Showing posts with label Cerita Untuk Kamu. Show all posts
Showing posts with label Cerita Untuk Kamu. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Travel Catalyst Mukah 3 : Kingwood Hotel Mukah

Masa dalam perjalanan dari airport seperti yang dah aku cerita kat Travel Catalyst Mukah 2 : Lapangan Terbang Mukah, tak amik satu gambar pun. Sebab sangat teruja sampai lupa nak amik gambar sekeliling. Rasanya bos pun tak amik. Masing-masing macam terkesima. lols~ memang macam jakun betul tengok jalan. Nak tengok gambar, meh klik blog En. Labu-labi Trip ke Mukah. Banyak gambar dia tunjuk. 

Tak jauh pun dari airport ke Hotel Kingwood untuk Program Catalyst Jelajah Sarawak dan tempat untuk kami menginap. Tak sampai 15 minit pun. Cuma tak boleh laa nak jalan kaki dengan barang yang banyak kan..

Sampai hotel, dan-dan amik gambar. Siapa sangka ada hotel besar di Mukah. Whoaa... Selalu orang cakap Sarawak ni orangnya duduk kat pokok. Nak ke sana ke mari, naik perahu. Naik rakit. Pakai cawat. Aiyooo... Susah nak jumpa dah orang macam tu. Sekarang semua rumah dah besar-besar. Rumah panjang pun moden wooo....

Jadi, sesiapa nak ke Mukah, sangat disyorkan duduk di hotel ni. Sangatttt selesa. Dan sangat suka layanan pekerjanya. Baik-baik je. Senang je nak handle semua benda.. 



Lepas check in..... To be continued...

Tuesday, May 8, 2012

Travel Catalyst Mukah 2 : Lapangan Terbang Mukah

Ok, sambung cerita Travel Catalyst Mukah 1 : Kapal Terbang. Kapal terbang kecik ni nama lain dia orang panggil TWIN OTTER. 

Masa nak mendarat tu, nampak lah helikopter Kerajaan Negeri Sarawak dan Borneo Ways nyer twin otter. Teruja giler. Yer laa.. 1st time sampai Mukah. Masa tu dalam hati tertanya, mana airport Mukah. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... twin otter yang kami naik berhenti dekat kawasan heli dan twin otter Borneo Ways tu. Aku tengok bos blur. Aku blur. Lepas tu masing-masing gelak. Lols. Ingatkan aku sorang yang ingatkan tu hanger. 

Masa nak keluar, aku bagi bos keluar dulu. Aku orang nombor 2 last yang keluar. Belakang sekali sorang cikgu. Dia gelakkan tengok aku dapat jalan tanpa menunduk. Untung jadi orang kecik. 

Masa keluar tu, aku dan bos gila amik gambar. Sebab tak pernah kan.. memang cam jakun je. Sayang gambar tak de kat dalam hp aku. Semua dalam camera canggih bos. hiks. 

Masuk airport blur sebab langsung tak de orang tunggu check IC ke apa.. Terlilau-lilau cari mana nak amik barang dalam kargo. Sambil tengok keadaan sekeliling, bos tunjuk tempat amik barang. hoh? Ini ke??? Ingatkan tempat menunggu. Hiks..


Sambil tunggu amik barang, call mak,. SMS kamu. Mak gelak je dengar aku cakap apa. Yerlaa.. memang jakun betul lah aku. Lewat petang baru dapat cakap dengan kamu. Lepas amik barang, teringat Sen cakap kat luar memang akan ada van or cab yang tunggu. Tapi bila keluar, satu pun tak nampak. Dah risau. Call Sen. Mintak tolong. Tapi Sen plak tak de transport kena tunggu kejap. Ztie call cakap dah sampai.. Whoaaaaaaaaaa... Kaau lah penyelamat.. dan akan sentiasa di hatiiiiiii.. hahaha.. dan dan keluar lagu Tanpamu.. 


Sambil tunggu Ztie dan Azhie jugak Sen, lepas depan ni. Amik gambar. Bos pulak sibuk sebab ada masalah kat HQ. Abaikan. Yang penting, Mukah sangat best!! 

Tak lama lepas tu, Ztie sampai dengan Achie. Masuk barang dalam kereta. Teruja sampai lupa nak call Sen balik. Sen datang masa kami nak keluar airport. Call dia untuk tunjuk jalan dan ajak lunch sama.. 

Masa dalam perjalanan tu..... To be continued..... 

Monday, May 7, 2012

Travel Catalyst Mukah 1 : Kapal Terbang

Lepas hari tu Program Catalyst Jelajah Sarawak di Kuching, kami decide untuk ke Mukah pulak. Yang fly dari luar Mukah, aku, bos dan Puan Vivi, saintis perubatan dari Universiti Malaya. 

Malam sebelum bertolah 5 Mei tu, aku, fiza (Cik PA) dan bos dah siap packing barang di office catalyst. Entah macam mana boleh pulak tertinggal banner. Pagi sebelum ke airport, Fiza hantar, kami singgah di office balik sebelum jemput bos di hotel. Tapi nak dijadikan cerita sekali lagi kami diuji. Kunci office jammed, tak leh nak bukak. Hadoii.. kecewanya laa.. Terus pecut jemput bos. Bagitau dia banner tertinggal. Memang dia geleng kepala je la sebab malam semalam tu memang dia pun perasan pasal banner tu tapi lupa nak tanya kat aku pasal banner tu..



Sampai airport, lepas check in, terus ke McDonald. Jangan tanya apa aku nak makan. Memang aku nak McDonald. sabar je la bos dengan aku dan Fiza. Bos kan dah dewasa, saya kanak-kanak riang lagi. Bos cuma minum coffee, aku makan bubur, fiza makan apa tah nama dia. Kelakar bila bos bagi duit macam bagi duit belanja dengan anak. lols!


Gambar curi kat google. Err.. 

