Monday, August 15, 2011

14 Ramadhan Bersama Incik Tunang

Masih lagi di KL. Dan masih lagi tak dapat nak reply semua komen dan ziarah kawan-kawan. Terima kasih yang drop komen entri lepas. Ternyata ramai yang setuju lelaki kalau masak memang sedap kan? Lelaki setuju, perempuan pun tak mampu nak cakap tak setuju. Err...

Ahad, pagi-pagi lagi dah meredah Sogo. Plan hari tu aku takkan grab apa-apa kat KL sebab tujuan sebenar cuma nak temankan mak. Tapiiiiiiii.... Tak mampu aku nak melawan tuntutan nafsu nak shopping. Tambahan lagi mak asyik tanya, 'nak tak? Kalau nak, ambil lah'.. Memang macam mengantuk disorong bantal. Pagi je dah habis banyak memborong kat Sogo. Pagi sempat jumpa ainz dan kawannya sebab ainz kirim popia dan kek lapis sarawak.

Petang plak Shopping ngan kamu dan Israq. Haiyok! Kamu pun macam mak jugak. 'syg pilih je apa yg syg nak? T abg bayarkan..' amboiii... Tapi aku serius tak tau apa dah. Dalam hati aim cardigan dan skirt labuh yang kembang! Yeah.. Sempat main game kat pertama. Kamu ingat nak carik game basketball sebab memang tu favourite aku dan kamu. Sekali tak de. Jadi lawan game lumba kereta dan perang je. Lepas tu, bergegas ke reject shop jumpa wani dan oshinz. Wah! Serius! Semua blogger yang aku jumpa, tinggi-tinggi. Boleh jadi model. Paling-paling model muslimah. Comel! Dah mereka balik, baru perasan, souvenir yang aku bawak tuk dorang, semua aku lupa nak kasi. Haishhh!! Wani pun cakap lupa nak bergambar. Haha.. Sib bek wani lupa. Risau tiba-tiba aku jadi glamour. Eh?

Hari tu buka puasa ngan kamu dan Israq. Ramadhan ke 14. Tu la pertama kali buka puasa kat luar sepanjang Ramadhan ni. Buka kat KFC. Menu tambahan, ika sardin pedas dari Sarawak yang kau pesan. Berselera giler kamu. Siap pesan tiga pinggan nasi extra. Risau dah aku. Sebelum tu kamu sepat singgah belikan aku kek. So sweeettt...

Lepas berbuka, kamu balik ngan Israq. Aku balik hotel, lepas siap-siap, keluar lagi ke Jalan TAR pulak. Kali ni sambung shopping ngan mak, makcik aku dan cousin aku. Balik kul 11.30 malam dengan macam-macam benda kat tangan. Serius aku rasa shopping raya kali ni memang dasat. Sebelum-sebelum ni tak pernha plak nak shopping sakan. Tapi serius... Memang berbaloi-baloi... Baru hari Ahad kan? isnin pe citer?



P/s : tiba-tiba aku rasa nak buat bisnes tudung, shawl, selendang dan yang sewaktu dengannya.

12 kata-kata jiwang:

Puan Eka said... BALAS

wah amni...ada kat kl sampai bila...ika ingat sabtu ahad nanti eka ada kat sana jugak..serius bestnyer dgr amni soping..

hihihihihi

Aliesha Kirana said... BALAS

wah! shopping sungguh amni! heheeh..xpelah sekali skla.. heheeheh

ainz said... BALAS

Tahun depn datang lagi,tau! ;)

Tieah Madian said... BALAS

D KL rambang jak mata nanggar barang owh.. Kakya x tauk nak meli apa.. Heran.. Ngee :) Kmk salu gya.. Bla balit miri baruk itok phl ku x beli tek owh.. Ermmmmmmmm.. Lambat cta.. Hahaha.. Nasik dah jadi bubur..

Zura Tahir said... BALAS

kena ade semangat kuat tuk berniaga nie amni..good luck tau..

erolnukman said... BALAS

nang bbenar shoping raya tok u...hahahaha! wah..ada btemu dak blogger gik ya.wani penang ya ka?hehehe...

eqacashperlala said... BALAS

wahh
shopping sakan ni.. :)

Unknown said... BALAS

jgn lupa meli tudung ngan kmk sigek..hahaha

Asyila Zainuddin said... BALAS

hamboi.. shopping sakan nampak.. hehe.. seronok ye..

Cik Amni said... BALAS

dear cikgu erol,
aok.. Wani penang.. Hehe...

SyAfaWaNi ♥‿♥ said... BALAS

haha..jumpa jugak kan kita cik amni yang kecik molek :) tapi xbest sebab dah dok sembang punya sembang gambaq smpai terlupa kan..adehh..haha..xpa2..insyaallah next time ok..:D

Izzati Liyana Sabri said... BALAS

bestnye org offer shopping mcm tu..saya pun nak jugakkkk. tapi malangnya belum bekerja, so si dia dan diri sendiri takdelah nak bershopping sakan. dengan parents je hari tuh. tapi susah shoppng dengan parents. nak kena cepat je. tak suke buat mereka tertunggu2.

Newer Post Older Post Home