Showing posts with label Persatuan. Show all posts
Showing posts with label Persatuan. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

I LOVE U!

Siapa cakap kalau dapat pasangan yang suka nyanyi ataupun penyanyi ni untung? Hoh. Macam makin malas je nak nyanyi. Kecuali kalau kebetulan masa tu dia practise.

Duluuuuuu.. dulu.. dulu... tiga tahun lepas, aku pernah mintak kamu dengar lagu Plain White T's- 1,2,3,4. Tapi macam-macam kamu cakap. Tak best la apa lah.. Aku soh kamu dengar lirik dia, kamu still tak nak.

Entah macam mana, one day masa join Program Kembara Hijrah pada tahun yang sama, dekat bintulu kamu bagi aku beg porch. Dalam tu kamu letak lirik lagu Plain White tu. Hamboiiiii... Cakap tak suka, susah la apa semua kan.. Tapi masa rehat, balik-balik lagu tu yang kamu nyanyi. Ha sudah. Dengan kawan-kawan nak. Tapi depan aku betul-betul, memang tak la. 

Sampai malam tadi, tiba-tiba masa balik study kamu cakap kamu nak nyanyikan sesuatu. Woha! Lagu fav aku. Dan dah jadi lagu fav kamu jugak. Baru tahu. Mula-mula rasa macam biasa je. Bila tengok sendiri video. Rasa nak tengok lagi, lagi dan lagi. Hilang dah Plain White T's dalam lagu tu. Suka-suki je kamu goreng yerk? Hiks.. So sweet honey!


Come! Here we go! Plain White T's - 1, 2, 3, 4 cover by Amir Jahari


Muka dan resdung dah better dari dulu sebab amalkan VCO. Yeah!

Thursday, January 5, 2012

Kenapa Nak Lari? Ex-GF kamu ke?

Aku memang tak boleh tahan nak gelak kalau betul kakak yang aku cerita pada entri lepas, Lebih Baik Lari Dari Menyakitkan Hati Kan? itu ex-gf kamu. Aku bukan takut. Dan dia bukan ex-gf kamu. Setuju dengan kak anne, bukan takut, tapi menyampah. eh? 

Meh aku cerita kenapa, since tak paham pun kan kenapa aku sampai nak larikan diri bila nampak kakak tu.

Dulu, dulu dulu... kalau pernah baca entri aku, aku ada buat bisnes printing kat kampus-kampus di kuching. Salah satunya UNIMAS. Masa tu ramai jugak yang berminat nak run bisnes dengan aku. Tapi sebab baru mula, makanya aku lebih percaya nak bagi kat kawan-kawan persatuan aku.

Aku bagi modal, dan mereka akan jalankan. Untungnya aku bagi, 40% aku, 20% untuk buat modal balik, 20% untuk yang run business, 20% untuk persatuan.

Nak dijadikan cerita, bisnes aku ni bukan atas nama persatuan. Tapi ramaiiiiii yang ingat ini bisnes persatuan. Termasuklah dengan kakak tu. 

Suatu hari ini, persatuan buat satu program yang pengarahnya aku, timbalan pengarahnya kakak tu. Ada jugak aku cerita kat entri-entri lepas aku malas nak korek. Harusnya aku dahulukan kawan yang run bisnes untuk urusan printing dan photostat kan? Lebih mudah, dan murah. Makanya aku soh sorang adik ni, yang run business printing aku kat UNIMAS. Kebetulannya dia jugak Setiausaha untuk program aku tu. Jadi, senang.

Tah macam mana pandai-pandai je kakak tu masuk campur. Dia cakap, kenapa nak berbisnes untuk persatuan. Bagi free sudah. Kalau tak boleh, dia nak persatuan bayarkan semua modal aku untuk bisnes aku tu supaya urusan printing semua dapat free.

Eh??????

Bisnes aku kot! Kenapa plak kau nak masuk campur? Lagi pulak kalau ko bayar modal, lebih mahal kot dari kos printing untuk program segala.