Fiza temankan sampai boarding. Tak boleh tahan masa check in. Sebab ke Mukah ni kapal terbang dia kecik je. Tapi aku tak de la sangka keciknyaaaaaaaaaa sampai muat untuk 15 orang je. Siap suruh naik atas penimbang check berat badan masing-masing lagi. Bila aku cakap kat bos, dia dah blur. Aku dah malu giler. Sat g semua tahu berat aku under weight. lols! Lepas tu memang tak boleh tahan nak gelak tengok gelagat masing-masing. Masa kat dalam, bos tanya kat aku..

Bos : Tau tak mana flight kita?

Aku : Tak tau... Mana?

Bos : Dok cari dari tadi. Tu diaa.. (sambil tunjuk kat flight kecik yang sedang isi minyak)

Aku : Seriussssssssssss..... 


Sebab nak ambil gambar ni aku kena marah sebab terover teruja salah jalan. 

Masuk dalam flight memang cam jakun je. Rasa macam masuk dalam kereta mainan. Masa masuk tu, semua orang tunduk. Aku pun tunduk la. Sekali bila aku tegakkan badan, muat2 je untuk aku berdiri. Bos kat belakang dua kali terhantuk sebab dia ingat dia pun boleh tegak. Memang tak laaa... Gila kelakar masa tu. Hadoiii.. Masing-masing first time nak ke Mukah. Dan jugak first time naik flight ni. Mujur seat kami number 2 depan. Ada kipas kecik. Kalau kat belakang memang panas yang amat. Dia kipas besar bukan kat dalam. Tapi kat luar. Tu haa.. nampak tak kipas dia pusing kat luar. Sejam dalam tu rasa macam lama giler sebab slow kot dia terbang. Naik pun cuma sampai 1000 kaki je. Fuh!

Bila dah nak landing..... To be continued.....

Friday, March 2, 2012

STOKIST VCO CATALYST SARAWAK DAN SABAH

Semua sedia maklum Virgin Coconut Oil ni sangat banyak khasiatnya. Kalau kita search pun, banyak sangat jurnal pasal Virgin Coconut Oil ni. Cuba seacrh VCO dan HIV/AIDS. Dipercayai VCO boleh merawat pesakit HIV/AIDS. Tapi oleh kerana dia kategori supplement, maka dia tak boleh diumumkan sebagai ubat penyembuh HIV/AIDS. Jum baca sini, kisah benar di Indonesia. Selain daripada ni, banyak lagi khasiatnya yang lain. 

Ramai tanya. Tak tau nak cari kat mana produk catalyst terutama Virgin Coconut Oil kan. Kat semenanjung memang merata. Tapi kalau kat Sabah dan Sarawak, memang susah nak jumpa. Market luas, peluang besar, sebab catalyst ni masih lagi fresh. Sebabnya, kat sabah dan sarawak memang stokist sangat sikit. Lastnya semua orang beli kat Semenanjung. Satu sebab nak jadi stokist ni sangat ekslusif. Orang apply, tapi HQ akan tapis balik. Kalau awak dapat tu maksudnya awak memang sangat layak! 

Yang bestnya jadi stokist ni, kita akan dapat keistimewaan untuk beli dengan harga pukal.  Lagi, stokist ni sangat ekslusif. Kat satu-satu kawasan sangat terhad. Yang untungnya, awak nyer persaingan akan kurang la kan? Yang lagi satu, awak boleh lantik agen awak sendiri jugak. Jadi lebih senang nak bergerak. Dan catalyst BUKAN MLM. Kalau marketing awak bagus, awak akan dapat lebih. Kalau awak rajin, yang untungnya cuma awak. Maksudnya awak bekerja untuk diri sendiri. 

Berikut adalah senarai harga produk catalyst dan senarai harga jual kepada pengguna.



Ok, kat mana tempat yang perlukan stokist ni. Siapa cepat dia dapat la kan? 


Selain dari tempat ni? Dah ada stokist. Contoh macam Kuching, Miri, Limbang, dan Kota Kinabalu, semua dah ada stokist. Dan kalau ada daerah kecik-kecik dari atas ni, kita terus sub pada stokist berdekatan. Contoh Tanjung Manis memang tak de, sebab kita letak stokist di Sarikei. Tapi semuanya bergantung kepada keperluan suatu hari nanti.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang macam mana nak jadi STOKIST ni, boleh direct call or SMS Distributor Catalyst SARAWAK, Kartini Sulaiman - 016-8789437 atau boleh email dengan dia, kartini.eprkca@gmail.com. 

Tempat terhad, siapa cepat, dia dapat kan? Terima kasih. 

Friday, January 20, 2012

Elak Kepala Botak & Kulit Kering



Azierose  ni blogger yang agak rapat dengan aku jugak. Atas ni merupakan testimonial dia selepas menggunakan Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil. Memang sangat berkesan kalau nak elakkan rambut gugur dan muka kering jadi lembab dan lembut. 


Sekarang ni Azierose dah jadi agen. Mana-mana kawan dari Semenanjung nak try, 
boleh PM Azie kat 013-4245341

kalau yang kat Sarawak/Sabah nak try, boleh SMS saya, Amni - 016-8789437, email, amnicatalyst@gmail.com atau tweet je, @Amni_Amirul 

Wednesday, January 11, 2012

Tak Sampai Hati, Walaupun didesak

Tadi kat Hot.fm dengat hot chat berkenaan dengan seorang kakak ni mak dia nak dihantar ke pusat jagaan orang-orang tua tapi orang sekeliling melabelkan nya macam-macam. Contohnya macam dia dilabel sebagai tak sedar diuntung dan macam-macam lagi.

Kesian pun ada.

Tak dinafikan mungkin kerana mak dia sunyi lepas bapak dia meninggal tu yang buatkan mak dia nak sangat dihantar ke pusat jagaan orang-orang tua tu.

But still, pada aku, memang tak patut pun nak hantar parents kita ke rumah orang tua.

Kadang-kadang sebab kurangnya komunikasi antara orang tua dan anak-anak tu yang buatkan parents kita kesunyian. Cuma kita tak perasan pun hal yang itu. Lebih-lebih lagi bila dah ada keluarga sendiri, dah ada anak-anak sendiri. Memang masa untuk bercakap dengan parents kita akan kurang.

