Friday, October 7, 2011

Peluang Dan Ruang!

Sejak dua menjak memang susah kan nak carik kerja lain. Tapi aku memang dah memulakan misi mencari kerja lain. Terima kasih pada yang advise. 

Sekarang ni, aku dan kawan-kawan sedang merangka untuk buka company sendiri. Nak bukak bisnes yang berkenaan dengan supply dan environmental. Kebetulannya senior environmental company yang aku kerja sekarang pun sangat berminat. Lama dah kerja sini, tapi gajinya ciput jer. Siapa rasa tak nak blah kan? Harus ada company sendiri sebab dia banyak pengalaman. Aku pulak, sedang belajar dengan dia.

Lagi sorang kawan, memang terer bab supply. Nak carik tempat murah, tanyalah dia. Memang dalam list. Yang senior tu pun boleh tahan jugak kalau nak tanya pasal supply barang semua ni. Sekarang ni, kami bertiga yang macam confirm. Ada lagi yang lain, cuma tak tau lagi keseriusan nya macam mana.

Jadi, plannya minggu ni, nak jumpa dua orang yang dah berpengalaman tentang bisnes. Mudah-mudahan berjalan lancar semuanya. 

Buat sementara, aku jadi supplier untuk VCO. Kumpul duit untuk bukak stokist di Kuching. Fuh! Siapa nak VCO, boleh SMS aku, 016-8789437. Terima kasih. 



p/s: sampai bila nak kerja makan gaji kan? 

8 kata-kata jiwang:

Anisa Hang Tuah said... BALAS

saya masih menganggur

hm

beautiful_rose said... BALAS

baguslah kalau ada rasa semangat macam tu.buka company sendirikan.sampai bila nak kerja dengan orang je kan.

haih...aku harap aku pun mampu nak buat macam ko.tapi bila fikir pasal modal buatkan aku jadi pening kepala.

Prince Halilintar said... BALAS

semoga menjadi usahawan yg berjaya...

Miss Dolce and Gabbana said... BALAS

bisnes dirikpun lebih kepuasannya mek rasa daripada makan gaji.Cuma risiko nak mengalami kerugian ya jaklah yang kita akan tanggung.hee.Good luck Amni.

labulabi said... BALAS

semoga kitak berjaya menjadi bisneswomen.jual barang2 kamera juak aa.mun dapat less 50% ngan kmk.hehehe.ingat 50%.hihi.

aliesha kirana said... BALAS

wah! bestnyeee ade bisnes sendiri nanti.. amin3!

Yumida said... BALAS

wah..mek support! mek lom review gik product ya...cm terasa jak aura semangat ktk nk berbisnes

Indah Mulya said... BALAS

kelak mek order dr ktk!next year buley sik? =]

Newer Post Older Post Home