Kakak tu tak kira. Dia tanpa persetujuan aku, terus buat keputusan macam gitu. Adik tu pulak ikut aje. Yer la. Kakak tu senior dalam persatuan. Cakap dia semua kena ikut. Memang masa tu rasa macam nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk je sekeh kakak tu. 

Tapi sebab masih ada respect aku malas nak sound direct kakak tu. Memang sangat lah tidak sopan kan? Matilah aku kalau program aku tak jalan sebab kes kecik tu. 

Jadi, aku abaikan. Aku kata, kalau dia nak sangat bisnes tu, amik la. Tapi pulangkan modal aku lah. Supaya aku boleh buat untuk satu tempat kat tempat lain pulak kan.

Habis program, kakak tu asyik gesa aku soh cakap dengan Yang Di Pertua Persatuan untuk claim semua urusan program. Katanya adik-adik AJK yang banyak guna duit sendiri dah bising-bising mintak duit mereka balik. Aku macam pelik lah. kenapa aku tak dengar pulak adik-adik mengadu dengan aku. Lepas tu kakak tu siap cakap lagi, duit modal printer aku yang dia janji nak bayar guna duit program tu pun masih lagi dekat Yang Di Pertua. Kalau aku lambat cakap dengan Yang Di Pertua, lambat la duit aku nak masuk. 

Aku cuma fikir, duit adik-adik AJK je. Risau. Dan-dan aku jumpa Yang Di Pertua. Beserta dengan REPORT YANG KAKAK TU BUAT.

Dapat je duit semua, rupanya yang banyak duit nak claim tu kakak tu. Harus la kan dia beria-ria nak duit dia balik. Sebab adik-adik AJK tak banyak pun claim nya. Balik dari dapat duit tu, aku soh je kakak tu settle segala urusan claim semua, termasuk untuk claim aku. 

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........

Dah agak lama, aku tanya la kakak tu mana claim aku untuk modal printing tu. Boleh kakak tu cakap,

Kakak tu : Eh, tak de lah duit tu termasuk dalam bajet kita..

Aku : eh? Kenapa pulak?

Kakak tu : KALAU AMNI NAK, NANTI AKAK CLAIM BALIK DENGAN YDP

Heyyyyyy! HARUS AKU NAK! Duit tu duit aku kan?? Kau boleh cakap, KALAU AMNI NAK, NANTI AKAK CLAIM BALIK DENGAN YDP. Kau dah kenapa? Bukan hari tu beriya ke cakap claim aku sekali dalam report?

Masa tu aku memang dah tak boleh nak tahan marah dah. Tapi aku control lagi. Cuma aku memang sound direct la kakak tu. Tak pernah kot aku buat macam tu kat orang. Lepas tu kakak tu berkali-kali mintak maaf dan cakap benda yang sama yang dia nak claim balik dengan YDP. Eh!!! Yang claim sebelum tu pun aku tau yang mintak. Kau? Berani? Memang tak laa... Cakap je pandai. Kenapa kau tak bagi je duit yang kau claim tu kat aku, dah tu, kau claim sendiri nanti kat YDP??

Salah aku sebab percayakan orang-orang dalam persatuan. Salah aku tak periksa dulu betul-betul report tu. Salah aku mula-mula terlalu lembut hati. Salah aku memang dari mulaa... Semua kerana terlalu percaya. Yer la.. kenal dah 6-7 tahun kot. Tidur sebantal, makan setalam, mandi sama-sama semua. Takkan la nak buat macam tu kat kita kan?

Nama pun manusia. Akan buat salah jugak. Cuma bila dah beberapa kali kakak tu buat keputusan ikut kepala dia je, aku jadi bengang. Yang paling bengang kes yang ini la. 

Aku bukan takut dengan kakak tu. Banyak kali dia mintak maaf. Dia SMS, dia CALL. Semua aku tak layan. Malas. Nanti kang aku jadi kurang ajar plak kan? 

Baru-baru ni je dia ada SMS dan aku layan satu dua. Aku maafkan, cuma aku belum bersedia nak jumpa. Sebab aku takut aku buat dia macam tunggul bila depan aku. Kalau nak jumpa, maybe next time. 




p/s: Aku rindu, cuma aku belum bersedia. 




Older Posts Home