Aku bersyukur sebab mak aku bekerja dulu walaupun dulu merungut jugak sebab mak bapak sibuk kerja, lunch pun kadang-kadang je bersama. But sill makan malam, bapak aku akan pastikan semua makan sama-sama. 

Aku bersyukur aku kerja dekat dengan rumah sekarang. Cukup la setahun kat pedalaman. Memang seronok. Cuma masa yang aku lalui tak bersama dengan mak aku. Terfikir mesti mak aku sunyi balik rumah dari kerja. Dah la dari form 1 aku tak pernah nya dok rumah sebab dok MRSM. Takkan masa kerja pun nak jauh kan? 

Jadi, aku amik keputusan, resign walaupun gaji berganda besar dari yang sekarang. Yang penting mak depan aku.

Aku bersyukur walaupun sekarang gaji kecik, tapi masa-masa aku banyak dihabiskan dengan mak. Lebih seronok bila dulu balik kerja, aku amik mak aku balik kerja dan borak-borak dalam kereta. Antara masa-masa yang paling berkualiti pada aku adalah masa dalam kereta tu lah. 

Aku bersyukur sebab mak aku dulu bekerja, maka dia ramai kawan. Jadi bila dah pencen sekarang kalau ada masa lapang, selain ke kelas mengaji, kawan-kawan dia yang pencen akan ajak melepak bersama. Kelakar! Tapi jangan tak tau. Mereka melepak biasanya banyak bicara tentang sesuatu yang bermanfaat. \

Pada kakak tu, cuba luangkan masa untuk banyak bercakap dengan mak. Bagi anak-anak pun rapat dengan mak kita. Kadang orang tua ni jauh hati tu yang buat hati terlalu sayu. Lagi la bila suami dah tak de. 

Macam mak aku. Bapak aku, dan kakak aku yang paling rapat dengan mak aku dah meninggal. Mula-mula memang nampak sangat mak aku murung sampai tak tau dah kami nak buat apa. Mujur mak aku bekerja. Jadi, kesunyian tu dapat diatasi. Dan bila dah tak kerja sekarang plak, ada cucu penghibur hati yang akan bertandang setiap hujung minggu. 

Ok, melalut. Just tak sampai hati bila dengar orang tau nak ke rumah orang tua. Mungkin kerana tak de teman nak bercakap tu yang buat dia nak ke rumah orang tua. Mungkin. Mungkin ada jugak sebab lain... 


Monday, January 9, 2012

Munasabah Ke MunakBELASAH?

Seminggu dua ni kerja aku dah macam ALONG je. Kalau along biasanya p kutip duit, kalau tak bayar dah lama kena belasah. Aku plak p mintak report dekat client untuk report yang aku buat yang kena hantar ke pihak berwajib kerajaan negeri. 

Geram dengan client kalau pihak berwajib tu datang, bising-bising cakap report lambat, dia akan blame aku sebab mereka kena marah. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. dalam proses nak siapkan cepat report tu, TAK BAGI KERJASAMA macam mana nak siapkan cepat???? 

Contoh macam baru je tadi,

Aku : Boleh cakap dengan En. Bulan (bukan nama sebenar)?

Kerani : Sekejap yer..

Aku : Ok...




Tak lama lepas tu, 

Kerani : Kak.. sorry... BOS CAKAP DIA TENGAH ONLINE

Aku : Ha???????  *tercengang*

Hoiiiiiiiiiiii... Sejak bila kalau online tak boleh nak cakap? Lain la kau skype. Online kotttttttttttttttttttttttttttttttt.... kalaupun data yang aku nak tu tak dapat nak bagi cepat, sila la bagi alasan MUNASABAH SIKIT. Ke MU NAK KENA BELASAH baru nak bagi? ok, ini aku tak berani buat. Kang lari client aku.

Geram tau. Kerja nak semua cepat. tapi tang nak bagi kerjasama tu susah giler. Betul-betul rasa nak belasah orang ni.

Pelajar SMK Batu Lintang Lemas, Banjir Kilat Kuching

Hari Khamis lepas nyer cerita hari ni baru nak update kan? Serius tak sempat. Bulan ni banyak giler report kena keluar. Sebab December hari tu banyak main. Eh? Bukan. Banyak certificate dari lab baru dapat hujung bulan lepas. Yer, tahun lepas. Ni tahun 2012 sudah. Setakat minggu ke dua ni, masih lagi semangat nak buat kerja walaupun hujan lebat, macam lebih best je tidur kat rumah. Woha!

Khamis lepas aku tak masuk office gara-gara banjir kilat. Serius termasuk kawasan rumah aku pun teruk banjir. Tak pernah ni kereta kena masuk air, tapi kali ni nyer banjir air sampai masuk dalam kereta. Alamatnya sepanjang hari la kereta aku nyer alarm memekak. Terpaksa bukak kan bateri dia. Petang tu hantar bengkel.

Pagi tu dengar cerita ada budak cina form 6, SMK Batu Lintang terjatuh dalam longkang depan sekolah. Cuba diselamatkan oleh pekerja shell berhampiran tetapi dua-dua dihanyutkan air. Kesian giler. Lelaki tu saudara baru. Baru tak baru la. Memeluk Islam pada tahun 2000. Tapi kakak dia bagitau dia memang sangat baik orangnya. Walaupun tahu dia tak reti berenang, tapi dia sanggup ni nak selamatkan budak perempuan tu. 

Lelaki tu dah dapat pun capai rambut budak cina tu. Tapi mungkin sebab arus air parit tu kuat sangat, dia pun terjatuh sama dan dihanyutkan air. Jenazah mangsa dijumpai 3 hari lepas di Sungai Maong. Agak jauh jugak dari tempat kejadian. Budak cina tu pulak sampai sekarang tak jumpa lagi. Sadis kan? 

p/s: Line tenet slow gila. Gambar banjir kat twitter aku, @Amni_Amirul

Thursday, January 5, 2012

Kenapa Nak Lari? Ex-GF kamu ke?

Aku memang tak boleh tahan nak gelak kalau betul kakak yang aku cerita pada entri lepas, Lebih Baik Lari Dari Menyakitkan Hati Kan? itu ex-gf kamu. Aku bukan takut. Dan dia bukan ex-gf kamu. Setuju dengan kak anne, bukan takut, tapi menyampah. eh? 

