Showing posts with label AF9. Show all posts
Showing posts with label AF9. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

Aku dan Kamu

Dah setahun berlalu sejak kamu digugurkan dari AF9. Bila ingat balik, aku sendiri marah giler bila tengok video kamu yang tak puas hati dan cakap kamu akan buktikan yang kamu akan berjaya one day lebih daripada kawan-kawan yang baik.. 

Masa berlalu.. bila aku ungkit balik hal tu, memang kamu gelak besar dan rasa bodohnya diri masa tu. Kenapa nak macam tu kan? Tapi biasalah.. darah muda. Hamboii.. macam sekarang dah tua sangat kan? Yer.. setahun ni kamu berubah banyak sebenarnya... keanak-anakan tu masih. Tapi bila part kerja dan belajar, kamu lebih serius. 

Aku : Geram kot dengan budak yang suka hina orang lain.. macam dia berjaya sangat..

Kamu : Sayang.. orang macam tu abaikan je.. yang paling penting, jadi orang berjaya.. lepas tu senyap la dia.. 

Aku : Tapi manusia ni bila kita berjaya, lain pulak dia tak puas hati..

Kamu : Sebab tu orang macam tu biarkan aje.. kalau kita layan, sama la kita macam dia.. kan?

Aku : Hemm...


Matang tak matang sangat la.. Tapi bila bertindak, kamu banyak berfikir. Selalu sangat aku dapat motivasi hari ini. Gr..

Monday, October 17, 2011

Terjawab Banyak Persoalan.....

Semalam terbaca entry dari klubbkiddkl. Siapa dah lama blogging, memang dia kenal blogger otai ni. Nampak macam sikit yang follow dia. Tapi kebanyakan yang baca blog dia bukan blogger. Kalau tengok kat twitter dia pon ramai tahu dia ni memang ramai follower. 

Balik pada entri yang dia tulis, aku copy paste je yer.. 


1) Dia kenalkan Amir Jahari. 


"If you've been following my Twitter, you would have noticed aku asyik promote Amir Jahari. Siapa Amir Jahari?


Aku kenal Amir masa dia ujibakat untuk Akademi Fantasia 9. Of course dia masuk tapi digugurkan. I was against it, but hey... it's just a TV show and it's not a measure of one's talent.

Amir ni memang talented, and memang for those of you don't know, dia juga top three protege Noh untuk Mentor yang lepas, tapi terlepas. This was before Akademi Fantasia.

So once abih Akademi Fantasia, aku memang nak prove yang dia ada talent, so aku pun sign him on to my management. Sebelum ni, aku penah naikkan Nikki dan Hazami (for those of you who know, tau la keja sbalik tabir aku ngan ramai termasuk Ning Baizura, Misha Omar... and event non-singers like Fazura.

Selepas lapan tahun tak scout talent bebetul, aku pon take on Amir as a challenge. Challenge sebab first step, tanak pakai nama 'AF' balik nama dia. So Amir Jahari it is.

Aku start grooming in terms of music, vocals and communications and bak dia merata tuk witness how it is to be in the industry.

And then we signed on to Kasi Gegar, for the production of Amir's first single, yang ditulis sepenuhnya oleh diri sendiri. It was a gamble, tapi aku yakin pada bakat Amir. Seriously, dak ni old soul when it comes to music. Baru umur 19, kalau ko dapat tengok proses dia cipta lagu, memang... amazing.

My choice of Kasi Gegar, pas consider Anas dan Aizat sendiri nak produce the single. Skali ngan Datuk Amdan, yang pujuk kami join Kasi Gegar, aku pon stuju pas discuss ngan Amir"


2) Cerita tentang Promosi Tanpamu


"And the last three months (tolak bulan puasa and a couple of weeks sebab Raya) it has been amazing. Tanpa promosi, Tanpamu telah berjaya menawan hati ramai. 



