Monday, May 7, 2012

Travel Catalyst Mukah 1 : Kapal Terbang

Lepas hari tu Program Catalyst Jelajah Sarawak di Kuching, kami decide untuk ke Mukah pulak. Yang fly dari luar Mukah, aku, bos dan Puan Vivi, saintis perubatan dari Universiti Malaya. 

Malam sebelum bertolah 5 Mei tu, aku, fiza (Cik PA) dan bos dah siap packing barang di office catalyst. Entah macam mana boleh pulak tertinggal banner. Pagi sebelum ke airport, Fiza hantar, kami singgah di office balik sebelum jemput bos di hotel. Tapi nak dijadikan cerita sekali lagi kami diuji. Kunci office jammed, tak leh nak bukak. Hadoii.. kecewanya laa.. Terus pecut jemput bos. Bagitau dia banner tertinggal. Memang dia geleng kepala je la sebab malam semalam tu memang dia pun perasan pasal banner tu tapi lupa nak tanya kat aku pasal banner tu..



Sampai airport, lepas check in, terus ke McDonald. Jangan tanya apa aku nak makan. Memang aku nak McDonald. sabar je la bos dengan aku dan Fiza. Bos kan dah dewasa, saya kanak-kanak riang lagi. Bos cuma minum coffee, aku makan bubur, fiza makan apa tah nama dia. Kelakar bila bos bagi duit macam bagi duit belanja dengan anak. lols!


Gambar curi kat google. Err.. 

Fiza temankan sampai boarding. Tak boleh tahan masa check in. Sebab ke Mukah ni kapal terbang dia kecik je. Tapi aku tak de la sangka keciknyaaaaaaaaaa sampai muat untuk 15 orang je. Siap suruh naik atas penimbang check berat badan masing-masing lagi. Bila aku cakap kat bos, dia dah blur. Aku dah malu giler. Sat g semua tahu berat aku under weight. lols! Lepas tu memang tak boleh tahan nak gelak tengok gelagat masing-masing. Masa kat dalam, bos tanya kat aku..

Bos : Tau tak mana flight kita?

Aku : Tak tau... Mana?

Bos : Dok cari dari tadi. Tu diaa.. (sambil tunjuk kat flight kecik yang sedang isi minyak)

Aku : Seriussssssssssss..... 


Sebab nak ambil gambar ni aku kena marah sebab terover teruja salah jalan. 

Masuk dalam flight memang cam jakun je. Rasa macam masuk dalam kereta mainan. Masa masuk tu, semua orang tunduk. Aku pun tunduk la. Sekali bila aku tegakkan badan, muat2 je untuk aku berdiri. Bos kat belakang dua kali terhantuk sebab dia ingat dia pun boleh tegak. Memang tak laaa... Gila kelakar masa tu. Hadoiii.. Masing-masing first time nak ke Mukah. Dan jugak first time naik flight ni. Mujur seat kami number 2 depan. Ada kipas kecik. Kalau kat belakang memang panas yang amat. Dia kipas besar bukan kat dalam. Tapi kat luar. Tu haa.. nampak tak kipas dia pusing kat luar. Sejam dalam tu rasa macam lama giler sebab slow kot dia terbang. Naik pun cuma sampai 1000 kaki je. Fuh!

Bila dah nak landing..... To be continued.....

6 kata-kata jiwang:

miss niedNied said... BALAS

err, comel nyee flight diaa

erolnukman said... BALAS

belon camya juak lah dari tanjung manis tok ke kuching..huhuhu! kecik jak..nampak jak pilot rah depan arum bulak.hehehe

Cik Amni said... BALAS

Dear MN,
comel kan.. heheheh.... 1st time naik ni..

Dear Cikgu Erol,
nang mena.. nampak apa dipolah pilot ya.. mun ndak sik kmk tauk dapat nait 1000 kaki ya,,.. nang kmk merati la apa dipolah sidak.. hehehehhe

Chenal said... BALAS

Puan Vi pun ekot juak ka?
Ramei join jelajah d Mukah?

Cik Amni said... BALAS

Dear Bang Chenal.
Kak vivi speaker.. sik erami, tp boleh tahan sales.. hehe.. =)

Shiqa Nawar said... BALAS

hehe sama cam flight dr labuan ke K.kinabalu. dulu memula naik waaaa aku naik helikopter ke apa? selalu naik flight besar je, duduk dalam tu alahai terbang di bawak angin.kahkah

Newer Post Older Post Home