Meh aku cerita kenapa, since tak paham pun kan kenapa aku sampai nak larikan diri bila nampak kakak tu.

Dulu, dulu dulu... kalau pernah baca entri aku, aku ada buat bisnes printing kat kampus-kampus di kuching. Salah satunya UNIMAS. Masa tu ramai jugak yang berminat nak run bisnes dengan aku. Tapi sebab baru mula, makanya aku lebih percaya nak bagi kat kawan-kawan persatuan aku.

Aku bagi modal, dan mereka akan jalankan. Untungnya aku bagi, 40% aku, 20% untuk buat modal balik, 20% untuk yang run business, 20% untuk persatuan.

Nak dijadikan cerita, bisnes aku ni bukan atas nama persatuan. Tapi ramaiiiiii yang ingat ini bisnes persatuan. Termasuklah dengan kakak tu. 

Suatu hari ini, persatuan buat satu program yang pengarahnya aku, timbalan pengarahnya kakak tu. Ada jugak aku cerita kat entri-entri lepas aku malas nak korek. Harusnya aku dahulukan kawan yang run bisnes untuk urusan printing dan photostat kan? Lebih mudah, dan murah. Makanya aku soh sorang adik ni, yang run business printing aku kat UNIMAS. Kebetulannya dia jugak Setiausaha untuk program aku tu. Jadi, senang.

Tah macam mana pandai-pandai je kakak tu masuk campur. Dia cakap, kenapa nak berbisnes untuk persatuan. Bagi free sudah. Kalau tak boleh, dia nak persatuan bayarkan semua modal aku untuk bisnes aku tu supaya urusan printing semua dapat free.

Eh??????

Bisnes aku kot! Kenapa plak kau nak masuk campur? Lagi pulak kalau ko bayar modal, lebih mahal kot dari kos printing untuk program segala.

Kakak tu tak kira. Dia tanpa persetujuan aku, terus buat keputusan macam gitu. Adik tu pulak ikut aje. Yer la. Kakak tu senior dalam persatuan. Cakap dia semua kena ikut. Memang masa tu rasa macam nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk je sekeh kakak tu. 

Tapi sebab masih ada respect aku malas nak sound direct kakak tu. Memang sangat lah tidak sopan kan? Matilah aku kalau program aku tak jalan sebab kes kecik tu. 

Jadi, aku abaikan. Aku kata, kalau dia nak sangat bisnes tu, amik la. Tapi pulangkan modal aku lah. Supaya aku boleh buat untuk satu tempat kat tempat lain pulak kan.

Habis program, kakak tu asyik gesa aku soh cakap dengan Yang Di Pertua Persatuan untuk claim semua urusan program. Katanya adik-adik AJK yang banyak guna duit sendiri dah bising-bising mintak duit mereka balik. Aku macam pelik lah. kenapa aku tak dengar pulak adik-adik mengadu dengan aku. Lepas tu kakak tu siap cakap lagi, duit modal printer aku yang dia janji nak bayar guna duit program tu pun masih lagi dekat Yang Di Pertua. Kalau aku lambat cakap dengan Yang Di Pertua, lambat la duit aku nak masuk. 

Aku cuma fikir, duit adik-adik AJK je. Risau. Dan-dan aku jumpa Yang Di Pertua. Beserta dengan REPORT YANG KAKAK TU BUAT.

Dapat je duit semua, rupanya yang banyak duit nak claim tu kakak tu. Harus la kan dia beria-ria nak duit dia balik. Sebab adik-adik AJK tak banyak pun claim nya. Balik dari dapat duit tu, aku soh je kakak tu settle segala urusan claim semua, termasuk untuk claim aku. 

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........

Dah agak lama, aku tanya la kakak tu mana claim aku untuk modal printing tu. Boleh kakak tu cakap,

Kakak tu : Eh, tak de lah duit tu termasuk dalam bajet kita..

Aku : eh? Kenapa pulak?

Kakak tu : KALAU AMNI NAK, NANTI AKAK CLAIM BALIK DENGAN YDP

Heyyyyyy! HARUS AKU NAK! Duit tu duit aku kan?? Kau boleh cakap, KALAU AMNI NAK, NANTI AKAK CLAIM BALIK DENGAN YDP. Kau dah kenapa? Bukan hari tu beriya ke cakap claim aku sekali dalam report?

Masa tu aku memang dah tak boleh nak tahan marah dah. Tapi aku control lagi. Cuma aku memang sound direct la kakak tu. Tak pernah kot aku buat macam tu kat orang. Lepas tu kakak tu berkali-kali mintak maaf dan cakap benda yang sama yang dia nak claim balik dengan YDP. Eh!!! Yang claim sebelum tu pun aku tau yang mintak. Kau? Berani? Memang tak laa... Cakap je pandai. Kenapa kau tak bagi je duit yang kau claim tu kat aku, dah tu, kau claim sendiri nanti kat YDP??

Salah aku sebab percayakan orang-orang dalam persatuan. Salah aku tak periksa dulu betul-betul report tu. Salah aku mula-mula terlalu lembut hati. Salah aku memang dari mulaa... Semua kerana terlalu percaya. Yer la.. kenal dah 6-7 tahun kot. Tidur sebantal, makan setalam, mandi sama-sama semua. Takkan la nak buat macam tu kat kita kan?

Nama pun manusia. Akan buat salah jugak. Cuma bila dah beberapa kali kakak tu buat keputusan ikut kepala dia je, aku jadi bengang. Yang paling bengang kes yang ini la. 

Aku bukan takut dengan kakak tu. Banyak kali dia mintak maaf. Dia SMS, dia CALL. Semua aku tak layan. Malas. Nanti kang aku jadi kurang ajar plak kan? 

Baru-baru ni je dia ada SMS dan aku layan satu dua. Aku maafkan, cuma aku belum bersedia nak jumpa. Sebab aku takut aku buat dia macam tunggul bila depan aku. Kalau nak jumpa, maybe next time. 




p/s: Aku rindu, cuma aku belum bersedia. 




