Thursday, September 22, 2011

Cukup Dalam Hati

Tak tau kenapa kalau buat baik perlu nak update kat facebook ataupun twitter. Kejap-kejap cakap,


"Dalam perjalanan nak ke Masjid nak solat Jumaat..."

"Baru lepas baca Quran. Alhamdulillah...."

"Ternampak perbuatan yang menyakitkan hati dan menjengkelkan. Hanya mampu mengucap dan mendoakan yang baik buat mereka.."

"Baru balik dari Solat Terawikh 23 rakaat... Syukur hari ni solat terawikh penuh..." Musykil jap. Solat terawikh 23 rakaat ea? Bukan 20 rakaat tambah 3 tu witir ke? Kan dah menampakkan ke*****an diri sendiri. Adoyaiiiii.....

"Tadi pegi shopping... kesian tengok perempuan tu senang jer lelaki nak pegang...."




Tak rasa akan jadi riak ke bila post macam tu, lepas tu orang pun dok puji-puji,

"Wahhhh... baiknya awak.. soleh nya wak.. solehah nya awak.."

"Untung nya perempuan dapat laki soleh macam awak... "

"Kalau lah saya dapat perempuan solehah macam awak kan bagus..."


Aku bukan cemburu. Jauh sekali nak dengki bila awak-awak yang suka up status macam tu kena puji. Cuma rugilah jika atas pujian itu, timbul perasaan riak dalam diri awak. Sia-sia lah amalan yang dibuat. Tak ke hasilnya nanti cuma penat dan lelah?

Cukuplah kalau kebaikan yang awak buat tu, awak simpan sendiri-sendiri. Sebab tu lebih baik. Biarlah orang nampak awak macam tak de apa asalkan di sisi Allah, awaklah yang terbaik. Juga, kalau tengok sesuatu yang menjengkelkan, please la jangan la up status kat facebook ataupun twitter. Awak tak tau bila awak akan diuji macam tu. Esok-esok entah awak pulak yang buat lebih teruk kan?




p/s: cuma satu lagi luahan hati aku...

11 kata-kata jiwang:

Anonymous said... BALAS

betul tu amni..lugha pun ada..hehe

Prince Halilintar said... BALAS

ibadah biarlah seikhlas semata2 kerana Allah kan...

ZJ said... BALAS

yess, kmk sokong ya deng. boh ngeso kata org. haha

Unknown said... BALAS

kmk pun rasa cam ya...mun kat twitter kmk xkisah gylak. Xda org mok kisah pun... =p

..mun kat fb ya lah...rawr...hahaha :B

Puan Eka said... BALAS

amni..eka selalu sgt nampaka da dua tiha kawan eka yang suka buat status mcmtu..

seolah2 macam org lain tak tahu pulak..

siap ckp sebijik yg cm amni ckp tu..

Ternampak perbuatan yang menyakitkan hati dan menjengkelkan. Hanya mampu mengucap dan mendoakan yang baik buat mereka.."

Aliesha Kirana said... BALAS

sokonggg! sllu bace status kwn2 yg adakalanya mcm nk tunjukkan yg mereka itu bagus. ble org puji boleh lak cakap "saya cuma insan biase je.." alahai..lemah lutut AK dengar. ekekeke.

xperlu tunjukkan kebaikan kita, sampai mengundang riak dlm hati..

nabilah_2908 said... BALAS

mcm tu juga dengan puasa ganti/sunat...

tak perlu nak bagi tau pada orang yg kita berpuasa..:)

ainz said... BALAS

tergelak bace komen AK "saya cuma insan biase je" huhuhu...nak buat jadi trademark,laa.. ;p

Cik Amni said... BALAS

Dear ainz,
saya pun tergelak baca... hahahaha... tapi memang betul apa kan? =P

Ieqahgajah said... BALAS

hai..salam perkenalan..
yeahhh ieqah sgt setuju dgn pendapatitu..ye mungkin kekadang kita terlalai sesuatu yg kita buat boleh kearah keriakan..so better tak plu post bukan bukan kn :)

Sya_Merpati Putih 88 said... BALAS

betul tue , sy setuju...
sekarng nie dah zaman fb n twitter, kalau boleh smua benda nk update kat ctue kn...huhu..

Newer Post Older Post Home