Showing posts with label Environmental Officer. Show all posts
Showing posts with label Environmental Officer. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Munasabah Ke MunakBELASAH?

Seminggu dua ni kerja aku dah macam ALONG je. Kalau along biasanya p kutip duit, kalau tak bayar dah lama kena belasah. Aku plak p mintak report dekat client untuk report yang aku buat yang kena hantar ke pihak berwajib kerajaan negeri. 

Geram dengan client kalau pihak berwajib tu datang, bising-bising cakap report lambat, dia akan blame aku sebab mereka kena marah. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. dalam proses nak siapkan cepat report tu, TAK BAGI KERJASAMA macam mana nak siapkan cepat???? 

Contoh macam baru je tadi,

Aku : Boleh cakap dengan En. Bulan (bukan nama sebenar)?

Kerani : Sekejap yer..

Aku : Ok...




Tak lama lepas tu, 

Kerani : Kak.. sorry... BOS CAKAP DIA TENGAH ONLINE

Aku : Ha???????  *tercengang*

Hoiiiiiiiiiiii... Sejak bila kalau online tak boleh nak cakap? Lain la kau skype. Online kotttttttttttttttttttttttttttttttt.... kalaupun data yang aku nak tu tak dapat nak bagi cepat, sila la bagi alasan MUNASABAH SIKIT. Ke MU NAK KENA BELASAH baru nak bagi? ok, ini aku tak berani buat. Kang lari client aku.

Geram tau. Kerja nak semua cepat. tapi tang nak bagi kerjasama tu susah giler. Betul-betul rasa nak belasah orang ni.

Pelajar SMK Batu Lintang Lemas, Banjir Kilat Kuching

Hari Khamis lepas nyer cerita hari ni baru nak update kan? Serius tak sempat. Bulan ni banyak giler report kena keluar. Sebab December hari tu banyak main. Eh? Bukan. Banyak certificate dari lab baru dapat hujung bulan lepas. Yer, tahun lepas. Ni tahun 2012 sudah. Setakat minggu ke dua ni, masih lagi semangat nak buat kerja walaupun hujan lebat, macam lebih best je tidur kat rumah. Woha!

Khamis lepas aku tak masuk office gara-gara banjir kilat. Serius termasuk kawasan rumah aku pun teruk banjir. Tak pernah ni kereta kena masuk air, tapi kali ni nyer banjir air sampai masuk dalam kereta. Alamatnya sepanjang hari la kereta aku nyer alarm memekak. Terpaksa bukak kan bateri dia. Petang tu hantar bengkel.

Pagi tu dengar cerita ada budak cina form 6, SMK Batu Lintang terjatuh dalam longkang depan sekolah. Cuba diselamatkan oleh pekerja shell berhampiran tetapi dua-dua dihanyutkan air. Kesian giler. Lelaki tu saudara baru. Baru tak baru la. Memeluk Islam pada tahun 2000. Tapi kakak dia bagitau dia memang sangat baik orangnya. Walaupun tahu dia tak reti berenang, tapi dia sanggup ni nak selamatkan budak perempuan tu. 

Lelaki tu dah dapat pun capai rambut budak cina tu. Tapi mungkin sebab arus air parit tu kuat sangat, dia pun terjatuh sama dan dihanyutkan air. Jenazah mangsa dijumpai 3 hari lepas di Sungai Maong. Agak jauh jugak dari tempat kejadian. Budak cina tu pulak sampai sekarang tak jumpa lagi. Sadis kan? 

p/s: Line tenet slow gila. Gambar banjir kat twitter aku, @Amni_Amirul

Wednesday, December 28, 2011

Erti Sabar Dan Ikhlas

Ada beberapa hari aku down giler kat office. Pertama sebab nya dapat offer mengajar, tapi bukan mengajar subjek yang aku mahir. Aku mintak subject Matematik, tapi big boss company tu mintak aku mengajar Kimia. 

Yes, memang aku background strongly in chemistry, tapiiiiiiiiiiiiiiiiii... nak mengajar dan belajar bukan dua benda yang sama. Aku try jugak, tapi big boss prefer aku mengajar kimia. Dan masa presentation untuk interview mengajar hari tu pun, aku prepare untuk Matermatik, tapi dia soh aku present kimia. Amik kau aku mengajar kimia yang aku kerja skang. Semua candidates yang datang tu iyer kan aje apa aku cakap.

oh ya. Yang mengajar tu, part time job je memandangkan aku nak survive just incase aku tak dapat jadi permanent staff kat tempat kerja skang.

Dan kerana aku tak confirm lagi jadi permanent staff, makanya aku tambah stress. Fuh! Come on! Dah tua kot aku. Ok fine. Memang antara yang paling muda jugak kat office sekarang, buat still aku nak jugak rasa sebagai permanent staff. Tak de la susah hati nak cari kerja lain bagai. Atleast untuk setahun dua ni fokus dengan apa yang aku ada. 

Lebih stress sebenarnya, ada kawan-kawan dah confirm dapat permanent. Lega dah semua orang. Kecuali? Aku yang berharap. Allah sedang mengajar erti sabar dan ikhlas. 

Dan penantian itu suatu penyiksaan kan?

Pagi tadi, entah kenapa bila Project Manager bagi offer letter untuk di sign as permanent staff, aku macam tak de perasaan. Bukan kata aku tak bersyukur. Tapiii.. mungkin kerana sebelum ni aku dah redha. Kalau ada, ada lah. Kalau tak de, mungkin bukan rezeki. 

Aku sign. Esok aku hantar. Position? Office Girl. Ok, just kidding. 



Older Posts Home