Wednesday, December 28, 2011

Erti Sabar Dan Ikhlas

Ada beberapa hari aku down giler kat office. Pertama sebab nya dapat offer mengajar, tapi bukan mengajar subjek yang aku mahir. Aku mintak subject Matematik, tapi big boss company tu mintak aku mengajar Kimia. 

Yes, memang aku background strongly in chemistry, tapiiiiiiiiiiiiiiiiii... nak mengajar dan belajar bukan dua benda yang sama. Aku try jugak, tapi big boss prefer aku mengajar kimia. Dan masa presentation untuk interview mengajar hari tu pun, aku prepare untuk Matermatik, tapi dia soh aku present kimia. Amik kau aku mengajar kimia yang aku kerja skang. Semua candidates yang datang tu iyer kan aje apa aku cakap.

oh ya. Yang mengajar tu, part time job je memandangkan aku nak survive just incase aku tak dapat jadi permanent staff kat tempat kerja skang.

Dan kerana aku tak confirm lagi jadi permanent staff, makanya aku tambah stress. Fuh! Come on! Dah tua kot aku. Ok fine. Memang antara yang paling muda jugak kat office sekarang, buat still aku nak jugak rasa sebagai permanent staff. Tak de la susah hati nak cari kerja lain bagai. Atleast untuk setahun dua ni fokus dengan apa yang aku ada. 

Lebih stress sebenarnya, ada kawan-kawan dah confirm dapat permanent. Lega dah semua orang. Kecuali? Aku yang berharap. Allah sedang mengajar erti sabar dan ikhlas. 

Dan penantian itu suatu penyiksaan kan?

Pagi tadi, entah kenapa bila Project Manager bagi offer letter untuk di sign as permanent staff, aku macam tak de perasaan. Bukan kata aku tak bersyukur. Tapiii.. mungkin kerana sebelum ni aku dah redha. Kalau ada, ada lah. Kalau tak de, mungkin bukan rezeki. 

Aku sign. Esok aku hantar. Position? Office Girl. Ok, just kidding. 



Wednesday, December 21, 2011

Sakai Pon Ada..

Eh, tau sakai apa tak?

Semalam beli news paper masa bank in duit tuk restock barang catalyst. So far alhamdulillah, feed back pengguna catalyst terutamanya Virgin Coconut Oil (VCO) atau minyak kelapa dara ni sangat baik. Baru semalam ada seorang lagi pembaca yang beli VCO ni. Yang entri ni tanya pasal VCO ni, nanti aku buat next entri k. 

Ok balik pasal news paper. Memang seumur hidup aku la manusia yang paling jarang nak beli. Inikan pulak kebanyakan cerita dalam news paper banyak cerita politik je. Jadi boring. 

Tapi semalam aku beli sebab aku dengar kamu dicalonkan Top 25 Artis Lelaki Baru Popular. Nak la tengok betul ke tidak. Dek kerana sibuk, aku lupa la pulak nak bawak naik office news paper tu. Tinggal dalam kereta. 

Masa dalam kereta nak lunch, sebelum interview petangnya, office mate aku baca la news paper tu. Tiba-tiba je Asmidar gelak-gelak cakap patut pun aku nak sangat beli news paper, rupanya ada kamu dalam paper hari tu. Eh? Serius aku tak tau. Kamu pun tak tau. Tapi last week memang aku ada photoshoot dengan Berita Harian dan Metro.

Nah, ni dia.

Hiks. Sakai pun ada. Macam baru 1st time nampak kamu dalam news paper.








p/s: Tiba-tiba rindu kamu. Haha... Kurus sikit, tapi masih chubby.

Sunday, December 18, 2011

Ada ke Mak Ayah bagi Couple Tapi Tak Bagi Kahwin?

Ada ke mak ayah yang macam tu?

Biasanya kalau tak bagi kahwin dengan orang tu, mesti awal-awal masa couple lagi tak bagi kan?

Aku tak pasti orang lain. Tapi kalau mak ayah aku, tak pernah ada statement bagi anak-anak dia couple. Kalau boleh, ada yang berkenan tu, terus minang dan kahwin.

Juga mak ayah aku tak perlu pun dipujuk buat macam mana yang aku nak. Sebab semua pun mak ayah aku bagi aku fikir sendiri, buat ikut apa hati aku cakap sebab mereka nak aku berdikari. Jadiiiiii... Kita yang sebagai anak ni la kena fikir apa yang mak ayah kita suka dan apa yang mak ayah kita tak suka kan?

Jangan terlalu mudah membuat kesimpulan. Kita tak rasa apa yang orang lain rasa. Latar belakang kita berbeza. Mudah-mudahan kita tak rasa apa yang orang lain rasa.

Belajar tinggi bukan bermaksud kita tau semua.

Dah pandai agama pun bukan bermaksud apa yang kita belajar tu lah satu-satunya jalan penyelesaian.

Belajarlah bersikap terbuka dengan semua orang tak kira orang tu macam mana. Free hair, sexy, couple melampau-lampau lagaknya, tak semestinya jahat. Cuma mungkin perlu bimbingan. Dan kalau lah orang yang rasa ilmu agama tinggi ni memandang sinis mereka, bagaimana mereka nak berubah?

Adakalanya pendapat kita memang betul. Cuma tak sesuai untuk semua orang yang menjadikannya salah..

Thursday, December 15, 2011

Hari Ini Hari Rabu

Semalam baca tweet Reza Salleh,

"Selamat Hari Rabu new followers"

Aku yang sedang skodeng timeline kawan-kawan kat acc twitter kamu, gelak-gelak.

Apalah Reza Salleh ni. Padahal hari Selasa. Boleh cakap hari rabu. Semalam.

Petang balik office, aku cerita kat kawan Asmida. Kawan satu office. Pastu dua-dua gelak berabis. Boleh dia lupa hari ni hari apa. Hari selasa la weyhh..

Tah camne dua-dua terdiam.

