Wednesday, May 9, 2012

Travel Catalyst Mukah 3 : Kingwood Hotel Mukah

Masa dalam perjalanan dari airport seperti yang dah aku cerita kat Travel Catalyst Mukah 2 : Lapangan Terbang Mukah, tak amik satu gambar pun. Sebab sangat teruja sampai lupa nak amik gambar sekeliling. Rasanya bos pun tak amik. Masing-masing macam terkesima. lols~ memang macam jakun betul tengok jalan. Nak tengok gambar, meh klik blog En. Labu-labi Trip ke Mukah. Banyak gambar dia tunjuk. 

Tak jauh pun dari airport ke Hotel Kingwood untuk Program Catalyst Jelajah Sarawak dan tempat untuk kami menginap. Tak sampai 15 minit pun. Cuma tak boleh laa nak jalan kaki dengan barang yang banyak kan..

Sampai hotel, dan-dan amik gambar. Siapa sangka ada hotel besar di Mukah. Whoaa... Selalu orang cakap Sarawak ni orangnya duduk kat pokok. Nak ke sana ke mari, naik perahu. Naik rakit. Pakai cawat. Aiyooo... Susah nak jumpa dah orang macam tu. Sekarang semua rumah dah besar-besar. Rumah panjang pun moden wooo....

Jadi, sesiapa nak ke Mukah, sangat disyorkan duduk di hotel ni. Sangatttt selesa. Dan sangat suka layanan pekerjanya. Baik-baik je. Senang je nak handle semua benda.. 



Lepas check in..... To be continued...

2 kata-kata jiwang:

BellaJane said... BALAS

depan kingwood 3 star ya ngiukee hehehehe :P

mok nok 5 star kat resort kingwood kan2 hehehe :)

[sutera kasih] said... BALAS

kmk lom sampe mukah gik huhu

Newer Post Older Post Home