Lagi seminggu lagi nak raya kan? Dengar cerita borneo akan raya lambat sehari. Sebabnya konon-konon anak bulan kat borneo lambat keluar. Sebab putaran bumi la kan. Tak tau sejauh mana kesahihannya. Tunggu la nanti diumumkan. Tapi patut hari tu borneo puasa lambat sehari jugak la kan? Err...
Tadi masa kat office member cakap semangat nak raya. Aku pulak memang mood lari ke laut. Langsung tak de perasaan tambahan lagi banyak benda nak kena settle sebelum raya. Selasa plak ada site visit yang reportnya sepatutnya kena hantar paling lewat 31 Ogos. Sangat best!!!
Mood bertukar bila petang balik kerja, kamu call dalam mamai baru bangun tidur.
Kamu : b, nanti abang balik kita main bunga api nak?
Aku : ha? Serius?
Kamu : yer la.. Main ngan si kecik-si kecik semua tu..
Aku : *teruja* okey! Malam abang sampai kucing eh?
Kamu : okey..
Teringat dulu kecik-kecik susah sangat nak beli bunga api. Nak mintak duit kat mak, paling banyak mak bagi 20 sen. Mintak kat ayah memang tak lah. Dengan 20 sen tu la beli bunga api yang harga 10 sen dua batang. Kalau beli bunga api yang warna warni plak, 20 sen sebatang. Mahal. Bagi aku dan adik beradik yang tak pernah pegang duit banyak.
Bila dah besar sikit, kakak aku yang sulung start kerja, hidup senang sikit. Kakak aku pulak memang tak lokek. Dia belikan bunga api besi. Whoaaaa... Rasa macam dah sangat kaya dah tu. Mana de budak sekitar kami dapat main bunga api tu. Dan start tu, abang aku beli mercun papan, mercun gasing dan mercun roket. Dengan bapak aku sekali lepak main. Seronok!
Dulu main mak bapak selalu tengok-tengok. Tak boleh main ikut suka kat mana. Dulu nak main ada tempatnya yang tak ganggu orang. Beza la ngan budak sekarang. Duit senang jer mak bapak nak bagi banyak-banyak. Even mak bapak kerja gaji kecik. Tak tau kenapa ada yang sanggup berhabis duit untuk anak-anak dengan sesuatu yang bukan keperluan. Sayang yang berlebihan. Hemm..
Bengang bila budak-budak sekarang kalau main bukan kira tempat. Ada yang siap baling mercun papan kat kereta dan motor yang tengah lalu kat jalan depan mereka yang tengah main. Heyyyy! Sib bek bukan kena kereta aku. Kalau tak? Maunya aku turun p sembur mereka. Okey tak! Aku tak cukup berani.
Kan? Tiba-tiba terngiang lagu ni, 'selamat hari raya.. Kepada saudara serta saudari.. Setahun hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini.... Dam dim dum.. Bunyi mercun.....'
Dulu boleh je kan nak main mercun. Tak de plak nak diharam bagai. Ni semua gara-gara ramai sangat yang putus, mati semua sebab mercun. Haihh..
Lagu raya apa paling kalian takkan lupa? Kira yang paling best la.. Zaman berbeza, lagu mesti berbeza kan?
13 kata-kata jiwang:
amniiiiiiiiiiiiii! wani nakkk bunga api besiiiiii!! haha
hee.kmk da juak dgr psl swk ry lmbt shari yaa.tp penah ka belaku? huu.
kmk jerak main bunga api kak,masa mek kecik2 lok.mek penah hangus baju raya entam bunga api.tedah lok.haha
lagu raya paling mk xkan lupa, suasana dihari raya.best!
btw, selamat hari raya yg akan dtg :D
kinek tok miak bgasak main mercun bom kat masjid aih.masa smbhyang trawih..sampey saruk imam baca..tmasuklah kmk skali yg saruk.lalu lintang pukang alfatihah.hehehe....
lagu yg anuar zain mase kecik2 dulu tu.. hikhik..
wah nostalgia men bunga api n mercun. AK sllu mlm raya akan men bunga api, pastu pusing keliling rumah sambil nyanyi "esok hari raya. esok hari raya.." entahlah lagu asal dr mana ni. hahaa..
kalu lagu raya dl2, byk yg AK suka. hehe. cuma lagu skrg ni kureng skit sebab xmenyengat. haha.
kmk paling suka lagu kepulangan yg dinanti..aman shah..syahdu...lamak dh x main bunga api..anak2 pun kmk x galakkan koh..bahaya...
lagu khairil spasang kurung biru lagu yg terbaik ^__^ heee
aok, kmk ada dgr juak isu ya..mun bena, kenak kita posa sama?huhu
bena kata ktk ya..dolok kmk mampu main bunga api bawang jak..nok pop pop ya bah, ditikam alu pop hehe
oh, i baru tau pasal borneo maybe akan raya lmbat sehari =.=""
amboi smgt raya dah membuak2 tu..dulu nk beli bunga api dan mercun senang je..tapi tu la duit la plak xde..skrg nk cari bunga api dan mercun ssh dah..mahal lak tu..
tapi bg saya,,walaupun zaman dah modern, saya masih x boleh terima lagu raya yg dimodern kan. pelik lah! ada unsur rock and rapping..so not cool. rosak mood raya . hehe...bunga api besi?? dulu saya bodoh saya pergi bakar besi tu, bukan tempat yg patut keluar api tu. ahha....
dear all,
macam-macam ka lagu raya dulu2 yang best.. Betul cakap namee.. Saya pun tak leh terima kalau lagu raya yang di rock dan dirap kan.. Adoii...
Bunga api besi memang best ka wani. Cantik je. Kalau bunga api biasa selalu 'madot'. Err.. Tau ke apa madot.
Macam cikgu erol cakap, kat sini pun sama jer. Budak-budak mek mercun semua tu bukan kira sebelah surau ke apa. Kadang betul lah. Suara imam pun tak dgr. Nak2 kalau tak pakai mikrofon dan suara imam kecik.
Pasal borneo raya lambat sehari, kalau ikut kiraan sebenar guna alat yang ukur kedudukan bulan, memang borneo akan lambat raya sehari. Sebelum ni memang tak pernah terjadi. Tapi tu kuasa allah kan? Maybe allah nak tunjuk macam mana kita memperlekeh indon yang raya lambar sehari tahun lepas. Hemm...
Tengok macam mana malaysia handle...
lame gile xmain bunga api!! nk jugak!!
Post a Comment