Thursday, October 13, 2011

Office Girl!

Biasa aku pergi tapak projek memang aku just pakai Long Sleeve, dengan tudung ala-ala tudung bawal, jeans dan sneakers. Tapi apa mimpi, lately macam kurang kesabaran nak seterika baju kurung. Jadi, pakai jer la macam nak ke tapak projek.

Nak dijadikan cerita, oleh kerana office boy kat office aku ni, termasuk lah dengan kerani dan pekerja am nya dah resign sebab tak tahan dengan gaji yang bos bagi, makanya, semua kerja kat office ni, dari A sampai Z seperti yang aku bagitau sebelum ni, semua kena buat sendiri. Termasuklah nak hantar dokumen keluar atau nak ke bank uruskan check.

Setiap bulan pulak, aku kena submit report ke satu Jabatan ni. tak payah aku sebut kat sini lah. Kang yang baca tu dari office tu aku pulak yang kena saman kan.

Hari tu, aku kena hantar report macam biasa sebab tak de orang lain yang free nak hantar. Sampai je sana, pegawai yang aku perlu jumpa tu dah keluar. Agaknya amik anak pulang sekolah. Jadi, pegawai yang ada soh aku hantar report aku tu kat kaunter pertanyaan. Pergi sana, aku bunyikan loceng.

Boleh pulakkkkkkkkkk... semua tengok kat aku jer dari jauh. Lepas tu aku jerit sikit cakap nak hantar report. Langsungggggggg tak de sorang pon nak amik report kat aku. Dah tu, soh letak atas kaunter tu macam tu jer. Heyyy! mana boleh! aku perlu sign mereka untuk bukti yang aku dah hantar. kang kalau tak de bukti, report tu hilang, kan naya aku kan?

Sorang soh sorang jumpa aku. Yang palingggggg aku geram tu sebab bukan mereka tu buat apa pun. Borak.. dah tu gelak-gelak. Yang sorang tu siap urut-urut tangan kawan dia pulak tuh. Haihh.. Memang geram giler ah. Dah tu aku cakap lah yang aku perlu tandatangan mereka tu sebagai bukti. tak boleh simply letak atas meja...

At last barulah ada sorang ni amik report aku dan sign kat salinan surat yang aku bawak sekali. Sakit hati tengok cara dia oandang. Agaknya dia ingat aku office girl agaknya. Tu yang layan macam tak layan jer... Gerammm!



p/s: Office girl ke office boy ke manusia jugak. Yang harus dilayan macam manusia lain yang berpangkat..

10 kata-kata jiwang:

ZiraZin said... BALAS

mmm...mcm tuuu adat dunia skrg...kalu mau d pandang or d layan hanya org2 yg ado "kepentingan" utk mereka shj...sabauu jer laahh...

Kathy Tuah said... BALAS

sabr jaklah amni..nang org kinek tok nangga status org bah..ntah apa2 jak owh..

Qaseh said... BALAS

mmg menguji kesabaran. kalo kena batang hidung sy maunya sound sebijik kat muka diorg.

Namee Roslan said... BALAS

ee jahatnya dia layan amni macam tu. lain kali lemapang je , haha. amik guitar amir tu ketuk muka diorg satu2. haha

erolnukman said... BALAS

cis..manusi nak mcm ya lah slalu yg slalu kwn kmk ngelar 'nang keparat!'..hahaha

SyAfaWaNi ♥‿♥ said... BALAS

we cannot simply judge org melalui perwatakan kan..its not fair.. huhu :)

Miss Dolce and Gabbana said... BALAS

sabar deng.Biasalah dari sia kita dapat diat org judge kita.Doesn't mean office boy ya org x da kelayakan.Nowadays job are limited ok.Kadang2 geram bila ada org pandang rendah dgn carrier kita.Mun kmk kedak kitak udah beterais kali kmk sia.nyumpah.hehe

Yumida said... BALAS

kali mun makei gincu terang bok sidak terus pandang n ngagak kita..hihi

Amni said... BALAS

Dear all,
kan... jahat kan dorang tu... huh.. kalau saya pergi sana guna macam exec baru kena layan agaknya.. tapi tak pe lah kot... esok2 jumpa dalam miting, baru padan muka! huh.. layan orang macam apa jer.. grr... langsung tak de budi bahasa... memang patut pun orang asyik komplen pasal kerajaan nyer staff.. hemm..

[sutera kasih] said... BALAS

kmk nang sik suka knk layan cmtok deng..penah juak knk..mentang2 baju sik standard, sik dilayannya kita..paling la kmk sik suka berurusan dgn sidak di kaunter2..konon button senyum, tapi diriknya empun sik senyum, muka kedak apa jak masam huhhhh..geram indh hehe

Newer Post Older Post Home