Showing posts with label Catalyst Nutraceutical. Show all posts
Showing posts with label Catalyst Nutraceutical. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Travel Catalyst Mukah 3 : Kingwood Hotel Mukah

Masa dalam perjalanan dari airport seperti yang dah aku cerita kat Travel Catalyst Mukah 2 : Lapangan Terbang Mukah, tak amik satu gambar pun. Sebab sangat teruja sampai lupa nak amik gambar sekeliling. Rasanya bos pun tak amik. Masing-masing macam terkesima. lols~ memang macam jakun betul tengok jalan. Nak tengok gambar, meh klik blog En. Labu-labi Trip ke Mukah. Banyak gambar dia tunjuk. 

Tak jauh pun dari airport ke Hotel Kingwood untuk Program Catalyst Jelajah Sarawak dan tempat untuk kami menginap. Tak sampai 15 minit pun. Cuma tak boleh laa nak jalan kaki dengan barang yang banyak kan..

Sampai hotel, dan-dan amik gambar. Siapa sangka ada hotel besar di Mukah. Whoaa... Selalu orang cakap Sarawak ni orangnya duduk kat pokok. Nak ke sana ke mari, naik perahu. Naik rakit. Pakai cawat. Aiyooo... Susah nak jumpa dah orang macam tu. Sekarang semua rumah dah besar-besar. Rumah panjang pun moden wooo....

Jadi, sesiapa nak ke Mukah, sangat disyorkan duduk di hotel ni. Sangatttt selesa. Dan sangat suka layanan pekerjanya. Baik-baik je. Senang je nak handle semua benda.. 



Lepas check in..... To be continued...

STOCKIST CATALYST TERKINI DI SARAWAK

UPDATE TERKINI STOCKIST Catalyst Nutraceutical DI SARAWAK

KUCHING
Cik Nur Ain Mohammed Catalyst - 0135673945
Cik Norsyamsina Hadini Catalyst - 0135414229
Puan Dayang Norizan - 0168882548

KOTA SAMARAHAN
Puan Safaraliwati - 0138022278

SARATOK
Puan Nur-Akmal Madi - 0168061401

BINTULU
Puan Siti Nuraini Tahir - 0138308706
Cik Atikah Syahirah - 0197013181

MIRI
Puan Norashima Hadini - 0193841149
Puan Ardini Humaira - 0176722572

LIMBANG
Cik Hamizah Mokhtar - 0194532754

p/s: Untuk jadi agent, boleh rujuk terus kepada mereka yang berdekatan.. ♥ ♥ ♥

WITH LOVE,
DC SARAWAK

Tuesday, May 8, 2012

Travel Catalyst Mukah 2 : Lapangan Terbang Mukah

Ok, sambung cerita Travel Catalyst Mukah 1 : Kapal Terbang. Kapal terbang kecik ni nama lain dia orang panggil TWIN OTTER. 

Masa nak mendarat tu, nampak lah helikopter Kerajaan Negeri Sarawak dan Borneo Ways nyer twin otter. Teruja giler. Yer laa.. 1st time sampai Mukah. Masa tu dalam hati tertanya, mana airport Mukah. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... twin otter yang kami naik berhenti dekat kawasan heli dan twin otter Borneo Ways tu. Aku tengok bos blur. Aku blur. Lepas tu masing-masing gelak. Lols. Ingatkan aku sorang yang ingatkan tu hanger. 

Masa nak keluar, aku bagi bos keluar dulu. Aku orang nombor 2 last yang keluar. Belakang sekali sorang cikgu. Dia gelakkan tengok aku dapat jalan tanpa menunduk. Untung jadi orang kecik. 

Masa keluar tu, aku dan bos gila amik gambar. Sebab tak pernah kan.. memang cam jakun je. Sayang gambar tak de kat dalam hp aku. Semua dalam camera canggih bos. hiks. 

Masuk airport blur sebab langsung tak de orang tunggu check IC ke apa.. Terlilau-lilau cari mana nak amik barang dalam kargo. Sambil tengok keadaan sekeliling, bos tunjuk tempat amik barang. hoh? Ini ke??? Ingatkan tempat menunggu. Hiks..


