Showing posts with label Aku dan Kamu. Cerita Untuk Kamu. Show all posts
Showing posts with label Aku dan Kamu. Cerita Untuk Kamu. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Mintak Maaf...

Malam tadi lepas de dicussion ngan stokist baru, balik rumah, makan, siap-siap nak tidur, mak lepak kat bilik aku, borak-borak.

Mak : Dik, tadi balik muka pucat tu kenapa? Tak makan ke?

Aku: Eh? Bila pulak? Tak de pun..

Mak : Tadi masa nak ambil barang nak keluar balik tu. Pucat je muka..

Aku : Iyer? Tak de pun. Ok jee..

Mak : Rehat kena ada.. Jangan letih sangat..

Aku : Errmm... tak perasan pun. Tapi tengah hari tadi orang makan je..

Borak-borak lagi. Tak perasan betul badan aku letih, muka pucat. Ni sebab makan VCO ke? Err.. tapi memang aku amalkan ambil VCO pagi-pagi dan sebelum tidur ambil lagi beserta dengan collagen. Bangun sure akan segar. Macam biasa.. 



p/s: Maaf mak, buat mak risau.. 

Monday, March 5, 2012

Agen Produk Catalyst Sabah dan Sarawak


Meh baca lagi apa yang orang carik. KLIK untuk besarkan. 


Macam tau-tau je kan saya memang carik agen untuk Sarawak dan Sabah. Khas untuk Sarawak, tapi kalau Sabah nak, saya boleh juga. Kalau nak tahu siapa yang berdekatan, saya boleh maklumkan jugak. 

Ok, yang ni, agen dan stokis yang diperlukan di Sabah.

Yang ni pulak di Sarawak

Untuk jadi agen, buat pembelian dengan harga RM150.00 lepas tu isi,
Nama Penuh:
No. Kad Pengenalan:
Alamat Surat Menyurat :
No h/p: 
Email:
website (kalau ada):
Barang yang nak order : 

Lepas tu emailkan detail dan salinan IC kepada amnicatalyst@gmail.com. Kalau nak lebih detail, hubungi amni, 016-8789437 untuk tahu macam mana nak buat pembayaran semua. Itu sahaja. 




p/s: untung jadi agen sebab dapat harga murah. kalau jual dapat untung agak banyak, kalau tak, untuk stok sendiri pun boleh kan? 

Susah, Tapi Kena Jugak Kadang-kadang..

Bila awak tegas, bukan maksudnya awak tak baik. Tapi awak kena tegas supaya awak dapat baik dengan semua orang. Ada masa awak boleh kasihan. Tapi kalau kasihan je tak cukup. Itu dah jadi tanggungjawab awak untuk bantu. 

Ada orang dia tak suka kita kasihan kat dia. Dia akan rasa malu, rendah diri. Lepas tu akan mula rasa lemah tak berdaya. Tak semua orang bila kita kasihan dia akan majukan diri. Sama jugak, tak semua orang bila kita marah dia akan ambil iktibar, dan berubah jadi lebih baik.

Semua pun learning process. Bila orang ni bagi pandangan dia, tak semestinya dia betul. Dan tak semestinya jugak dia salah. Keadaan yang akan buat benda tu betul atau salah. 

Betul bermaksud, meletakkan yang hak betul pada tempat dan masanya. 

Bila kita dah baca, bukan bermaksud kita dah faham. Sebab lain orang lain interpretasinya. 

Hem.. apa tah aku luah. Aku pun tak tau. Yang penting aku berada dalam kesulitan itu. Diluah mati mak, ditelan mati bapak.

Kamu cakap, rezeki masing-masing.. 

Friday, March 2, 2012

Sensitif!

Semalam balik agak lewat dari office. Banyak benda nak settle. Pukul 6 baru keluar. Bukan sesuatu yang biasa. Bos msg pasal usul yang aku dan kawan-kawan usulkan. Ada perkara yang dia tak berapa setuju dan salah faham. Tiba-tiba rasa nak nangis. Apakah? Serius tak pernah aku baca msg yang macam garang. Mungkin sebab dalam msg pernerimaan kita berbeza kan. Bila baca dengan cepat, aku rasa macam dia marah.

Kebetulan kamu whatsapp. Terus mengadu. Nangis. Bengong ah. Kenapa tah sensitip sangat. Pastu kamu cakap,

Kamu : Ha.. sapa yang buat b nangis tu.. nak saya marah dia balik ke?

Aku : lol!

