Showing posts with label Fibre Drink. Show all posts
Showing posts with label Fibre Drink. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

Semangat Yang Hilang

Badan sekarang sangat sakit. Sedari pagi tak banyak yang aku buat. Rasa macam nak berehat lagi. Mungkin sebab hujung minggu sibuk jumpa customer, buat discussion dengan agent dan stokist. Juga sibuk ke sana ke mari yang akhirnya menghasilkan ini.


Plannya cuma nak buat meeting dengan agent dan stokist. Tapi bila tambah tolak kawan-kawan semua, peserta berkemungkinan akan menjadi agak ramai. Agak ramai la kan kalau 20-25 dalam jangka masa yang sangat singkat nak buat preparation. Program insha allah akan buat dalam masa dua minggu dari sekarang. 70% dah siap. Tinggal lagi confirmation dari peserta untuk order makanan dengan cathering. Kalau larat mungkin nak buat sendiriiii.. macam laa kannn....

Siapa-siapa yang kat Kuching, pengguna VCO dan produk catalyst, dijemput untuk memeriahkan program jelajah ni. Jom laa.. Sila SMS amni untuk confirmation k, 016-8789437.

Tadi kamu call,

Kamu : Dah makan ke? Saya baru nak makan...

Aku : Dah. Tapi tak de selera. Makan sikit je.. badan sakit..

Kamu : Iyer? Makan VCO dear..

Aku : LOL!

Memang part nak mengusik nombor 1.

Friday, March 2, 2012

Sensitif!

Semalam balik agak lewat dari office. Banyak benda nak settle. Pukul 6 baru keluar. Bukan sesuatu yang biasa. Bos msg pasal usul yang aku dan kawan-kawan usulkan. Ada perkara yang dia tak berapa setuju dan salah faham. Tiba-tiba rasa nak nangis. Apakah? Serius tak pernah aku baca msg yang macam garang. Mungkin sebab dalam msg pernerimaan kita berbeza kan. Bila baca dengan cepat, aku rasa macam dia marah.

Kebetulan kamu whatsapp. Terus mengadu. Nangis. Bengong ah. Kenapa tah sensitip sangat. Pastu kamu cakap,

Kamu : Ha.. sapa yang buat b nangis tu.. nak saya marah dia balik ke?

Aku : lol!

Terus dari nangis jadi gelak. Kamu kan.. suka tau! Buat lawak masa orang tengah sedih. Ha.. senyum lebar-lebar sebelum tidur. 

Lama aku tak reply msg bos, dia tanya aku ok ke? Cakap kat bos aku sentap. Dia tanya kenapa. Mana tah berani sangat cakap dia garang. Dia gelak je. Dia cakap dalam bisnes ada kita perlu tegas. Demi bisnes. Bukan garang. Baik bos! Saya masih dalam proses belajar. Saya tak pernah terfikir dalam hidup akan terjebak dengan bisnes. Dulu sangat benci sebab rasa leceh. Sekarang rasa seronok pulak sampaikan aku tak boleh slow down...

Amni, relaks.. sabar... banyak lagi benda kat depan tu nanti.. Be professional okey? 




p/s: 1437 LOVE!
Older Posts Home