Thursday, September 22, 2011

Aku Beruntung Ada Kamu


Siapa ada dengar Radio XFM pada Selasa Malam, dia mesti ada dengar kamu kena interview. Kamu sempat nyanyi lagu Gelisah, yang insha allah akan jadi salah satu daripada single kamu. Juga kamu ada bawak lagu Tanpamu. Seperti biasa, kamu nyanyi dengan gitar dan secara LIVE.

Masa DJ Feeya tu cakap ada tetamu jemputan, dia bagitau macam ni,

"Lepas ni akan ada tetamu jemputan. Seorang lelaki. Masih single.... Wahhh.. Bila cakap single, laju je semua orang kan..."  

Lepas jer kamu nyanyi, Feeya, DJ XFM cakap suara kamu sedap dan untungnya kalau dapat boyfriend macam kamu. Boleh sebelum tidur mintak dodoikan dengan guitar. Gulp! aku dengar aku tahan air liur. Feeya memang tak tau pun kamu dah bertunang. Kawan aku SMS tanya aku tak jealous ker? 

Aku gelak! aku post kat facebook, habis la kena usik dengan kawan dan sepupu aku cakap aku jealous. Gila jahat semua orang nak mengusik. Kat twitter semalam, ada seorang kakak follow aku kat twitter. Ingatkan blogger.Rupanya salah seorang yang minat lagu kamu. 


Seperti sebelum ni aku cakap, aku memang bertuah jadi tunang kamu. Bukan sebab kamu pandai nyanyi, selalu nyanyi untuk aku, selalu bagi lagu kat aku. Sebab pada aku, lelaki lain pun boleh buat macam tu kat aku. Tapi ada sesuatu yang buat aku lebih menghargai kamu. Nak tau? Ada aku cerita kat entri lama.

Terdetik kat hati aku, pernah tak kamu rasa beruntung adanya aku. Malam tadi masa borak ngan kamu lepas kamu recording untuk Muzik-muzik minggu ni, aku tanya,

Aku : B... untung tak dapat orang? Pernah tak rasa macam tu.... ermm...

Kamu : Selalu....

Aku : Kalau tak dengan orang macam mana?

Kamu : Tak tau la abang jadi apa sekarang... mesti tah mana-mana la perginya abang.... bila ada B, ada rasa tanggungjawab.. Nak jadi orang yang lebih baik.. berubah... 

Aku : Errmmm......

Kamu : Kalau dengan orang lain, mungkin abang tak boleh masuk ASWARA, tak jadi apa yang abang ada sekarang. Mesti terkongkong di Politeknik. Mesti kalau dengan perempuan lain tak sokong matian kalau abang quit Mechanical. 

Aku : Hemmm......




p/s: Bertuah kan aku? 

16 kata-kata jiwang:

Prince Halilintar said... BALAS

untung jgk la prince jadi kawan ek..hehe

Munna said... BALAS

hi amni =)

Me mmg pndngr setia Xfm..dgr je nama amir jahari terasa excited kemain..haha

Kathy Tuah said... BALAS

duak2 untung ^^ semoga kekal sampei bila2 k..amin..

nabilah_2908 said... BALAS

dia yg bertuah memiliki kamu...hehe.. :)

Anisa Hang Tuah said... BALAS

tak sabar nak tunggu hari bahagia kalian

:)

[sutera kasih] said... BALAS

alululu..kmk yg membacanya pulak bebunga2 hati ehhhh...sweet ehhh ktk duakk..cepat2 kawen, sik sabar..aihhh over kali kmk haha

d_tieah said... BALAS

Sama-sama bertuah.. Itulah indahnya ciptaan Allah.. Berpasangan :)

*Kamek ada dengar Amir rah Era fm hari Sabtu mun x silap..

Namee Roslan said... BALAS

amni bila nak kahwin ? :D jangan tunang lama sangat tau! :D syaitan jahat!

erolnukman said... BALAS

sama2 bertuah!

aliesha kirana said... BALAS

bertuah!! die btuah dpt kamu! kamu brtuah dpt dia! heeheh..

missSenget said... BALAS

:)

bertuah,,,bertuah,,,

aummm~~

nurkaloi said... BALAS

sweett ^___^

gadisBunga said... BALAS

sebenarnya dia yg bertuah dapat amni. :)

Anne said... BALAS

Semoga berkekalan,sik sabar nk nengar berita gembira..cepat2 nikah.:)

emy|farid said... BALAS

kawen cpt2 amni, tunang2 ni org leh kacau lagi.......

niesh™ said... BALAS

kmk asa sweet glak bh torang 2 :) suka3!

Newer Post Older Post Home