Aku : eh, hari ni  hari selasa ke? *teringat cerita cinta elysa malam nya"

Asmidar : eh, hari ni hari rabu la.. semalam hari selasa...

lol! Aku yang bengong. Boleh aku gelakka Reza.





p/s: Tak sabar tengok Slot lestary minggu depan ganti Cinta Elysa. Dengarnya lagu dia tuk cerita tu best... err....

Wednesday, December 14, 2011

Kalau Akad Je Boleh? Yang Penting Nikah...

Ni sambung entri, Memang nak kawen... Tapiiiiiiiiiii... kiranya hari ni ada dua entri dah. eh? Sangat free eh aku?

Baca satu-satu sebab tajuk tak seperti isinya... kalau tak, nanti salah faham.. err..

Siapa cakap akad je tak boleh. Yang penting nikah, majlis nya kemudian kan? 

Kalau bagi orang lain, mungkin boleh. Tapi pada aku, tak manis lah kalau nak buat akad je, lepas tu sok-sok baru nak buat majlisnya. Aku pantang buat kerja dua tiga kali. Kalau nak buat, buat sekali je. Tak payah nak sesak-sesak fikir pasal akad, esok-esok bila dah ada duit baru nak buat majlis. Kang tiba-tiba termengandung lepas akad kan ke haru nak buat majlis masa tengah pregnant.

Aku dan kamu tak de la sampai desperate sangat nak kahwin pun. Dah kebetulannya kawan sekarang ni sedang hangat buat wedding preparation, dan tak lama pulak aku dan kamu nyer anniversary start kawan dan bertunang, lepas tu orang salah faham, tu yang jadi entri yang panjang lebar tak sudah.

Sudahnya kawan-kawan soh kahwin cepat. Jadi, aku bagitau la apa reasonnya tak kahwin lagi. Reason dia mudah. Kursus kahwin pun dak lagi. Meh la tolong vote kuching kat SINI, supaya cepat sikit aku dan kamu nak pergi kursus kahwin. Sebab nya kalau kamu dapat balik kuching, senang la nak arrange masa untuk kursus. Kalau tak balik, macam mana nak kursus. Pulaknya kursus kena buat kat negeri yang kita nak akad tu.  

Siapa cakap Islam tu menyusahkan. Even akad je pun, kena buat jugak walimah nyer kan? Kan dalam Islam pun ada sebut kalau kawin, war-warkan seupaya tak jadi fitnah. Pulak dah kaum kerabat nya ramai. Kang tak buat majlis, orang mengata, buat majlis, kalau tak jemput, orang mengata jugak. Yang mengata tu, sok-sok sakit atinya bukan kita, yang sedihnya bukan kita. Tapi mak ayah kita kan?

Lain la kalau mak ayah jenis moden yang tak kisah apa orang kata. Tapi mak ayah aku dan kamu ni hidupnya dengan adat Melayu yang katanya menyusahkan. Tapi nak ubah masayarakat macam kita bukannya senang kan?

Haruslah majlis kena buat, sekali dengan akadnya. Tak de hantaran kang orang ingat aku ni kahwin free. Faham ke maksudnya kahwin free tu? Tak pasal-pasal fitnah pulak. Nak kawin kalau ikut aku dan kamu, akad memang cukup. Tapi kena fikir perasaan mak ayah jugak. Maka ayah mesti nak yang terbaik untuk anak-anak kan. 

Aku dan kamu kalau ikut memang nak ikut style sendiri je. Senang dan tak menyusahkan. Tapiiiii... kalau tak menyusahkan diri sendiri sekalipun, jangan sampai menyusahkan hati orang tua kan?




p/s: Setiap orang ada pandangan berbeza. Kita tak boleh nak buat orang ikut cara kita. Tak tau la orang faham ke tak. yang penting aku faham kan? 

Tuesday, December 13, 2011

Kahwin On December

Bukak je komen entri, Checklist untuk Perkahwinan ni, aku terus je tepuk dahi.. alamak! alamak!






Wani - serius nak jadi pengapit?

Sr. Maryam - macam tak percaya kan? hee..

Sis Liyana - ya, insha allah.. terima kasih... =)

Dr. Amirah - heee.. insha allah..

Namee - belum babe.. hee.. tunggu kamu dulu lah kawen.. hee..

miss nied - sudi tak datang kalau amni kawen? hihi...

kiwi - alamak!

ibu iman - nang mena kakak.. kmk rasa kmk pun akan prepare sampe setaun.. nang sik dapat nak molah kerja last minute.. ada stress o...

merahitujambu - err.. kenapa? hihi

paani - belum lagi babe..=p

cik cammy lia - ouch!


Apapun, terima kasih banyak. Doakan. Memang ada plan nak kawen bulan December, tapi belum decide lagi December tahun mana. Hee...

Yang tiga hari lagi tu, anniversary yang ke 3 tahun. 16 December ni la. Eh, orang lain siap dah prepare hadiah bagai. Aku cool je. Memang langsung lupa sebenarnya. Hiks. Tunggu anniversary untuk tunang la. Boleh? kumpul sekali. Lagipun cuma tinggal lebih kurang 2 minggu je lagi. Hopefully, kamu balik lah. Cadangnya nak buat mini gathering untuk supporter kamu. Main bowling pun best kan? Lagi santai..








p/s: wondering... ada ke kawan-kawan blogger yang sudi nak mai kenduri kawen aku dan kamu?

Monday, December 5, 2011

Femme Vita Untuk Tampil Menarik Luar Dan Dalam


Harga : 
Semenanjung RM45
Sabah/Sarawak RM50

Apakah itu Femme Vita?


Satu lagi produk keluaran Catalyst Nutraceutical yang bermutu tinggi dan mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri :



Femme Vita sangat baik untuk remaja dan wanita terutamanya yang telah berumahtangga. Femme Vita mampu meningkatkan kesihatan dalaman wanita dan yang paling utama ia sangat berkesan untuk membina keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga . Ianya juga sangat baik untuk membina kesihatan terutamanya membina sistem rahim, meningkatkan sri wajah dan menjadi pemangkin kepada kenikmatan hubungan kelamin(suami-isteri).



