Wednesday, September 21, 2011

Perasaan......

Setiap hari, pagi-pagi aku akan check email. Dan setiap hari akan ada update berkenaan dengan jawatan kosong. Aku ada satu perasaan yang pelik. Hari-hari rasa semangat nak tukar kerja.

Pagi ni bukak email lagi, nampak banyak jawatan kosong. Position? Chemist. Harus aku teruja. Tapi masalahnya, semua jawatan kosong sebagai Chemist tu kat Semenanjung. Kalau kat KL okey lagi kot. Tapi masih kena tunggu bila dah kawen. Haiyok! Banyaknya tapi.

Masalah aku sekarang, aku tak suka pergi interview. Ada jer jawatan kosong sebagai Chemist kat kawasan Kuching. Bila part nak pergi interview tu aku malas. Bila tengok jawatan kosong sebagai chemist kat semenanjung teruja pulak. Memang tak boleh lah nak mintak. Siapa nak temankan mak aku kat Kuching kalau aku kerja sana kan? Hemm...

Sebenarnya apa yang aku selesa yerk? Buat kerja environment lebih best sebenarnya. Jadi Chemist susah. Nak-nak kalau buat R & D. Tengok! buat kerja nak senang jer. Mana nak berkembang?

Kamu pulak lebih suka kalau aku buat bisnes. Lebih suka aku ada masa untuk diri sendiri. Kerja ngan orang ni, nak-nak pulak company memang sibuk. Kalau tak siap kerja kat office, kena bawak balik. Semua sebab nak kejar deadline.

Memilih ker aku? Pulak. Kalau memilih, sekarang ni memang aku tak bekerja la. Dan lepas habis belajar, aku memang terus kerja. Tak pernah pun mengangur. Cuma sekarang, aku nak kerja yang lebih baik. Untuk pengalaman. Sebabnya di akhir nanti, kalau dah bekerluarga, pada aku, memang kerja ni tak sesuai pun untuk aku. Jadi, biarlah buat banyak link dengan orang, supaya nanti kalau nak buat bisnes, senang kan?

Hemmm..... perasaan....

6 kata-kata jiwang:

Kathy Tuah said... BALAS

biasalah..perasaan bah..xpat d ikut gilak :)

YuiLight said... BALAS

Keja jauh2 best, dapat menimba pengalaman. Tapi mesti ada masalah yang menahan utk keja jauh...huhuu >.<

Link dgn org lain mmg penting :D

Prince Halilintar said... BALAS

usaha la lagi dan jgn putus asa..nnt mesti dpt keje dan temat yg betul2 suka...mmg byk dugaan sblm dpt kesenangankan...

mye said... BALAS

betul ssh r nak cri keje skunk..my pun tnam anggur jew..

Dr. Amirah said... BALAS

istikharah :)

Namee Roslan said... BALAS

sama lah. malas nk interview sebab malas nk melalui perasaan debar2 nk terberak tu. hehe

Newer Post Older Post Home