Terus dari nangis jadi gelak. Kamu kan.. suka tau! Buat lawak masa orang tengah sedih. Ha.. senyum lebar-lebar sebelum tidur. 

Lama aku tak reply msg bos, dia tanya aku ok ke? Cakap kat bos aku sentap. Dia tanya kenapa. Mana tah berani sangat cakap dia garang. Dia gelak je. Dia cakap dalam bisnes ada kita perlu tegas. Demi bisnes. Bukan garang. Baik bos! Saya masih dalam proses belajar. Saya tak pernah terfikir dalam hidup akan terjebak dengan bisnes. Dulu sangat benci sebab rasa leceh. Sekarang rasa seronok pulak sampaikan aku tak boleh slow down...

Amni, relaks.. sabar... banyak lagi benda kat depan tu nanti.. Be professional okey? 




p/s: 1437 LOVE!

Thursday, March 1, 2012

Amni Teman Wanita Amir Jahari

Saja bukak nuffnang. Tengok apa la yang orang selalu seacrh sampai jumpa blog aku kan. Sekaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... Tengok ni! Meh kasi zooommmm... 

Klik untuk besarkan. 


Weeeeeee... Baik ngaku! Siapa carik ni. Maaf, anda gagal jumpa apa yang ada cari sebab Amir Jahari tak de teman wanita. Dia cuma ada tunang je. Hiks... Meh la berkenalan. Jangan la menyorok. *wink*

Tuesday, February 28, 2012

Tips Buat Facial Sendiri Di Rumah by Mrs Yurich

Ingat lagi entri, Tips Kulit Cantik Macam Mrs. Yurich? Ehemm.. Semangat lebih ni. Hari tu Paani tanya macam mana nak buat facial sendiri di rumah tu? 


Ada jugak yang lain tanya kat twitter macam mana nak facial di rumah tu. Serius aku cuma pernah facial kat luar sekali je. Itu pun awek abang kamu yang buat. Di rumah. Sebab dia ada mesin semua tu. Lepas tu tak berani nak buat dah. Sebab orang cakap kalau buat facial macam ni kena selalu. Sebab kalau tak muka nampak kusam.

Jadi, sejak sebulan yang lalu, aku belajar dengan kawan macam mana nak jaga muka. Muka dah teruk, mula lah risau kan. Semua benda serba tak kena. Lagi-lagi bila kamu cakap dulu kulit lebih bersih. Haihh... Matilaaa... 

Aku nak bagi tips, tak berani. Makanya, mintak Mrs. Yurich share macam mana dia buat facial kat rumah. Bila baca-baca, eh? Samaaaa laaa.. Aku ni hentam keromo je. Bukan kira betul ke tak. Tapi tips dia bagi betul-betul sama dengan yang aku buat. 

Meh, 1st tips by Mrs. Yurich.


Ok, next Step? Sila terjah blog Mrs Yurich. Sila terjah jangan tak terjah. Sangat rugi tak amik ilmu dari orang cantik kan? Yeay!

Nak nampak lebih cantik, kena makan supplement jugak. Sebab supplement akan bantu dari dalam. Kalau dalam elok, makanya luar akan lebih mudah nak dibaiki. Setakat ni aku amalkan Virgin Coconut Oil, Femme Vita dan Collagen. Mrs. Yurich? Dia beli collagen dan vco dengan aku. Wah. Orang cantik pun makan. Seriusss.. 




p/s: Lepas ni nak share dengan kamu pulak..

Give up!

Benda ni jadi dalam sebulan kebelakangan ni. Banyak benda yang buat aku putus asa. Aku putus asa nak naikkan berat badan. Putus asa nak kulit cantik. Putus asa nak makan Virgin Coconut Oil sebab lambat sangat kesannnya pada badan dan kulit. Serius memang aku dah survey produk lain. Just imagine macam mana stokist yang bakal jadi DC boleh lemah semangat kan?

One day, ada seorang blogger syorkan produk shaklee. Bila tengok testimonial semua, aku rasa macam, wahhh! Amazing! Nak try jugak la. Gila siapa tak nak berat badan baik, siapa tak nak kulit cantik gebu kan? Dah tu pulak orang yang jual tu pernah jadi pengguna tegar produk catalyst. Harus aku nak tahu kenapa dia beralih arah.

Jadi, aku email. Tanyak berapa harga semua. Tanya kenapa tak guna catalyst lagi. Risau. Macam-macam ada perasaan masa tu. Tapi blogger tu tak nak bagitau pulak kenapa dia tak guna catalyst. 

