Thursday, January 5, 2012

Kenapa Nak Lari? Ex-GF kamu ke?

Aku memang tak boleh tahan nak gelak kalau betul kakak yang aku cerita pada entri lepas, Lebih Baik Lari Dari Menyakitkan Hati Kan? itu ex-gf kamu. Aku bukan takut. Dan dia bukan ex-gf kamu. Setuju dengan kak anne, bukan takut, tapi menyampah. eh? 

Meh aku cerita kenapa, since tak paham pun kan kenapa aku sampai nak larikan diri bila nampak kakak tu.

Dulu, dulu dulu... kalau pernah baca entri aku, aku ada buat bisnes printing kat kampus-kampus di kuching. Salah satunya UNIMAS. Masa tu ramai jugak yang berminat nak run bisnes dengan aku. Tapi sebab baru mula, makanya aku lebih percaya nak bagi kat kawan-kawan persatuan aku.

Aku bagi modal, dan mereka akan jalankan. Untungnya aku bagi, 40% aku, 20% untuk buat modal balik, 20% untuk yang run business, 20% untuk persatuan.

Nak dijadikan cerita, bisnes aku ni bukan atas nama persatuan. Tapi ramaiiiiii yang ingat ini bisnes persatuan. Termasuklah dengan kakak tu. 

Suatu hari ini, persatuan buat satu program yang pengarahnya aku, timbalan pengarahnya kakak tu. Ada jugak aku cerita kat entri-entri lepas aku malas nak korek. Harusnya aku dahulukan kawan yang run bisnes untuk urusan printing dan photostat kan? Lebih mudah, dan murah. Makanya aku soh sorang adik ni, yang run business printing aku kat UNIMAS. Kebetulannya dia jugak Setiausaha untuk program aku tu. Jadi, senang.

Tah macam mana pandai-pandai je kakak tu masuk campur. Dia cakap, kenapa nak berbisnes untuk persatuan. Bagi free sudah. Kalau tak boleh, dia nak persatuan bayarkan semua modal aku untuk bisnes aku tu supaya urusan printing semua dapat free.

Eh??????

Bisnes aku kot! Kenapa plak kau nak masuk campur? Lagi pulak kalau ko bayar modal, lebih mahal kot dari kos printing untuk program segala.

Kakak tu tak kira. Dia tanpa persetujuan aku, terus buat keputusan macam gitu. Adik tu pulak ikut aje. Yer la. Kakak tu senior dalam persatuan. Cakap dia semua kena ikut. Memang masa tu rasa macam nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk je sekeh kakak tu. 

Tapi sebab masih ada respect aku malas nak sound direct kakak tu. Memang sangat lah tidak sopan kan? Matilah aku kalau program aku tak jalan sebab kes kecik tu. 

Jadi, aku abaikan. Aku kata, kalau dia nak sangat bisnes tu, amik la. Tapi pulangkan modal aku lah. Supaya aku boleh buat untuk satu tempat kat tempat lain pulak kan.

Habis program, kakak tu asyik gesa aku soh cakap dengan Yang Di Pertua Persatuan untuk claim semua urusan program. Katanya adik-adik AJK yang banyak guna duit sendiri dah bising-bising mintak duit mereka balik. Aku macam pelik lah. kenapa aku tak dengar pulak adik-adik mengadu dengan aku. Lepas tu kakak tu siap cakap lagi, duit modal printer aku yang dia janji nak bayar guna duit program tu pun masih lagi dekat Yang Di Pertua. Kalau aku lambat cakap dengan Yang Di Pertua, lambat la duit aku nak masuk. 

Aku cuma fikir, duit adik-adik AJK je. Risau. Dan-dan aku jumpa Yang Di Pertua. Beserta dengan REPORT YANG KAKAK TU BUAT.

Dapat je duit semua, rupanya yang banyak duit nak claim tu kakak tu. Harus la kan dia beria-ria nak duit dia balik. Sebab adik-adik AJK tak banyak pun claim nya. Balik dari dapat duit tu, aku soh je kakak tu settle segala urusan claim semua, termasuk untuk claim aku. 