Sambil tunggu amik barang, call mak,. SMS kamu. Mak gelak je dengar aku cakap apa. Yerlaa.. memang jakun betul lah aku. Lewat petang baru dapat cakap dengan kamu. Lepas amik barang, teringat Sen cakap kat luar memang akan ada van or cab yang tunggu. Tapi bila keluar, satu pun tak nampak. Dah risau. Call Sen. Mintak tolong. Tapi Sen plak tak de transport kena tunggu kejap. Ztie call cakap dah sampai.. Whoaaaaaaaaaa... Kaau lah penyelamat.. dan akan sentiasa di hatiiiiiii.. hahaha.. dan dan keluar lagu Tanpamu.. 


Sambil tunggu Ztie dan Azhie jugak Sen, lepas depan ni. Amik gambar. Bos pulak sibuk sebab ada masalah kat HQ. Abaikan. Yang penting, Mukah sangat best!! 

Tak lama lepas tu, Ztie sampai dengan Achie. Masuk barang dalam kereta. Teruja sampai lupa nak call Sen balik. Sen datang masa kami nak keluar airport. Call dia untuk tunjuk jalan dan ajak lunch sama.. 

Masa dalam perjalanan tu..... To be continued..... 

Thursday, May 3, 2012

Program Catalyst Jelajah Sarawak : Mukah Tinggal Satu Hari! Yeay! 5 Mei 2012

Salam & Good Day everyone! 


Program Catalyst Jelajah Sarawak akan diteruskan pada 5 Mei 2012 bermula pada pukul 2 ptg hingga 9 malam. 

Tentatif program adalah seperti berikut:

5 Mei 2012
2.00-2.30 ptg : Pendaftran
2.30-3.00 ptg : Slot 1 (HQ)
3.00-4.00 ptg : Slot 2 (Dr. Razip)
4.00-4.30 ptg : Minum Petang/Solat Asar
4.30-5.30 ptg : Slot 3 (Dr. Razip)
5.30-7.30 ptg : Makan Malam/Solat Maghrib
7.30-8.30 mlm : Slot 4 (Dr. Razip)
8.30-9.00 mlm : Q/A & Majlis Penutupan/Penyampaian Sijil/Cendehati
9.00 mlm : Minum malam/Bersurai

Apa yang MENARIK?
- TERHAD kepada 20 orang peserta sahaja
- PERCUMA
- DISCOUNT 10% untuk pembelian mana-mana produk catalyst pada hari program
- PENDAFTARAN AGEN HANYA DENGAN PEMBELIAN RM100.00 ke atas. Biasanya pendaftaran AGEN adalah dengan pembelian RM300.00 minima. 
- SIJIL PENYERTAAN disediakan. 

Untuk Pendaftaran boleh contact facebook Puan Sam Awang atau no phone 012-8882138. TARIKH TUTUP pendaftaran adalah pada 1 Mei 2012. 

Tuesday, April 3, 2012

VCO, Catalyst Di Mukah

Coming soon at Mukah! 22 April 2012.


Tujuan dia sama macam Catalyst Jelajah Sarawak yang kita buat di Kuching pada bulan lepas. Eh? Macam lepas tu dah lama sangat kan. Hiks.. Ramai yang cakap VCO tak sampai ke kawasan jauh-jauh sikit dari bandar. Maka atas kerana prihatin dengan masalah ini, pihak kami telah setuju untuk meneruskan jelajah ini ke seluruh sarawak. Insha allah. Kami akan jelajah ke Bahagian yang besar dulu, lepas tu ke daerah-daerah kecil jika ada permintaan.

Yang paling penting sebenarnya kami nak terapkan dalam masyarakat agar faham apa sebenarnya catalyst yang mereka makan, apa kebaikan, apa khasiat, kenapa sangat penting untuk mengambil makanan tambahan, kenapa bila makan ubat, makan makanan tambahan ini tak rasa apa.. sedaya upaya untuk kamu rungkai persoalan yang timbul. Mudah-mudahan usaha kecil ini memberi impak yang besar pada semua. Aminnn...

Insha Allah, speaker jemputan adalah orang yang sangat arif tentang product catalyst. Juga mungkin, kalau rezeki kita, big boss akan turun sekali. =)

Untuk tahu lebih lanjut boleh hubungi Amni, 016-8789437. 

