Sunday, August 21, 2011

Baca Entri Tak Paham Tu Yang Mudah Sentap

Aku menulis untuk kepuasan aku sendiri. Kadang apa yang aku tulis kat sini, tak terzahir di dunia realiti. But then, bila tulis, ada je yang sentap bagai. Adoyaiii... Kalau awak tak pernah buat hal dengan saya, buat apa nak sentap. Jadi anon, berhenti terlalu caring. Saya tak approve komen orang pakai anon. Kalau nak, letak nama ya.

Entri semalam tajuk, Takde Takpe, Ada Pun Menyemak dah aku simpan dalam draft. Tu luahan tulus dari hati. Biasa kalau dah namanya dari hati, dah tentu la lurus bendul. Yang baca confirm ada yang terasa. Sebab memang aku maksudkan certain silent reader aku. Aku tau mereka baca. Jadi bagus jugak ada nuffnang ni. Tau la jugak siapa yang rajin singgah blog kita kan..

Petang tadi kau tanya pasal entri semalam.

Kamu : takde takpe, ada pun menyemak.. B maksudkan abg ke?

Aku .: eh? Pulak..

Kamu : kann....

Tengok! Sorang lagi menyentap tak tentu pasal. Okey, itu kamu gurau. Ada dua entri aku tulis dari hati, tapi lepas tu aku simpan balik. Ada je yang sentap baca. Memang aku belum cukup kuat nak berdepan dengan anon yang sangat caring ni. Lebih dari itu, aku tak nak jadi kontroversi. Biarlah tersimpan rapi dalam draft aku.

Terasa semangat nak blogging bila kita tahu ada yang confirm baca entri kita. Baca bukan sekadar nak kita visit dia balik, tapi komen dengan membina dan berharap ada hubungan dua hala. Selama ni mungkin tak terzahir dari lubuk hati aku.

Kadang terasa jugak bila ada yang ajak join blog list, soh masukkan dia dalam blog list kita, but then, dia langsung tak jenguk kita. Hey! Come on! Tu pun nak sentap? Sentap tak sentap la. Just terasa niat sebenar nak eratkan silaturrahim, tapi orang macam nak ambil kesempatan nak ramai orang follow dia. Bukan jealous. Just luahan hati sebab sedih. Kalau artis aku tak heran. Tapi blogger biasa macam aku jugak. Kalau tak kita sesama blogger yang saling membantu dan memberi dorongan membina, siapa lagi kan? Kalau masing-masing nak kejar glamour, apa dapat kan? Jap.. Famous ke jadi blogger? Mungkin!

Okey! Dah sedar. Entri tak menarik hati nak membaca. Btw., thanks to namee. Awak buat saya rasa semangat nak update entri. Sekurang-kurangnya ada sorang yang confirm akan bagi kritikan membina dengan ikhlas. Kalau nak kutuk pun, sekurang-kurangnya, dia guna nama dia sendiri. Bukan anon.





P/s : special thanks buat rakan-rakan blogger yang selama ni setia kat sini. Anda tahu anda siapa. Dan saya tahu anda baca walaupun anda tak tinggal jejak. Terima kasih. Siapa anda, siapa saya?

17 kata-kata jiwang:

Yann Mazian said... BALAS

ooo. entri marek yakah kak? kmk nk baca.. tp sikpat dibaca gik. hihi.
biasalah kak.sapa suroh sik baca smpe abis.dh ya sentap sik tentu psl. hokhokhok

SyAfaWaNi ♥‿♥ said... BALAS

rilek amni..susah nak bg semua org puas hati dengan kita..kita pun bukan siapa2..tulis selagi mampu..ok..:D im oways here! hehe

*eee kenapa tulisan kat blogger makin kecik..sakit mata!

erolnukman said... BALAS

sape?saper?lost kejap...baruk balit dr kpg..hehehe...

erolnukman said... BALAS

poret juak gik kmk nak nanggar older post ktk kotan nak tauk cerita...xda pun?hehehe

Tina Johari said... BALAS

yahh. ya juak la luahan hati kmk aria koh deng. hehehe

Amni said... BALAS

dear yann,
hahahaha.. Ktk antara yang lambat baca.. Sama ngan mirul juak.. Hehehe...


Dear wani,
heee... Tak perasan lak tulisan jadi kecik dear.. Sebab guna phone ni macam biasa je... =p thanks dear.. =)


dear cikgu erol,
cerita dah basik dah cikgu.. Hehehe.. Sik tauk nak padah sapa.. Hahaha.. Kmk rasa nak molah sigek blog khas pakey ngerepak jak.. Hehe..

Hana Soffelia said... BALAS

Sabar Amni.. memang mcm2 org akan ckp bla tak suka kita. Yg spesis anon2 tu abaikan je. Janji kita ikhlas berblog, sudah cukup memberi kepuasankn. Nanti if tggu org jenguk blog kita je, then bla time xde org jenguk rasa down plak nak berblog. Tak mau mcm tu becoz blog kita jiwa kita. kn? ^_^

niesh™ said... BALAS

kmk macam xda baca jak. haha.

sukasuki said... BALAS

hahaha,boleh pulak orang lain terasa eh?kdg2 secara kebetulan je tersama kan..

Jue said... BALAS

Urm pa kes tok? Br mok bc blog yok hehehe. Besa la anon ya.boh mik ati ngan org camya.gik nya suka mun kita trasa :)

Namee Roslan said... BALAS

takmau merajuk2..mari kawan rapat dengan saya meh! hehe :) em, kadang2 saya tak faham segment yang mengajak masuk bloglist tp at last korang tak connected pun. takpela, mungkin cara masing2 :) dalam blogging ni, saya ada niat nk kawan baik dengan ramai org.

happy blogging okay! :)

Miss Dolce and Gabbana said... BALAS

yeah..pegang konsep tok jak kita Amni.Ada liker adalah hater.Ada silent reader adalah anonymous.Ya retinya blog kitak dah mula femes amos.Dah boleh diterimak org.Anon tok mun dpat abaikan jak.Mun x da sidaknya susah juak kita.Kita x tauk apa kelemahan blog kita.Btw happy ramadhan deng ;)

ainz said... BALAS

Selalu je dengar org sentap dengan entri amni..amni femes sgt,kot..tu yg rmai sentap..huu..abaikan jela mereka2 ini..teruskan blogging macam biase..perlu ke semangat kita hilang disebabkan org2 camni?sangat tak berbaloi,kan? ;)

Prince Halilintar said... BALAS

biasa la dunia siber skrg ni..kdg2 bende tu jadi secara kebetulan je pon..tapi blh jadi siyes jgk hal2 kecik tu..hmm..mcm2 la kan..

Amni said... BALAS

dear all,
thank u so much guys.. Serius sangat bz.. Update entri guna hp tak canggih.. Jd memang nak singgah satu2 blog ambil masa.. Really sorry.. Dua minggu ni akan sangat bz sebab ada tiga report nak kena settle sebelum raya. Kalau tak? Saya tak bley cuti la kot. Huks!! Jumpa ya nanti.

Anne said... BALAS

Ignore jak urang yg boleh & cuba nak menjatuhkan kita. Keep moving gal & happy blogging.

ztie said... BALAS

Hehehe nak updTe pakey hp canggih gik ka ? Hehehe

Newer Post Older Post Home