Showing posts with label Digi Jelajah Desa. Show all posts
Showing posts with label Digi Jelajah Desa. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Hadiah Hari Ini?

I am so proud of you...

Tersenyum baca yang ini..

Macam John Meyer eh?

Macam-macam je orang bandingkan kamu...

Bruno Mars?

Walaupun sebenarnya kamu lebih minat Frank Sinatra..

Terima kasih Tuhan..

Pelihara langkahnya..

Pegang hatinya..

Moga sentiasa dalam landasanMu...

amin...

Jom La Pergi Kuching....

Ini penting untuk aku sebenarnya. Kalau tak keberatan, nak mintak tolong boleh? hee...

Pernah dengar tak Digi Jelajah Desa? Sebelum ni ada beberapa siri mereka ke Pahang, Penang, Kedah, Perak dan Selangor. Jadi, tempat lain, mereka belum pergi lagi. Berkemungkinan akan ada lagi Digi Jelajah Desa yang akan datang, kalau ramai yang undi untuk ada lagi. Cumanya, kali ni, kita boleh undi untuk datang ke tempat kita. Apapun, semuanya masih dalam perancangan dan akan di propose kepada pihak Digi.

Antara yang mungkin akan terlibat adalah, Amir Jahari, Aizat Amdan, Mia Sara (sapa tak kenal si comel ni?), Lisa Surihani, Zizan Raja Lawak, Altimet, Sixth Sense, Dian Nadzir dan mungkin akan ada nama-nama lain. 

Jadi kawan-kawan, nak mintak tolong sikit boleh? Tolong untuk vote je.. Boleh ya... 

Klik kat LINK ini, dan isi ruang yang ada. Boleh ya. 



Terima kasih banyak-banyak.






p/s: Hopefully ramai yang undi pergi Sarawak. 

Wednesday, December 14, 2011

Kalau Akad Je Boleh? Yang Penting Nikah...

Ni sambung entri, Memang nak kawen... Tapiiiiiiiiiii... kiranya hari ni ada dua entri dah. eh? Sangat free eh aku?

Baca satu-satu sebab tajuk tak seperti isinya... kalau tak, nanti salah faham.. err..

Siapa cakap akad je tak boleh. Yang penting nikah, majlis nya kemudian kan? 

Kalau bagi orang lain, mungkin boleh. Tapi pada aku, tak manis lah kalau nak buat akad je, lepas tu sok-sok baru nak buat majlisnya. Aku pantang buat kerja dua tiga kali. Kalau nak buat, buat sekali je. Tak payah nak sesak-sesak fikir pasal akad, esok-esok bila dah ada duit baru nak buat majlis. Kang tiba-tiba termengandung lepas akad kan ke haru nak buat majlis masa tengah pregnant.

Aku dan kamu tak de la sampai desperate sangat nak kahwin pun. Dah kebetulannya kawan sekarang ni sedang hangat buat wedding preparation, dan tak lama pulak aku dan kamu nyer anniversary start kawan dan bertunang, lepas tu orang salah faham, tu yang jadi entri yang panjang lebar tak sudah.

Sudahnya kawan-kawan soh kahwin cepat. Jadi, aku bagitau la apa reasonnya tak kahwin lagi. Reason dia mudah. Kursus kahwin pun dak lagi. Meh la tolong vote kuching kat SINI, supaya cepat sikit aku dan kamu nak pergi kursus kahwin. Sebab nya kalau kamu dapat balik kuching, senang la nak arrange masa untuk kursus. Kalau tak balik, macam mana nak kursus. Pulaknya kursus kena buat kat negeri yang kita nak akad tu.  

Siapa cakap Islam tu menyusahkan. Even akad je pun, kena buat jugak walimah nyer kan? Kan dalam Islam pun ada sebut kalau kawin, war-warkan seupaya tak jadi fitnah. Pulak dah kaum kerabat nya ramai. Kang tak buat majlis, orang mengata, buat majlis, kalau tak jemput, orang mengata jugak. Yang mengata tu, sok-sok sakit atinya bukan kita, yang sedihnya bukan kita. Tapi mak ayah kita kan?

Lain la kalau mak ayah jenis moden yang tak kisah apa orang kata. Tapi mak ayah aku dan kamu ni hidupnya dengan adat Melayu yang katanya menyusahkan. Tapi nak ubah masayarakat macam kita bukannya senang kan?

Haruslah majlis kena buat, sekali dengan akadnya. Tak de hantaran kang orang ingat aku ni kahwin free. Faham ke maksudnya kahwin free tu? Tak pasal-pasal fitnah pulak. Nak kawin kalau ikut aku dan kamu, akad memang cukup. Tapi kena fikir perasaan mak ayah jugak. Maka ayah mesti nak yang terbaik untuk anak-anak kan. 