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........

Dah agak lama, aku tanya la kakak tu mana claim aku untuk modal printing tu. Boleh kakak tu cakap,

Kakak tu : Eh, tak de lah duit tu termasuk dalam bajet kita..

Aku : eh? Kenapa pulak?

Kakak tu : KALAU AMNI NAK, NANTI AKAK CLAIM BALIK DENGAN YDP

Heyyyyyy! HARUS AKU NAK! Duit tu duit aku kan?? Kau boleh cakap, KALAU AMNI NAK, NANTI AKAK CLAIM BALIK DENGAN YDP. Kau dah kenapa? Bukan hari tu beriya ke cakap claim aku sekali dalam report?

Masa tu aku memang dah tak boleh nak tahan marah dah. Tapi aku control lagi. Cuma aku memang sound direct la kakak tu. Tak pernah kot aku buat macam tu kat orang. Lepas tu kakak tu berkali-kali mintak maaf dan cakap benda yang sama yang dia nak claim balik dengan YDP. Eh!!! Yang claim sebelum tu pun aku tau yang mintak. Kau? Berani? Memang tak laa... Cakap je pandai. Kenapa kau tak bagi je duit yang kau claim tu kat aku, dah tu, kau claim sendiri nanti kat YDP??

Salah aku sebab percayakan orang-orang dalam persatuan. Salah aku tak periksa dulu betul-betul report tu. Salah aku mula-mula terlalu lembut hati. Salah aku memang dari mulaa... Semua kerana terlalu percaya. Yer la.. kenal dah 6-7 tahun kot. Tidur sebantal, makan setalam, mandi sama-sama semua. Takkan la nak buat macam tu kat kita kan?

Nama pun manusia. Akan buat salah jugak. Cuma bila dah beberapa kali kakak tu buat keputusan ikut kepala dia je, aku jadi bengang. Yang paling bengang kes yang ini la. 

Aku bukan takut dengan kakak tu. Banyak kali dia mintak maaf. Dia SMS, dia CALL. Semua aku tak layan. Malas. Nanti kang aku jadi kurang ajar plak kan? 

Baru-baru ni je dia ada SMS dan aku layan satu dua. Aku maafkan, cuma aku belum bersedia nak jumpa. Sebab aku takut aku buat dia macam tunggul bila depan aku. Kalau nak jumpa, maybe next time. 




p/s: Aku rindu, cuma aku belum bersedia. 




10 kata-kata jiwang:

Cik Cammy Lia said... BALAS

ish kalo cammy pon. cammy angin ngan org mcm ni...mcm bangang pangai.

*Miss Geli^ said... BALAS

jawab kat sini eh?

Titit = Tetek..

dia masih menetet ngan akak ni..


berkaitan entry di atas,

its easy to forgive but never to forget..

tapi, untuk menenangkan hati sendiri, better mahapkan lah..dan lupakan terus..

oshinz said... BALAS

orang macam ni jangan dilayan.. sukahati je nak tipu orang.

me suya said... BALAS

susah jugak situasi kamu amni.. tp kakak tu nak kata tak cerdik, pandai la pulak nak putar belit fakta.. came on laa.. :)

erolnukman said... BALAS

oo..camya ceritanya tekk..hehehhe!

Terbang Bersamaku said... BALAS

tak sepatutnya senior berperangai macam tue..

lepas nie hati2...

LelakiSemalam said... BALAS

biarkan dia sahaja...

.sweet-ants. said... BALAS

amni yg cute kena lebih garang biar semua org takot.. kakak tu goyang sbnrnya tu tp saje je buat2 berani.

hamzah ian said... BALAS

fucked up world.

aku pulak, kena tuduh curi duit.

kah kah kha

Namee Roslan said... BALAS

jahatnya kakak tu. sukahati dia je. sabar amni.takpelah, niat maafkan je. tp hati kita mestilah terguris n ssh nak lupakan. :) menyampah membuak2.

Newer Post Older Post Home