebenarnya dah pun berhenti blogging. Dan kebanyakannya telah beralih ke twitter.

Lebih dari itu, kerana salah sendiri. Sibuk dengan kerja sampai mengabaikan blog. Ada kalanya nampak macam aku sombong kan tak balas kunjungan. Padahal bukan macam tu. Serius aku sendiri terkilan bila lambat sangat nak jejak balik kunjungan kawan-kawan blog.

Blogging ni sangat manis pada aku. Kerana di sini lah aku jumpa kawan-kawan blog yang sangat memahami walaupun tak pernah pun bersua muka. Tika aku down, kawan-kawan blog ni lah yang banyak membangkitkan semangat aku untuk terus bertahan. Tika aku rasa terduduk dah tak tau nak buat apa, sampai berat badan aku jatuh mendadak, kawan-kawan blog ni la yang setia di sisi, menemani, menasihati, membaca luahan hati aku walaupun cuma di alam maya, tak pernah kenal pun macam mana aku.

Aku rindu nak blogging macam tu. Jadi, sempena raya kali ni, juga atas izin dan galakan dari namee, aku nak buat game. Tapi game ni game yang berpanjangan yang mudah-mudahan memberi kesan baik bagi dua pihak.

Game dia mudah je. Tapi sangat perlukan kerjasama kedua-dua pihak. Exactly macam namee roslan buat.

1) aku nak kumpul 73 blogger dan buat blog list untuk 73 blogger ni.
2) 73 blogger ni kena bagi komitmen untuk baca dan komen entri aku setiap hari. Kalau boleh komen yang membina diri. (kalau boleh)
3) dan aku akan buat benda yang sama. Aku diwajibkan untuk baca entri 73 blogger ni dan komen setiap entri yang 73 blogger ni update setiap hari.

Kalau nak join dan bersedia dengan komitmen, cara dia mudah je. Tinggalkan link kat komen entri ni. Dan masukkan aku kat dalam blog list awak. Itu sahaja.

Game ni khas untuk yang betul-betul boleh bagi komitmen sahaja. Sebabnya aku betul-betul nak ada dua hala komunikasi. Sebabnya aku betul-betul nak berkawan dengan awak. Awak bagi komitmen, aku juga wajib bagi komitmen. Kalau awak tak dapat bagi komitmen, saya akan bagi peluang pada orang lain.

Setuju? Jom start!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari aku dan kamu.




P/s : kenapa 73? Sebab aku suka nombor 73. Blogging itu best kalau kita betul-betul ada niat nak berkawan.

P/s : bloglist lama memang aku takkan ubah.. Kawan-kawan lama nak join, just tinggal komen je. Hiks.. Thank u so much dear. Tahu korang memang dari dulu supportive! =)

Sunday, August 21, 2011

Dilema... Jangan Tanya.

Rasa nak resign. Fuh. Takkan lah setiap tahun? Sampai bila nak sesuai dengan kerja. Tapi alasan berbeza untuk setiap keputusan meletak jawatan yang diambil. Hari ni tiba-tiba rasa tu sangat kuat. Bagaimana? Bukan kerana rakan sekerja kerana rakan sekerja pun semua nak resign. Tak perlu la aku ceritakan details. Tapi boleh imagine kan macam mana di sini kalau semua rakan sekerja nak resign.

Sekarang kerani pun dah resign. Pekerja am pulak esok last di sini. Despatch dah resign awal bulan. Jadi macam mana? Semua kerja dari A sampai Z sekarang kena buat sendiri. Kesian ada rakan sekerja pulak kena bersihkan pantri, vacum lantai. Lain-lain tak yah cerita la. Memang semua kena buat sendiri.

Jadi bagaimana? Aku rasa nak kerja kat kedai buku. Tapi sampai bila? Sedang berusaha cari kerja lain. Tapi memang rasa nak resign berkuatkuasa 1 september ni sangat kuat. Tolong! Cadangan?

Baca Entri Tak Paham Tu Yang Mudah Sentap

Aku menulis untuk kepuasan aku sendiri. Kadang apa yang aku tulis kat sini, tak terzahir di dunia realiti. But then, bila tulis, ada je yang sentap bagai. Adoyaiii... Kalau awak tak pernah buat hal dengan saya, buat apa nak sentap. Jadi anon, berhenti terlalu caring. Saya tak approve komen orang pakai anon. Kalau nak, letak nama ya.

