Thursday, December 1, 2011

Jangan Bagi Harapan Kalau Tak Benar Maksudkannya...

Aku memang akan jarang-jarang update sekarang. Bukan tak de cerita nak kongsi dengan kamu. Tapi sekarang perlu lebih fokus pada kerja memandangkan akan lebih banyak projek masuk untuk tahun 2012. Aku sendiri ada plan untuk diri aku pada masa depan. Plan nak resign pada 1 Januari 2012 entah akan terlaksana ke tidak.

Semalam sebelum lunch, ada discussion dengan Project Manager. Tentang invoices dan segala plan untuk 2012. Katanya dia akan discuss dengan boss semula berkenaan dengan janji boss sejak 1 Ogos untuk ambil aku dan kawan-kawan aku sebagai permanent staff. Yer.. sekarang cuma kontrak.

Katanya aku kena handle 10 Environmental Monitoring Report di samping untuk EIA proposal. Okey, bayangkan sekarang ada empat EMR dan satu post-EIA petronas tambah lagi tolong Senior Environmental Officer pun aku dah sangat sibuk, boleh bayangkan kalau ada 10 project EMR? Maksudnya akan ada site visit setiap bulan, akan ada report yang akan keluar setiap bulan. Boleh jadi dalam sebulan ada dua report akan keluar serentak.

Aku dah bayangkan, kalau tak de yang tolong, memang akan pengsan!

Jadi, PM cakap, kalau aku perlu orang, dia akan carik orang untuk tolong aku. Maksudnya mungkin hire orang lagi? Tak pasti. Tapi memang takkan ada orang lain akan tolong aku kalau tak hire orang atau amik trainee next year. 

Itu cuma perancangan PM aku. Belum tentu boss aku sebulu. Makanya.. akan terjadinya lah harapan tinggal harapan lagi sampai aku fedup nak tunggu.

Hem... Sekarang dah senang hati sikit sebab boss aku dah hire office boy dan pembantu am pejabat. Tak de la kelam kabut macam selalu. Mana nak buat report, mana nak hantar barang lagi. 

Just wait and see..

4 kata-kata jiwang:

Anisa Hang Tuah said... BALAS

Utamakan kerjaya :)
dan harapan itu senjata yg paling merbahaya

Syahirah Suhaili said... BALAS

waa..busy nya ktk dah..hehe..arap2 lak ada org baru la k nolong ow :D

wa khairul onggon said... BALAS

Busywomen yerrr... chaiyok2... kerja kerja :)

Namee Roslan said... BALAS

apa2 pun jgn kerja kuat sgt ok. :) rehat itu perlu, jgn kerja smpai stress :)

Newer Post Older Post Home