Showing posts with label Laboratory. Show all posts
Showing posts with label Laboratory. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Erti Sabar Dan Ikhlas

Ada beberapa hari aku down giler kat office. Pertama sebab nya dapat offer mengajar, tapi bukan mengajar subjek yang aku mahir. Aku mintak subject Matematik, tapi big boss company tu mintak aku mengajar Kimia. 

Yes, memang aku background strongly in chemistry, tapiiiiiiiiiiiiiiiiii... nak mengajar dan belajar bukan dua benda yang sama. Aku try jugak, tapi big boss prefer aku mengajar kimia. Dan masa presentation untuk interview mengajar hari tu pun, aku prepare untuk Matermatik, tapi dia soh aku present kimia. Amik kau aku mengajar kimia yang aku kerja skang. Semua candidates yang datang tu iyer kan aje apa aku cakap.

oh ya. Yang mengajar tu, part time job je memandangkan aku nak survive just incase aku tak dapat jadi permanent staff kat tempat kerja skang.

Dan kerana aku tak confirm lagi jadi permanent staff, makanya aku tambah stress. Fuh! Come on! Dah tua kot aku. Ok fine. Memang antara yang paling muda jugak kat office sekarang, buat still aku nak jugak rasa sebagai permanent staff. Tak de la susah hati nak cari kerja lain bagai. Atleast untuk setahun dua ni fokus dengan apa yang aku ada. 

Lebih stress sebenarnya, ada kawan-kawan dah confirm dapat permanent. Lega dah semua orang. Kecuali? Aku yang berharap. Allah sedang mengajar erti sabar dan ikhlas. 

Dan penantian itu suatu penyiksaan kan?

Pagi tadi, entah kenapa bila Project Manager bagi offer letter untuk di sign as permanent staff, aku macam tak de perasaan. Bukan kata aku tak bersyukur. Tapiii.. mungkin kerana sebelum ni aku dah redha. Kalau ada, ada lah. Kalau tak de, mungkin bukan rezeki. 

Aku sign. Esok aku hantar. Position? Office Girl. Ok, just kidding. 



Older Posts Home