Terima kasih. 



p/s: DC Sarawak merangkumi, Team Catalyst Sarawak.

p/s : Terima kasih atas respon kawan-kawan. Nanti saya reply satu-satu k..

Wednesday, March 21, 2012

Testimonial Virgin Coconut Oil

Kerja sangat banyak. Tapi sambil cari bahan, aku sempat belek-belek cari pasal Virgin Coconut Oil. Ni testimonial dari omputih. 
Klik untuk lebih jelas

Nak dapat lebih info, baca di SINI. 

Theresa ni cakap, dia amalkan VCO dia boleh kurangkan berat badan dia. Lepas tu dia rasa penuh bertenaga. Dia lebih fokus dalam apa yang dia buat. Mood swing tak de, lebih stabil walaupun masa PMS. Yang paling menarik, suami dia puji kulit dia lembut dan dia tak pakai lotion pun sejak dia guna VCO. Amazing kan? Omputih dulu dah tau benda ni. Kita sejak 5 tahun kebelakangan ni je.. erm.. Nice!

Monday, March 19, 2012

Surprise lagi..

Lama giler kot tak update blog. Serius banyak benda nak kena settle seminggu dua ni. Syukur, hari ni dah masuk balik office walaupun memang dah maklum minggu ni dan minggu depan confirm pengsan, tapi sekurang-kurangnya dah lega sebab dah jumpa kamu. Eh?

Last weekend, sampai malam tadi, aku ke KL.. plannya untuk meeting DC seluruh Malaysia. Sambil menyelam minum air yer tak. 

Meeting di Nilai, Negeri Sembilan. Jumaat malam tu dah risau sebenarnya macam mana nak ke Nilai dari LCCT. Bukan sebab tak reti. Tapi risau sebab dah lewat malam aku sampai. 

Tau-tau, bila on hp masa sampai LCCT, kamu bagitau kamu dah ke LCCT nak jemput aku. Wallaaaa... suka tau buat last minute decision. Kamu cakap kamu risau aku tak tau nak ke Nilai macam mana.

Sekaliiiii... bos catalyst call, cakap dah dalam perjalanan nak jemput aku. Masa tu tau dah kamu dah nak sampai LCCT. Ha sudah! Bos dah gelak bila aku cam segan je kan cakap aku ngan tunang. Mujur boss paham. Tapi dia cakap, tunggu jugak dia. Thank u boss!

Esoknya meeting, kamu join sekali. Sangat best dan selesa dengan pihak catalyst. 


Friday, March 2, 2012

Sensitif!

Semalam balik agak lewat dari office. Banyak benda nak settle. Pukul 6 baru keluar. Bukan sesuatu yang biasa. Bos msg pasal usul yang aku dan kawan-kawan usulkan. Ada perkara yang dia tak berapa setuju dan salah faham. Tiba-tiba rasa nak nangis. Apakah? Serius tak pernah aku baca msg yang macam garang. Mungkin sebab dalam msg pernerimaan kita berbeza kan. Bila baca dengan cepat, aku rasa macam dia marah.

Kebetulan kamu whatsapp. Terus mengadu. Nangis. Bengong ah. Kenapa tah sensitip sangat. Pastu kamu cakap,

Kamu : Ha.. sapa yang buat b nangis tu.. nak saya marah dia balik ke?

Aku : lol!

Terus dari nangis jadi gelak. Kamu kan.. suka tau! Buat lawak masa orang tengah sedih. Ha.. senyum lebar-lebar sebelum tidur. 

Lama aku tak reply msg bos, dia tanya aku ok ke? Cakap kat bos aku sentap. Dia tanya kenapa. Mana tah berani sangat cakap dia garang. Dia gelak je. Dia cakap dalam bisnes ada kita perlu tegas. Demi bisnes. Bukan garang. Baik bos! Saya masih dalam proses belajar. Saya tak pernah terfikir dalam hidup akan terjebak dengan bisnes. Dulu sangat benci sebab rasa leceh. Sekarang rasa seronok pulak sampaikan aku tak boleh slow down...

Amni, relaks.. sabar... banyak lagi benda kat depan tu nanti.. Be professional okey? 




p/s: 1437 LOVE!
Older Posts Home