The song sudah pun masuk carta XFM, Era FM - and juga carta harian Hot FM (baru start dimainkan) manakala Suria FM pon da start.

Amir has been invited for performances in TV programmes over RTM (Hello On 2), TV3 (tamu Muzik Muzik yang baru tayang hari ni), ntv7 (Bella) as well as radio programmes on XFM dan juga sebagai tamu Carta Era FM.


Mereka yang di Sabah Sarawak dapat tengok Amir perform single dia masa baru release ketika opening Borneo Tour Aizat Amdan. 

By the way, Amir ni friend of Blackberry. Heh... kira dia duta la.


Kalau korang minat, sokong lah Amir ngan request lagu atau undi kat semua stesen radio kegemaran anda. Memang happy response has been good, despite us being independent and with very little promotion"


3) Aktiviti Amir Jahari untuk 20,21,22 dan 23 Oktober di Kuala Lumpur


"Kalau korang minat, Khamis ni Amir akan perform di Moonshine anjuran Reza Salleh di Laundry Bar. Come! Also Pada 21hb hari Jumaat dia akan perform kat wedding sebuah rakan artis (rasanya kalao sapa tau tarikh ni tau sapa nya wedding), Sabtu dia akan perform kat October Tweet Fest (sapa hantu Twitter mesti tau gathering Twitterers Malaysia terbesar di Malaysia) dan Ahad dia akan perform kat Konsert Muzik Fiesta Indonesia.





The only local artistes performing for the konsert is actually Jinbara dan Kristal yang wat opening. Amir nya slot lain sket... dia akan wat penampilan khas collaboration ngan... *drumroll please* SHEILA ON 7! Amik ko... yeay! Teramat happy.


4) Perkembangan Terkini dan Single Ke dua

Meanwhile pada sapa yang da jadi fan Amir, dia akan bermula rakam lagu untuk album Altimet dan DJ Fuzz yang mintak lagu dari dia tuk recording bersama dalam bentuk acoustic hip hop. Also dia tengah siapkan lagu untuk runut bunyi filem baru Hans Isaac yang akan datang. Adibah Noor pon da mintak nak collaborate, so memang happy lah ramai da mula minat bakat Amir.

Meanwhile kami sudah pun ada tiga baru Amir untuk dipilih mana satu jadi single kedua.

Untuk single kedua, aku tak tentukan dengan pihak mana aku nak berkerjasama kerana aku dan Kasi Gegar agree on mutual agreement deal by single. Sebolehnya aku nak kembangkan bakat Amir dan push him to another level supaya dia leh jadi generasi baru singer-songwriter.



Kalau nak baca lagi yang detail, boleh terus ke blog KlubkiddKl.  





Tuesday, October 11, 2011

Tak Tau Nak Jawab Macam Mana...

Errr..... ada ramai tanya, aku ni siapa sebenarnya dengan Amir AF? Ada jugak yang tanya, aku ni apa hubungannya dengan Amir AF? Aku kawan ker? Mungkin jugak ada yang ingat aku ni peminat fanatik sampai dalam blog ni banyak cerita pasal Amir AF...

Hemm... nak jawab pun segan. Kang orang cakap aku nak promote diri plak kan? 

Jadi, kawan-kawan, tolong jawab bagi pihak aku boleh?

Ini Virgin Coconut Oil (VCO) dalam bentul kapsul yang selalu orang order dengan aku. Dalamnya ada 60 biji kapsul. Sehari makan dua biji. Kalau yang ada problem dengan kulit, boleh keluarkan minyak dari dalam kapsul ni dan sapu kat tempat bermasalah. kalau yang ada resdung pun boleh try jugak.


Harga?
Semenanjung : RM39.90
Sabah/Sarawak : RM43.90

Promosi Oktober : RM39.00

Kalau nak order, atau nak tau lebih lanjut, boleh SMS aku (016-878437) untuk lebih cepat. Terima kasih.
Older Posts Home