Seringkali wanita yang tidak menjaga kesihatan diri akan berhadapan dengan risiko terhentinya pengeluaran estrogen dan kesannya haid akan terputus awal (menopouse) . Manakala pengeluaran estrogen yang tidak stabil akan memjadikan pertumbuhan bentuk badan akan tergendala dan terbantut contohnya: saiz payudara yang kecil, saiz badan yang tak seimbang.



KEISTIMEWAAN DAN KHASIAT FEMME VITA :

  • Membina dan mengecutkan rahim
  • Menguatkan otot dan menyempitkan faraj
  • Menegangkan dan mencantikkan bentuk payudara
  • Membantu merawat luka dalam perut selepas pembedahan
  • Memulihkan sistem pelinciran vagina
  • Meningkatkan nafsu dan tenaga seksual dan memberi impak positif kepada pasangan semasa hubungan kelamin(suami-isteri)
  • Mencantikkan kulit dan menaikkan seri wajah
  • Menghilangkan bau badan dan bau mulut
  • Mengatasi masalah sengugut dan masalah keputihan
  • Melegakan panas badan
  • Bagus membantu merapatkan vagina dan mengecutkan rahim
  • Berkesan bagi meningkatkan dan membaikpulih kadar hormon estrogen yang berfungsi untuk mengaktifkan kolagen bawah kulit yang mana hasilnya akan anda lihat dan rasa setiap hari
  • Menegangkan dan menghaluskan struktur kulit dan menegangkan payudara dan menghasilkan potongan badan yang menarik dan seksi


PENGGUNAAN & ATURAN PENGAMBILAN



* AMBIL 1 sachet selepas makan samada 1 atau 2 kali sehari*

Baik untuk wanita remaja dan dewasa berumur 16 tahun dan keatas

Elok dijadikan makanan tambahan(health supplement) untuk kesihatan badan

Boleh diambil secara berterusan dalam jangka masa yang lama

Minum air yang banyak sepanjang pengambilan Femme Vita
Untuk kesan yang terbaik ambil secara berterusan selama 2 bulan pertama
Selepas itu, makan bila perlu sahaja (seperti keperluan diatas)




Pesanan :

TINDAK BALAS CEPAT ATAU LAMBAT bergantung kepada kesihatan individu. Jika produk ini memberikan kesan yang positif sila kurangkan dos pengambilan.



AMARAN !

FEMME VITA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN/DIAMBIL OLEH :

- WANITA MENGANDUNG
- SEMASA DATANG HAID :


semasa datang haid,rahim sedang dicuci. Dikhuatiri darah yang keluar akan bertambah banyak dan akan menyebabkan pitam dan sebagainya




p/s: Untuk pertanyaan dan sebarang masalah, boleh contact saya kat twitter, @Amni_Amirul atau email, amnicatalyst@gmail.com atau boleh terus SMS ke hp, 016-8789437.



Thursday, December 1, 2011

Jangan Bagi Harapan Kalau Tak Benar Maksudkannya...

Aku memang akan jarang-jarang update sekarang. Bukan tak de cerita nak kongsi dengan kamu. Tapi sekarang perlu lebih fokus pada kerja memandangkan akan lebih banyak projek masuk untuk tahun 2012. Aku sendiri ada plan untuk diri aku pada masa depan. Plan nak resign pada 1 Januari 2012 entah akan terlaksana ke tidak.

Semalam sebelum lunch, ada discussion dengan Project Manager. Tentang invoices dan segala plan untuk 2012. Katanya dia akan discuss dengan boss semula berkenaan dengan janji boss sejak 1 Ogos untuk ambil aku dan kawan-kawan aku sebagai permanent staff. Yer.. sekarang cuma kontrak.

Katanya aku kena handle 10 Environmental Monitoring Report di samping untuk EIA proposal. Okey, bayangkan sekarang ada empat EMR dan satu post-EIA petronas tambah lagi tolong Senior Environmental Officer pun aku dah sangat sibuk, boleh bayangkan kalau ada 10 project EMR? Maksudnya akan ada site visit setiap bulan, akan ada report yang akan keluar setiap bulan. Boleh jadi dalam sebulan ada dua report akan keluar serentak.

Aku dah bayangkan, kalau tak de yang tolong, memang akan pengsan!

Jadi, PM cakap, kalau aku perlu orang, dia akan carik orang untuk tolong aku. Maksudnya mungkin hire orang lagi? Tak pasti. Tapi memang takkan ada orang lain akan tolong aku kalau tak hire orang atau amik trainee next year. 

Itu cuma perancangan PM aku. Belum tentu boss aku sebulu. Makanya.. akan terjadinya lah harapan tinggal harapan lagi sampai aku fedup nak tunggu.

Hem... Sekarang dah senang hati sikit sebab boss aku dah hire office boy dan pembantu am pejabat. Tak de la kelam kabut macam selalu. Mana nak buat report, mana nak hantar barang lagi. 

Just wait and see..

Wednesday, November 30, 2011

Tips Kurangkan Jerawat Dan Kulit Berminyak


Tau tak bahawa Collagen yang merupakan 1/3 protein yang terdapat dalam badan kita mengalamni penyusutan apabila umur kita meningkat? 


Maka kesannya?

1) Kulit akan hilang keanjalan dan kedutan akan muncul pada kulit wajah kita dan akan lebih jelas pada pertengahan umur 20-an
2) Mengganggu bahagian badan lain, terutamnya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut.
3) KESUKARAN PENGANGKUTAN TOKSIN DARI SEL KE SISTEM LIMFA - salah satu sebab kulit bermasalah adalah disebabkan toksin yang tidak dibuang dari badan. 
4) Menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan, langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain. 


Macam mana nak mengatasi? 

Ada yang amik VCO. Tetapi, ada pengguna-pengguna Virgin Coconut Oil, telah berputus asa kerana masalah kulit berjerawat, kusan, kering, berminyak atau berkedut. Makan VCO tapi kesan tak jugak nampak, yer tak? Sebenarnya VCO bukanlah khusus untuk kulit. VCO adalah untuk keseluruhan fungsi badan kita. Secara perlahan-lahan, dia akan baiki sel-sel badan kita dan kebiasaannya dia akan menyerlah pada kulit. Tapi tak dinafikan, ada yang memberi kesan pada sistem penghadaman terdahulu. Sebab itu adalah salah satu proses pembuangan toksin dalam badan kita. 