Entri semalam tajuk, Takde Takpe, Ada Pun Menyemak dah aku simpan dalam draft. Tu luahan tulus dari hati. Biasa kalau dah namanya dari hati, dah tentu la lurus bendul. Yang baca confirm ada yang terasa. Sebab memang aku maksudkan certain silent reader aku. Aku tau mereka baca. Jadi bagus jugak ada nuffnang ni. Tau la jugak siapa yang rajin singgah blog kita kan..

Petang tadi kau tanya pasal entri semalam.

Kamu : takde takpe, ada pun menyemak.. B maksudkan abg ke?

Aku .: eh? Pulak..

Kamu : kann....

Tengok! Sorang lagi menyentap tak tentu pasal. Okey, itu kamu gurau. Ada dua entri aku tulis dari hati, tapi lepas tu aku simpan balik. Ada je yang sentap baca. Memang aku belum cukup kuat nak berdepan dengan anon yang sangat caring ni. Lebih dari itu, aku tak nak jadi kontroversi. Biarlah tersimpan rapi dalam draft aku.

Terasa semangat nak blogging bila kita tahu ada yang confirm baca entri kita. Baca bukan sekadar nak kita visit dia balik, tapi komen dengan membina dan berharap ada hubungan dua hala. Selama ni mungkin tak terzahir dari lubuk hati aku.

Kadang terasa jugak bila ada yang ajak join blog list, soh masukkan dia dalam blog list kita, but then, dia langsung tak jenguk kita. Hey! Come on! Tu pun nak sentap? Sentap tak sentap la. Just terasa niat sebenar nak eratkan silaturrahim, tapi orang macam nak ambil kesempatan nak ramai orang follow dia. Bukan jealous. Just luahan hati sebab sedih. Kalau artis aku tak heran. Tapi blogger biasa macam aku jugak. Kalau tak kita sesama blogger yang saling membantu dan memberi dorongan membina, siapa lagi kan? Kalau masing-masing nak kejar glamour, apa dapat kan? Jap.. Famous ke jadi blogger? Mungkin!

Okey! Dah sedar. Entri tak menarik hati nak membaca. Btw., thanks to namee. Awak buat saya rasa semangat nak update entri. Sekurang-kurangnya ada sorang yang confirm akan bagi kritikan membina dengan ikhlas. Kalau nak kutuk pun, sekurang-kurangnya, dia guna nama dia sendiri. Bukan anon.





P/s : special thanks buat rakan-rakan blogger yang selama ni setia kat sini. Anda tahu anda siapa. Dan saya tahu anda baca walaupun anda tak tinggal jejak. Terima kasih. Siapa anda, siapa saya?

Thursday, August 18, 2011

Boleh Tak Jangan Tanya Soalan Pelik?

Hari ni kamu ada interview session LIVE kat NTV7 kul 11.30 pagi. Aku sempat tengok sebab hari ni aku MC. Mula-mula aku ingatkan kamu disuruh buat persembahan jer untuk rancangan BELLA. Siapa tahu rupanya kena interview LIVE.

Aku memang teruja. Haruslah kan? Tapi sedikit nervous. Agak-agak kamu boleh ke nak perform depan TV? Dapat tahu dari Joe Lee, manager kamu yang merupakan Cikgu Media kamu masa kat Akademia Fantasia 9, kamu akan bawa dua lagu iaitu SINGLE kamu, Tanpamu juga lagu cover Rolling In The Deep by Adele.

Sebelum kamu kena interview lebih kurang 20 min, kamu di suroh nyanyi dulu lagu SINGLE kamu, Tanpamu.

Lepas je kamu perform LIVE, pengacara Bella serius sangat teruja. Oh ya! Mungkin dibuat-buat kot.. Ia lah pengacara kan? Tapiii.. Pelik pulak kalau teruja cam dibuat-buat kan? Haa.. Dia memang betul teruja sebab kamu boleh bawak lagu Belaian Jiwa, lagu fav dia. Macam-macam jugak soalan, dan ada jugak soalan tentang perasaan kamu bila nyanyi masa busking dan kat dalam Akademi Fantasia, juga soalan kontroversi, 'bila nak kawen?' serius aku tak boleh tahan nak gelak.

Lepas tu, pengacara tu mintak kamu nyanyi satu lagi lagu. Dan kamu bawak lagu cover Rolling In The Deep by Adele. Dan kat situ, memang boleh nampak dia enjoy masa kamu nyanyi. Bagi aku reaksi tu automatik tak dapat nak dibuat-buat kalau kita enjoy kan? Tak tau la kalau ada orang bila dengar lagu, dia tak enjoy, tapi dia boleh buat enjoy. Ada ke?