Tak tau kenapa, aku ada cash kat tangan, tapi aku tak nak bank in dulu duit untuk beli shaklee tu. Macam-macam aku rasa. No. Aku bukan nak cakap shaklee tak bagus. Tapi aku sayang dengan catalyst.

Sampailah aku jumpa En. Shar, bos Catalyst, juga Dr. Razif consultant untuk catalyst yang ada PHD dari Jepon dalam reseacrh untuk Virgin Coconut Oil. Banyak yang aku tahu. Banyak yang aku belajar.

Aku tahu VCO ni supplement. Tapi aku tak tahu dia akan ambil masa yang lama untuk pulihkan badan aku yang memang lama tak service. Dia akan pulihkan semua sistem badan kita. Tapi slowly. Yang bagusnya, bila semua dah dipulihkan, apa yang kita idam-idamkan tu kita akan dapat. Cumaaaa.. perlu konsisten. Makan berterusan. 

Dan yang bagusnya, aku lebih confident lepas cakap dengan En. Shar dan Dr. Razif. Aku lebih tahu satu-satu tentang produk dan kelebihannya. Tahu juga macam mana nak makan untuk nampak kesan bagus. Harus tahu.. kalaulah kita makan supplement tapi langsung tak de apa-apa yang kita rasa, harus kita buat check up. Risau-risau kita ada masalah dengan LIVER kita yang tak berfungsi dengan baik. Bagi apa pun kalau LIVER problem, dia takkan ada effect apa-apa.

Tentang blogger tu? Biarlah rahsia kenapa dia dah anti dengan catalyst. Bukan sebab catalyst tak bagus. Tapi lebih kepada masalah peribadi. Kalau ada dengar cerita tak baik pasal catalyst, silalah rujuk pada yang lebih tahu. Jangan percaya bulat-bulat cerita orang... Pengajaran untuk aku!

Sekarang sangat bersemangat! Sesiapa nak jadi agen dan stokist untuk Sarawak dan Sabah, maklumkan ya. Aku bagi service yang terbaik, insha allah.. Amin.. 




Sunday, February 26, 2012

Macam Tak Percaya

Macam tak percaya pun, harus jugak percaya. Itu je mampu aku cakap. Dah dua minggu aku tak update blog. Serius? Apa kes? Bila baca blog kak D, maka aku abaikan je apa yang jadi. Kadang orang sakitkan hati kita bukan sebab dia sengaja kan? Mungkin sebab dia sayang, sebab tu perhatian dengan apa yang kita buat.

Makanya, abaikan yang sedih. Ambil pengajaran, maafkan jika terluka, mulakan hidup baru.

Agreement untuk jadi DC Sarawak aku dah sign. stok untuk DC pun dah sampai. Teruja? Lebih takut dari teruja.

Managing Director sendiri turun bawakan agreement, sekali buat discussion tentang produk dan company. Banyak sangat yang aku perlu belajar lagi.

Tak sangka pulak consutant untuk catalyst lecturer UNIMAS yang amik PHD tentang Virgin Coconut Oil di Jepon. Tabik spring oh! Anak dia yang doktor pun buat PHD pasal Virgin Coconut Oil cuma lebih menjurus dengan tulang.

Serius banyak yang aku nak share. Sikit-sikit ya.. Bukan sebab aku nak lakukan apa yang aku jual. Cuma knowledge yang aku dapat tu sangat rugi kalau tak dikongsi bersama. Nak beli atau tak, itu terpulang dengan masing-masing kan? Tapi aku percaya apa yang aku makan. Sama macam kamu. Sampai sanggup tu offer diri jadi duta. Sebab kamu guna dan kamu nampak kesannya macam mana.




p/s: Rindu semua. Akan ambil masa untuk jenguk semua.. LOVE!

Monday, February 13, 2012

#BFF

Rasanya aku pernah cerita dulu aku ada ramai BFF. Yang ramainya pulak lelaki. Yang perempuan, boleh dihitung dengan jari. Nak dijadikan cerita hari tu aku pernah cerita kat M pasal business catalyst aku. Last week, BFF MRSM ajak jumpa. Termasuk lah dengan M. Ada Asfar, Suliza awek si M dan yang lain.

Bincang punya bincang, dapat kata sepakat, nanti aku perlu buat kertas kerja untuk mereka baca planning aku untuk jadi Distributor untuk the whole Sarawak. 