Tapi, kalau nak KHUSUS untuk kulit,. saya cadangkan, amik Catalyst Collagen. Salah seorang pengguna catalyst,


Kredit to Lemonade, blogger AMOY pengguna collagen dan VCO.


Khasiat Menggunakan Catalyst Collagen

1) Mengatasi masalah kulit kusam, kering dan berkedut
2) Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap
3) Membantu proses pemulihan osteoporosis dan osteoarthritis
4) Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit
5) Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ketahap maksima

Kesan mengamalkan Catalyst Collagen

1) Kulit tidak akan berminyak
2) Dapat mengurangkan masalah jerawat dan jerawat akan hilang
3) Dapat mengurangkan parut-parut yang ada dikulit
4) Badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga
5) Minda lebih cergas dan pergerakan angota tubuh badan menjadi lebih lancar

#Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995.




Harga biasa : Semenanjung : RM59.90, Sabah/Sarawak : RM65.90

untuk tempahan, boleh hubungi AMNI : 016-8789437






p/s: Nak baca testimonial yang lain? Nah, baca INI dan INI jugak. Sebenarnya banyak je testimonial pengguna Collagen ni. Boleh search kat google. 


Makcik Pecah Kepala, Kemalangan Di depan Satok - 30.11.2011

Baru balik dari lunch di kedai Mr. Atiqah. Hari ni lunch sengsorang. Mujurlah dah biasa dengan Dayang Food Corner. Mereka dah macam family. Tak de la segan sangat walaupun makan sorang-sorang. Ada je yang akan duduk semeja borak sambil teman makan. Kawan-kawan lain ada yang cuti, ada yang keluar awal, ada yang balik rumah. Dan ada yang dating.. err.. itu gurau.

Masa tengah makan ni, terdengar bunyi dentuman dari arah jalan, depan bangunan Satok. Lepas tu, dengar macam kereta brek dengan mengejut. Aku buat bodoh je. Sambil layan twitter. Tak lama lepas tu, kecoh. semua orang cam bergegas ke jalan. Katanya eksiden. Tadi bukan main susah nak carik meja kosong kat Dayang Food Corner tu. Alih-alih banyak giler meja kosong. Aku dan beberapa orang je yang layan makan. Sebab tau, sat gi ada lah wartawan yang menyampaikan berita.

Dan betul. Terus ada yang bercerita sesama sendiri. Aku yang dok berdekatan, tumpang telinga.

Ada makcik dan anak perempuan dia lintas jalan. Tak guna jejantas. Dah besar pun anaknya tu. Makcik tu kena langgar dengan Myvi. Pecah dua kepalanya. Kata yang melihat. Kalau aku memang tak sanggup lah nak tengok. Hemm.. Hidup ke meninggal aku tak tau. Tapi kalau dah kepala pecah dua? Ermm.. Mudah-mudahan semuanya tak la seburuk yang aku gambarkan.

Bukan kejadian pertama. Sebelum ni adik program aku yang eksiden kat tempat yang sama. Atas alasan yang sama. Cumanya tak meninggal. Dia retak tulang belakang, tengkuk retak jugak, kaki tangan patah. Tapi sekarang dah okey.

Pengajaran untuk kita. Kalau ada jejantas, guna lah jejantas tu. Malang memang tak berbau. Kalau dah ajal pun, harapnya janganlah disebabkan kecuaian kita. Kereta memang laju. Lagi la kalau kat lane paling kanan kan. Semua orang takkan sangka akan ada yang berani nak lintas jalan dalam keadaan jalan yang sesak dan berlumba-lumba nak balik ke office atau destinasi masing-masing.

Sedih. 



p/s: Mr Atiqah bakal dapat baby ke dua. Conratulations! Wahh.. Musim orang pregnant ke apa??


Tuesday, November 29, 2011

Salah Aku, Tapi Kan Budi Bahasa Budaya Kita?

Tadi gerak dari rumah awal. Sebelum ke office, singgah di post office kat Jabatan Ketua Menteri. Seperti sebelum ni yang aku bagitau, aku memang selalu parking dalam kawasan bangunan Jabatan Ketua Menteri tu. Memang tak de pun undang-undang bagitau tak boleh nak parking sekejap kat dalam kalau ada urusan. Selalu bila aku cakap nak pergi post office, pak guard kat depan, bagi je masuk. Tak de masalah langsung. 

Sampai je kat sana, terus pergi post office sebab takut lewat nak masuk office pulak. Tak sampai 10 minit, urusan selesai. Dari jauh aku nampak ada seorang pak guard ni letak kon untuk tanda sebagai kawasan larangan parking. Oh, okey. Cepat aku gerak kat sana nak keluarkan kereta. Masa nak alihkan kereta tu, kon-kon tu memang sangat mengganggu. eh. Kenapa la 'pandai' sangat letak kon masa orang nak keluarkan kereta. Bagilah kereta keluar dulu, baru lah letak kon kan? 

Aish. aku keluar. alihkan kon. Cadangnya nak letak kon tu balik lepas kereta aku keluar dari kawasan pak guard tu letak kon tu la. Masuk kereta balik. Kereta aku, kalau dah masuk, memang tak dengar lah orang bising ke apa. Tau-tau bila aku tengok pak guard tu balik, boleh dia marah-marah, lepas tu dengan muka masam segala. 

Aku keluar, mintak maaf, lepas tu pekakkan telinga je. Tapi pak guard tu masih gak buat muka masam. 

Apakah? Kerja kat Jabatan Ketua Menteri tapi perangai macam tu? oh tolong! Memang salah aku pun parking kat tepi. Tapi kereta aku tak mengganggu pun. Malah, boleh dua lagi kereta lalu kot. Tapi saja kan carik pasal awal-awal pagi. Memang tak hairan lah pak guard tu ramai orang tak suka. Nak strict tak agak-agak. Belagak sungguh. 


Older Posts Home