Itu cuma sebahagian dari cerita kat tv tadi. Kalau la boleh aku letakkan rakaman dia kat sini, lagi baik kan? Ada jugak bukti. Tapi bukan setakat di situ. Mak Yuna pun suka kamu nyanyi. Aku baca kat twitter. Dan ada beberapa nama besar lagi cakap kamu sangat cool bila kamu nyanyi dengan gitar. Depan beribu penonton masa konsert kat Kuching dan Sabah pun kamu relaks je.

Oh ya! Itu mungkin pujian melampau dari aku. Sila baca entri melekat kat blog aku ni. Atas entri ini. Ada rakaman kamu nyanyi LIVE masa konsert kat Kuching. Ada lagi banyak dan boleh search kat Youtube. Search je nama Amir Jahari.

So pleaseeee.... DENGAR DAN NILAI SENDIRI tapi bukan tengok dari AF semata. Lepas tu, jangan la tanya soalan pelik-pelik. Kalau awak tanya sedap ke suara Amir? Of course saya akan jawab YES! Sebab saya kenal Amir, tahu macam mana dia menyanyi sebelum dia masuk AF lagi.

'Tapi dia selalu kena kritik kan?' amir sebelum masuk AF dan masa kat AF sangat beza. Siapa follow aku dari dulu memang tahu suara Amir sebelum masuk AF macam mana. Dan ramai jugak yang frust bila Amir tak dapat nak perform dengan bagus masa kat AF. Termasuk dengan Amir sendiri pun frust sebab dia tak boleh nak buat dengan baik.

Again... Kalau nak kenal Amir, sila baca the whole story dalam ni. Bukan soh baca kisah cinta kami. Tapi tengok video-video lama dia kat dalam ni. Or sekali lagi, maybe lebih senang kalau awak search je kat Youtube. Harapnya lepas ni jangan la diungkit cerita Akademi Fantasia. Serius aku bosan!


P/s : kalau nak baca entri, jangan baca setengah-setengah. Sebab awak takkan dapat maksud sebenar saya.. thank u sebab baca.

Tuesday, August 16, 2011

Tunang Artis? Hemm...

Oh ya! Makcik dan cousin aku yang pegi KL sama ngan aku dan mak aku sebenarnya tak tau siapa tunang aku. Seriussss? Yerr.. Serius. Kebanyakan keluarga besar aku cuma tahu nama tunang aku, Amirulllah dan mak aku panggil dengan nama Amir. Jadi, bila malam kamu hantar makanan untuk sahur tu, memang terkejut la mereka.

Makcik : laaa... Ingatkan siapa tunang cik ni.. Rupanya amir..

Aku : hee..

Cousin aku : yer la kan.. nama tunang akak tu amir.. Tak pernah sangka lak amir Amir AF9.. Serius masa dia nyanyi konsert tirai tu.. Bangga giler jadi orang sarawak.. Suara dia sedap..

Aku : *sengih*

Makcik : achik sampai tak tahu nak amik makanan apa.,

cousin aku : t balik nak bagitau adik, kita buka puasa ngan artis.. *gelak-gelak*

Ada-ada je makcik dan cousin aku. Mereka memang kuat gurau. plus mereka memang minat suara kamu.

Bila ada yang tanya, best ke jadi tunang artis? Aku cuma mampu gelak je. Kamu sendiri tak pernah rasa kamu artis. Inikan pulak aku. Hidup sama je macam dulu. Beza cuma sekarang lebih ramai kenal kamu berbanding dulu. Kalau nak cakap peminat? Dari sebelum kamu masuk AF pun kamu ada peminat sendiri. Itu sahaja.

P/s : raya tahun ni aku dan kamu ada 2 pasang baju sama. Coklat dan hitam. Yeah!

Wednesday, August 10, 2011

Salah Ke Kalau Saya Minat Tunang Awak?

Ada seorang girl tanya,

Girl : Saya peminat Amir. Awak marah ke saya minat tunang awak?

Aku : Err... biasa kot orang minat dia.. rasanya tak salah pun...




Malam tadi, kat twitter, jalan-jalan kat twitter, terjumpa ni...


