Wednesday, December 14, 2011

Kalau Akad Je Boleh? Yang Penting Nikah...

Ni sambung entri, Memang nak kawen... Tapiiiiiiiiiii... kiranya hari ni ada dua entri dah. eh? Sangat free eh aku?

Baca satu-satu sebab tajuk tak seperti isinya... kalau tak, nanti salah faham.. err..

Siapa cakap akad je tak boleh. Yang penting nikah, majlis nya kemudian kan? 

Kalau bagi orang lain, mungkin boleh. Tapi pada aku, tak manis lah kalau nak buat akad je, lepas tu sok-sok baru nak buat majlisnya. Aku pantang buat kerja dua tiga kali. Kalau nak buat, buat sekali je. Tak payah nak sesak-sesak fikir pasal akad, esok-esok bila dah ada duit baru nak buat majlis. Kang tiba-tiba termengandung lepas akad kan ke haru nak buat majlis masa tengah pregnant.

Aku dan kamu tak de la sampai desperate sangat nak kahwin pun. Dah kebetulannya kawan sekarang ni sedang hangat buat wedding preparation, dan tak lama pulak aku dan kamu nyer anniversary start kawan dan bertunang, lepas tu orang salah faham, tu yang jadi entri yang panjang lebar tak sudah.

Sudahnya kawan-kawan soh kahwin cepat. Jadi, aku bagitau la apa reasonnya tak kahwin lagi. Reason dia mudah. Kursus kahwin pun dak lagi. Meh la tolong vote kuching kat SINI, supaya cepat sikit aku dan kamu nak pergi kursus kahwin. Sebab nya kalau kamu dapat balik kuching, senang la nak arrange masa untuk kursus. Kalau tak balik, macam mana nak kursus. Pulaknya kursus kena buat kat negeri yang kita nak akad tu.  

Siapa cakap Islam tu menyusahkan. Even akad je pun, kena buat jugak walimah nyer kan? Kan dalam Islam pun ada sebut kalau kawin, war-warkan seupaya tak jadi fitnah. Pulak dah kaum kerabat nya ramai. Kang tak buat majlis, orang mengata, buat majlis, kalau tak jemput, orang mengata jugak. Yang mengata tu, sok-sok sakit atinya bukan kita, yang sedihnya bukan kita. Tapi mak ayah kita kan?

Lain la kalau mak ayah jenis moden yang tak kisah apa orang kata. Tapi mak ayah aku dan kamu ni hidupnya dengan adat Melayu yang katanya menyusahkan. Tapi nak ubah masayarakat macam kita bukannya senang kan?

Haruslah majlis kena buat, sekali dengan akadnya. Tak de hantaran kang orang ingat aku ni kahwin free. Faham ke maksudnya kahwin free tu? Tak pasal-pasal fitnah pulak. Nak kawin kalau ikut aku dan kamu, akad memang cukup. Tapi kena fikir perasaan mak ayah jugak. Maka ayah mesti nak yang terbaik untuk anak-anak kan. 

Aku dan kamu kalau ikut memang nak ikut style sendiri je. Senang dan tak menyusahkan. Tapiiiii... kalau tak menyusahkan diri sendiri sekalipun, jangan sampai menyusahkan hati orang tua kan?




p/s: Setiap orang ada pandangan berbeza. Kita tak boleh nak buat orang ikut cara kita. Tak tau la orang faham ke tak. yang penting aku faham kan? 

4 kata-kata jiwang:

Myra Jay said... BALAS

Myra ada sorang member,

nikah bulan 6.2011 kenduri rmh pmpuan bln 12.2011,
rumah laki lak bln 3.2012.. ;)

kata kila said... BALAS

yang penting selamat semuanya dan sah ..... kannn syg

♥ p a a n i ♥ said... BALAS

eh kursus kawen kne buat kt negeri yg nk di-akad tu eh?

Amni said... BALAS

Dear Myra,
good for both of them kalau tak kisah letih... =)

Dear kila,
ko faham kan? hee... kalau tak lama dah kawen kan,....=p

Dear paani,
yup! Setau saya la..

Newer Post Older Post Home