Aku dan kamu kalau ikut memang nak ikut style sendiri je. Senang dan tak menyusahkan. Tapiiiii... kalau tak menyusahkan diri sendiri sekalipun, jangan sampai menyusahkan hati orang tua kan?




p/s: Setiap orang ada pandangan berbeza. Kita tak boleh nak buat orang ikut cara kita. Tak tau la orang faham ke tak. yang penting aku faham kan? 

Memang Nak Kahwin, Tapiiiiiiii.............

Eh, sungguh ke nak datang Sarawak kalau aku dan kamu kahwin ni?




Terharunya kat korang ni,

Sweet ants - hee.. tapi biasanya kalau dah merancang, mesti dah nak kawen kan? hiks...

Juliet - betul ni? =p

Namee - sat g explain nape tak kawen lagi... hahaha... kamu sila kawen cepat...

Ainz - tak pe, kamu dulu pun tak pe.. hihi... rasanya tak de la ramai sangat blogger nak pegi kenduri kawen saya.. haha

MissNied - ok, nanti bitau awal-awal ngan nied.. kena pegi jugak.. hahaha

Nabilah - buat kat kuching je sis.. sebabnya dua-dua pun orang sini kan.. lagipun rumah sebelah taman je.. hehe..

Kitla - ko tak p... siappppppppppppppppppppppppp! hahahahhaha.....

en. labulabi - eh? bukan kitak sudi nak jadi photographer kmk kah? hihi.....

Cik cammy - insha allah. amin... terima kasih atas doanya... =)

Zura - heee.... insha allah.. doakan... kalau ada rezeki... =)

Tia - wahhhh... kerja serian kah tia? sila lah jumpa mun turun ke kch... hihi.. thank u doanya...

Oshinz - wani dah booking nak jadi pengapit takkan oshin tak de.. hahahha

paani - insha allah, will do.. doakan.. hehehe....


Heyyyy... korang ni buat aku teruja nak kawen cepat pulak. Hiks.. Memang nak kawen cepat, tapi masalahnya,

1) Kursus kawen pun tak pegi lagi.

2) Duit tak cukup.

Serius kat Sarawak kursus kawen dah fully booked sampai Januari. Ingatkan kalau kamu balik bulan 12 ni, aku dan kamu nak pergi kursus kawen. Tapi masalahnya, tak tau pulak yang kena booking bagai tu. Adoyaipun. Kalau tak pergi bulan ni, memang tak tau akan pergi bila sebab kamu akan sangat sibuk start bulan Januari ni dengan ASWARA. Kalau lah kamu tak de show untuk balik Sarawak, memang akan lambattttlah lagi, nak ke kursus kawen dan walimahnya.

Sebab tu aku beri-ria mintak tolong kawan-kawan untuk vote di SINI. Sebabnya, kalau ramai yang tolong aku vote kuching, insha allah, kamu akan balik dan aku boleh booking terus untuk pergi kursus kawen. Jadinya, meh la tolong aku mudahkan kerja. hihi....

Yang keduanya, aku dan kamu plan nak guna 100% duit sendiri, tak nak hutang or sponsored by parents untuk kerja kawen aku dan kamu. Jadiiiii.... nak simpan duit tu memang la sangat-sangat ambil masa kan? Tambahan pulak kamu nak sambung belajar lagi. Jadinya memang duit show kamu kena simpan untuk belajar dulu. Kawen? Lepas tolak sana-sini, mungkin akan ambil masa. Kecuali kalau nak buat majlis akad nikah je, lepas kursus kawen memang boleh je. Tu dah lebih dari cukup duitnya. Tapi kena jugak jaga air muka mak ayah kan?

Makanyaaaaaaaaa... sebab tu la kebelakangan ni aku sangat sibuk sampaikan blog pun jarang update. Dan jugak, sebab tu la kalau nampak aku balik-balik promote barang-barang catalyst. Sekarang ni sibuk dengan catalyst sebab aku dah de stokist sendiri. Kalau nak beli, meh la order. Hiks...  Dan sebenarnya sebahagian besar duit simpanan aku untuk kerja kawen aku dan kamu adalah hasil daripada jualan VCO, Femme Vita, Collagen. Terima kasih kawan-kawan yang sentiasa menyokong. Macam tau-tau je aku sedang kumpul duit tuk kawen.

Apapun, duit tu masalah kecik berbanding dengan masalah nak curi masa kamu untuk pergi kursus kawen. Jom la tolong aku supaya kamu dapat balik kuching. Senang je. Just vote kuching untuk form INI. Wahhh.. gitu. Terima kasih atas jasanya. Lepas kursus baru dapat fikir bila tarikhnya dan plan seterusnya... Kalau ada rezeki kamu untuk join INI, mungkin duit tu langsung dah tak jadi masalah dah. Insha Allah, aminnnn... 






p/s : terlalu transparent ke? 
Older Posts Home