Pastu manager kamu jawab ni, 

Ni conversation yang seterusnya,



Kalau ada yang minat kamu, tu tandanya kamu dihargaikan?Jadinya kenapa saya perlu marah, betul? So no worries.. as long as yang minat tu support kamu as musician, no problem. Kalau ada maksud lain? alamak! Jangan la jadi orang yang menyakiti hati orang lain kan? Sebab apa yang kita buat akan allah balas balik kat kita kan? Yeahh..... Selamat berpuasa.



p/s: sengih-sengih baca tweet Liyana fizi. Dia pun salah seorang penyanyi yang sedang meningkat naik kan? Aku baru tau. Opsss!

Tuesday, July 26, 2011

Soalan Yang Tidak Berjawab

Sebelum ni ada beberapa kali aku disoal dengan soalan yang sama. Tergerak untuk menulis di sini. Hari tu ada yang tanya kenapa aku sendiri tak jadi manager kamu.

Pertama-tamanya sebab aku memang tak de basic langsung untuk menjadi seorang pengurus. Apa lagi seorang pengurus kepada selebriti. Kang tak pasal-pasal selebriti tu yang urusakan aku kan?

Keduanya sebab aku memang tak de ilmu dalam dunia hiburan. Kalau orang nak tipu aku, senang-senang je. Habissllaaaa selebriti yang aku perlu jaga. Nak makan apa? Tak pasal-pasal masuk Melodi. Err...

Ketiganya, aku bukan ada pengaruh dalam industri seni. Dalam bidang aku sendiri pun langsung tak de, inikan pulak sesuatu yang bukan dalam bidang aku.

Keempat, aku pendiam. Macam mana nak deal ngan orang kalau aku tak banyak cakap, tak reti nak berurusan ngan orang? Aiyak!

Kelima,..........

banyak sangat alasan... Yang penting sebab kamu dah ada pengurus yang sangat bagus, Joe Lee. Cakap apa saja, insha allah semua benda tentang dunia hiburan tanah air dia tau. Memang sangat beruntung kamu sebab Joe Lee nak jadi pengurus kamu. Orang lain nak Joe Lee, tapi Joe Lee pilih kamu. Rezeki kan?






p/s: Aku nak jadi PA tak bertauliah seumur hidup. Tu pun dah cukup susah wo.. *sigh

Wednesday, July 6, 2011

Keputusan Yang Sangat Berat

Aku delete blog semalam. Serius itu bukan sesuatu keputusan yang mudah untuk dibuat. Bayangkana ada berapa banyak entri yang aku tulis tentang kenangan aku dan kamu kan? Sesuatu berlaku petang semalam. Memang aku tak dapat nak cakap dengan kamu sebab petang semalam kamu ada show. Juga secara rasminya kamu dimaklumkan kepada public sebagai artis rakaman bawah Kasi Gegar Entertaiment, bawah naungan Aizat Amdan dan Anas Amdan. 

Lepas aku delete, aku SMS Joe Lee, manager kamu. Joe Lee call. Aku tak mampu nak angkat sebab aku takut aku nangis. Joe Lee soh angkat jugak. Aku angkat. Banyak yang Joe Lee nasihat aku. Aku nangis jugak. Memang Joe Lee manager kamu dalam industri. Tapi secara personal nya, Joe Lee memang tempat aku mengadu. Ada perkara kita boleh dengan kawan, ada yang tak boleh kan? Sebab ada perkara kawan-kawan paham, ada yang tak. Bukan aku menidakkan keberadaan kawan-kawan dalam hati aku. Aku sangat hargai kalian. Even aku tak tinggal jejak kat blog korang pun bukan bermaksud aku tak singgah.

Family? Yes. Mak aku orang pertama yang tahu kalau ada apa yang berlaku. Cuma depan mak aku lebih relaks. Mak pun selalu rasionalkan aku walau apa pun berlaku. Aku bersyukur sebab punyai mak yang cukup sporting aku kira. 

Malam, lepas habis show, kamu soh aku call. Aku call. Bincang dengan kamu tentang banyak perkara. Paling penting, tentang blog. Haiyok! Kamu terkejut aku dah delete blog. Siapa tak sayang blog kan? Blog ni lah tempat aku luahkan apa yang aku rasa. Kamu mintak aku bukak balik. Kalau susah sangat, bukak blog baru. Blog ini sebahagian dari aku. Bila nak bukak blog baru, aku rasa berat sangat. Roh tu tak de kat situ. 

