Monday, January 9, 2012

Pelajar SMK Batu Lintang Lemas, Banjir Kilat Kuching

Hari Khamis lepas nyer cerita hari ni baru nak update kan? Serius tak sempat. Bulan ni banyak giler report kena keluar. Sebab December hari tu banyak main. Eh? Bukan. Banyak certificate dari lab baru dapat hujung bulan lepas. Yer, tahun lepas. Ni tahun 2012 sudah. Setakat minggu ke dua ni, masih lagi semangat nak buat kerja walaupun hujan lebat, macam lebih best je tidur kat rumah. Woha!

Khamis lepas aku tak masuk office gara-gara banjir kilat. Serius termasuk kawasan rumah aku pun teruk banjir. Tak pernah ni kereta kena masuk air, tapi kali ni nyer banjir air sampai masuk dalam kereta. Alamatnya sepanjang hari la kereta aku nyer alarm memekak. Terpaksa bukak kan bateri dia. Petang tu hantar bengkel.

Pagi tu dengar cerita ada budak cina form 6, SMK Batu Lintang terjatuh dalam longkang depan sekolah. Cuba diselamatkan oleh pekerja shell berhampiran tetapi dua-dua dihanyutkan air. Kesian giler. Lelaki tu saudara baru. Baru tak baru la. Memeluk Islam pada tahun 2000. Tapi kakak dia bagitau dia memang sangat baik orangnya. Walaupun tahu dia tak reti berenang, tapi dia sanggup ni nak selamatkan budak perempuan tu. 

Lelaki tu dah dapat pun capai rambut budak cina tu. Tapi mungkin sebab arus air parit tu kuat sangat, dia pun terjatuh sama dan dihanyutkan air. Jenazah mangsa dijumpai 3 hari lepas di Sungai Maong. Agak jauh jugak dari tempat kejadian. Budak cina tu pulak sampai sekarang tak jumpa lagi. Sadis kan? 

p/s: Line tenet slow gila. Gambar banjir kat twitter aku, @Amni_Amirul

5 kata-kata jiwang:

Anne said... BALAS

ya lah, kesian kan. May their soul rest in peace.

kiwi said... BALAS

rasa kat teregganu pon ade sekolah name batu lintang kat jertih x silap

erolnukman said... BALAS

tedah..sian oo.yalah kmk ngenang kawasan batu lintang sia banjir.mst teruk..maktab apa ndak cerita..huhuhu

Cik Amni said... BALAS

Dear Kak Anne,
Aminnnn...


Dear Kiwi,
oh.. ye ke... tau daerah-daerah kat ganu je.. hehehe''


Dear Cikgu erol,
Sik pasti juak cikgu.. tapi sekolah teknik pun banjir masa ya... semua miak balit...

Namee Roslan said... BALAS

:( sedihnya amni.masuk berita ??

Newer Post Older Post Home