Tuesday, August 16, 2011

Mengumpat Lagi..

Hari Isnin, pagi-pagi lagi dah kena kejut ngan Nunu. Nunu tu junior masa belajar dulu. Tak tau plak Nunu tu kerja kat belakang Hotel yang aku duduk. Tak dapat nak sembang lama sebab Nunu ada kerja. Alalahaiiii... Rindu ngan adik-adik.

Pukul 10 pagi jer, aku, makcik aku, mak dan cousin aku, ke Jalan TAR balik. Amboiii... Tak habis-habis lagi nak shopping. Biasa orang jauh ni memang. Selagi tak balik, kalau ada sebulan, sebulan tu la nak turun shopping agaknya. Lagi kalau kaki shopping macam mak aku dan makcik aku. Aku? Belum tahap addicted lagi.

Lepas zohor, ke KL Central. Tunggu kamu dan kakak kepada adik ipar aku. Kat situ pun boleh lagi mak aku rembat satu beg. Mak aku dan kamu tanya aku nak apa-apa tak. Tapi aku cam tak de mood plak. Kannn.. Balik rasa rugi plak. Memang rugi laaaa....

Buka puasa satu family ngan kamu. Kat KFC lagi. Lepas tu keluar tengok movie 3D, Captain America. 1st time la tu tengok movie in 3D. Dah lama tak tegok movie sebab kalau saja-saja nak pergi sendiri memang tak la.. Sampai sekarang pun tak tengok lagi Harry Porter padahal tu la yang aku tunggu selama ni. Nanti nak tengok VCD je la..

Lepas movie, gerak ke Bukit Bintang dan Jalan Alur. Kalau selama ni tengok kamu je busking. Tapi malam tu, tengok kawan-kawan kamu yang busking. Best! Lepas tu kamu tunjuk jalan kamu selalu jalan kaki nak balik ke ASWARA dari Busking. Gila jauh. Plan nak jalan kaki memang tak la kan. Semua pun dah letih.

Manager kamu amik bawak pi minum ke Cafe Marakesh. Sepatutnya ada Eka dan bf dia. Tapi dah lewat sangat, pagi-pagi kul 4 pagi plak dah nak gerak ke KLIA plak. Akhirnya tau jugak aku kat mana la Cafe Marakesh tu. Arabian nyer style. Boleh plak aku carik tomyam. Kalau dah tekak melayu tu, melayu jugak. Mesti nak carik makanan melayu jugak.

Itu sahaja last day aku kat KL. Fuhhhh... Balik memang giler banyak barang nak kena bawak. Ada 6 ke 7 beg. Makcik dan cousin aku ada 4 beg kalau tak silap. Itu pun penuh sampai tak tau nak susun macam mana.

P/s : Jumpa esok! =)

4 kata-kata jiwang:

Umie Nadhirah said... BALAS

BEST ehhh ;DD

Memey Baharom said... BALAS

bulan puasa2 cam gini pom ngumpat ke ? -.-'

erolnukman said... BALAS

mst kenak cas beg lebih kilo kat airport..hehehe

[sutera kasih] said... BALAS

wahhh...banyaknya ngangkut brg2 dr cnun...shopping sakan hehe

Newer Post Older Post Home