Akhirnya, pagi tadi, aku buat keputusan, setelah berfikir dan semangat dari kawan-kawan di sini, terutama Ztie yang SMS kat hp, twitter lagi.. Amboii.. dia memang orang pertama tak bagi aku delete blog. Hikss... Thanks dear.. Juga terima kasih pada yang lain, ain, syaza, zura, yann, kak kembojha, kak anne, wani dan semua yang ada tweet dan tanya kat facebook semalam tapi aku tak mention kat sini, terima kasih. Antara sebab aku masih terus menulis juga kerana kalian.  






p/s: Sayang kamu... Selalu....

Sunday, July 3, 2011

Boleh Tak Kalau....

Bangun pagi dah awal dah. Tapi tak de mood pun nak masuk office hari ni. Almaklum, report dah siap. Just tunggu project manager review je lagi. Kalau lepas, just print report dan hantar pada NREB.. Lepas tu baru hantar kat client.

Minggu ni ready untuk report yang seterusnya. Mujur dua minggu lepas tak perlu pergi site visit. Kalau tak, maunya minggu ni sibuk dengan dua report. Fuhh... Tapi minggu ni nak tak nak kena pergi site visit jugak. Di Gedong. Ada blogger dari Gedong atau Serian? Meh jumpa kejap. Breakfast or lunch sesama. Nak?


Hari ni rasa nak habiskan game burger. Tapi belum apa-apa aku dah bengang sebab makin naik level, makin menyakitkan hati plak. Ya hari ni tak mula dengan baik. Bangun-bangun pagi dah rasa menyampah. Oh pleaseee.... Kenapa la pagi isnin?




p/s : kalau dia lebih-lebih dengan hak kita tak pe pulak. Cuba kalau hak dia diganggu, maunya melenting tak ingat dunia. Manusia.. Selagi tak rasa, selagi tu dia tak fikir perasaan orang.. Boleh tak kalau jangan lebih-lebih?? Hoiii! Jangan fikir bukan-bukan..

Friday, July 1, 2011

Letih Kot Asyik Nak Jaga Hati Orang

Kamu, akya ada SMS. Ada lelaki minat kat dia. Tapi dia minat kat kawan lelaki tu. Dan lelaki yang dia minat bagitau kat kawan dia pasal akya minat kat dia. Err.. Faham kan? So akya risau. Takut orang ingat dia jahat. Yer laa.. Dia rasa macam dia jahat je kan.. Minat kat kawan kepada orang yang minat dia.

Dia risau. Aku nasihat kat dia. Abaikan je benda macam tu. Yang penting, hati dia. Sebab kita memang takkan pernah dapat nak puaskan hati semua orang kan?

Letih kot kalau kita asyik nak jaga hati semua orang. Lastnya? Kita plak yang hipokrit. Jadi orang lain sebab nak senangkan hati orang. Berapa lama je kan kita mampu nak bertahan menjadi orang lain. Lagi senang jadi diri sendiri. Kalau ada yang tak suka kita, biarlah kerana kita menjadi diri sendiri kan? Tak semua orang tak suka kita. Jadi, tak yah risau kalau ada yang tak suka kita.

Teringat pesan cikgu erol. 'kalau ada 10 manusia, mungkin akan ada sorang yang takkan suka kita.. Jadi, makin ramai yang tak suka kita, lagi ramai la yang suka kita kan?' just relaks..

Biarlah orang nak bercakap. Lama-lama mereka akan diam kan? Dan tambah saham pahala kita kat situ sebab orang yang kena kutuk tu, allah bagi ganjaran pahala. Siapa yang untung? Yang mengata dapat dosa, yang dikata dapat pahala. Baiklah diam dari berkata-kata.

Tak semua orang faham kita. Kadang kita cakap lain, orang maksudkan lain. Akhirnya bila orang fikir lain, tu yang keluar isu lain. Kadang kelakar tengok orang yang suka bercakap pasal orang lain. Seolah-olah dia faham keadaan yang sebenar berlaku. Padahal? Dia juga orang luar yang hanya memerhati tanpa tahu duduk sebenar sesuatu perkara.

Biasalah manusia. Kalau bagi jadi pengkritik, memang nombor 1. Even kawan sendiri pun kadang-kadang hipokrit p kutuk kawan sendiri. Kadang sebab perkara kecik pun nak dibesar-besarkan. Kadang lawannya kecik je. Tapi sikap sentiasa nak menang tu yang buat kita rasa kita je yang betul. Cuma kita tak perasan melukai hati orang yang kita anggap kawan.

Aku tak maksudkan sesiapa. Jadi, jangan la touching ya. Sekadar melihat perkara yang berlaku di sekeliling aku.

P/s : err... Cerita pasal akya. Tapi terbang sana-sini dah entri aku.
Older Posts Home