KLIK untuk ke Laman Rasmi Catalyst - Dietary Supplement

Dah bagi kertas kerja. Mereka dah baca. Tapi kata sepakat belum ada. Sampailah semalam bos catalyst dari kedah call tanya macam mana pasal DC tu. Aku masih berminat ke. Kalau berminat, tapi modal tak cukup, dia suggest untuk bagi dua dengan stokist Miri since dari Miri pun ada yang berminat untuk jadi DC ni. 

Aku contact mereka balik, bincang macam mana. 

Seriusnya aku tak kisah. Ada ke tak de modal untuk jadi DC ni, aku tetap masih business macam biasa sebab aku masih lagi Stokist Catalyst Kuching kan. 

Tah macam mana, mereka cakap kat aku, everything is ready. Boleh cash kan duit bila-bila masa. 

Aku camm? Ehhhhhh! Korang semua biar betul??? Gila kot nak kumpul duit jadi DC tu bukan sikit. 

Mereka cakap dah ada, dan mereka percaya untuk aku uruskan semua. Seriussssssssss???

BFF! Dari dulu, bila-bila mereka sentiasa ada. Dah 13 tahun kawan, siapa sangka kami masih setia berkawan. Cuma sekarang persahabatan kami dah berkembang dengan adanya keluarga baru masing-masing. Siapa sangka ada yang dah ada anak, bakal ada anak, dah bertunang (aku lah tu!) dan ada yang bakal kahwin (aku lah jugak tu. Eh?)

Doakan aku dapat memikul amanah ini dengan sangat-sangat baik. Mudah-mudahan rezeki yang ada dapat dikongsi bersama. Aminn.. 


Salah satu produk, Virgin Coconut Oil.

Yang berminat nak jadi agen dan stokis, boleh hubungi aku,
Amni, 016-8789437,
email , amnicatalyst@gmail.com
atau twitter, @CikAmni

Thursday, February 2, 2012

Nak Bagitau Ni..

Terima kasih pada yang follow acc twitter @Amni_Amirul sebelum ni. Untuk makluman, aku dah tak boleh access dah acc tu. Tak tau kenapa. Semua benda tak boleh.

Jadi sekarang, aku dah buat account baru. Mohon kawan-kawan maklumkan pada kawan-kawan lain terutama sekali yang sebelum ni customer catalyst aku. Sorry sangat-sangat dah menyusahkan.



Acc baru : @Cik_Amni



Thursday, January 26, 2012

Macam Mana Nak Kurangkan Berat Badan - Kurus dan Sihat

Sebenarnya selama ni aku sedang cari produk yang boleh bantu kamu dan kawan-kawan untuk turunkan berat badan. Bukan saja untuk nampak lebih cantik dan macho, err... tapi untuk kesihatan yang lebih baik. VCO sangat membantu. Cuma aku nak sesuatu yang lebih spesifik. 

Jom try yang ini, Catalyst Fibre Drink


CATALYST NATURAL FIBRE DRINK adalah rumusan terbaru untuk membantu kesihatan sistem penghadaman. Mengandungi fruktan yang merupakan serat buah-buahan yang mudah larut di dalam air. Garam tisu biokimia yang terdapat di dalam Catalyst Natural Fibre Drink bertindak khusus membantu memerangkap gula berlebihan dan dengan itu menurunkan kadar kandungan gula dalam kencing dan darah (sekaligus merawat masalah kencing manis) dan mengikat lemak-lemak dari dalam perut, melancarkan peredaran darah dalam badan dan menyihatkan dan menguatkan jantung.


NATURAL FIBRE DRINK boleh membantu anda untuk mengatasi masalah BERAT BADAN BERLEBIHAN !!
Pengambilan Natural Fibre Drink akan memekatkan isi perut menyebabkan pelepasan ke dalam usus lambat. Proses ini menyebabkan timbulnya rasa kenyang dan selera makan akan menurun. Ia akan membantu mengurangkan berat badan dan menguruskan badan.

Selain itu, ia juga boleh membantu mengatasi masalah KOLESTEROL .
Masalah kolesterol dapat dikurangkan dengan pengambilan Natural Fibre Drink. Ia bertindak dua cara iaitu memecahkan kolesterol supaya mudah dibuang atau dengan menyerap terus kolesterol tersebut. Ia menghalang penyerapan kolesterol dari usus.

** Cara penggunaan CATALYST NATURAL FIBRE DRINK :
1. Satu sachet 1 kali sehari dan dibancuh dengan menggunakan air suam.
2. Selepas mengambil Catalyst Natural Fibre minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Nak order, boleh SMS 016-8789437, email, amnicatalyst@gmail.com @ tweet saja, @CikAmni
Older Posts Home