Wednesday, January 11, 2012

Tak Sampai Hati, Walaupun didesak

Tadi kat Hot.fm dengat hot chat berkenaan dengan seorang kakak ni mak dia nak dihantar ke pusat jagaan orang-orang tua tapi orang sekeliling melabelkan nya macam-macam. Contohnya macam dia dilabel sebagai tak sedar diuntung dan macam-macam lagi.

Kesian pun ada.

Tak dinafikan mungkin kerana mak dia sunyi lepas bapak dia meninggal tu yang buatkan mak dia nak sangat dihantar ke pusat jagaan orang-orang tua tu.

But still, pada aku, memang tak patut pun nak hantar parents kita ke rumah orang tua.

Kadang-kadang sebab kurangnya komunikasi antara orang tua dan anak-anak tu yang buatkan parents kita kesunyian. Cuma kita tak perasan pun hal yang itu. Lebih-lebih lagi bila dah ada keluarga sendiri, dah ada anak-anak sendiri. Memang masa untuk bercakap dengan parents kita akan kurang.

Aku bersyukur sebab mak aku bekerja dulu walaupun dulu merungut jugak sebab mak bapak sibuk kerja, lunch pun kadang-kadang je bersama. But sill makan malam, bapak aku akan pastikan semua makan sama-sama. 

Aku bersyukur aku kerja dekat dengan rumah sekarang. Cukup la setahun kat pedalaman. Memang seronok. Cuma masa yang aku lalui tak bersama dengan mak aku. Terfikir mesti mak aku sunyi balik rumah dari kerja. Dah la dari form 1 aku tak pernah nya dok rumah sebab dok MRSM. Takkan masa kerja pun nak jauh kan? 

Jadi, aku amik keputusan, resign walaupun gaji berganda besar dari yang sekarang. Yang penting mak depan aku.

Aku bersyukur walaupun sekarang gaji kecik, tapi masa-masa aku banyak dihabiskan dengan mak. Lebih seronok bila dulu balik kerja, aku amik mak aku balik kerja dan borak-borak dalam kereta. Antara masa-masa yang paling berkualiti pada aku adalah masa dalam kereta tu lah. 

Aku bersyukur sebab mak aku dulu bekerja, maka dia ramai kawan. Jadi bila dah pencen sekarang kalau ada masa lapang, selain ke kelas mengaji, kawan-kawan dia yang pencen akan ajak melepak bersama. Kelakar! Tapi jangan tak tau. Mereka melepak biasanya banyak bicara tentang sesuatu yang bermanfaat. \

Pada kakak tu, cuba luangkan masa untuk banyak bercakap dengan mak. Bagi anak-anak pun rapat dengan mak kita. Kadang orang tua ni jauh hati tu yang buat hati terlalu sayu. Lagi la bila suami dah tak de. 

Macam mak aku. Bapak aku, dan kakak aku yang paling rapat dengan mak aku dah meninggal. Mula-mula memang nampak sangat mak aku murung sampai tak tau dah kami nak buat apa. Mujur mak aku bekerja. Jadi, kesunyian tu dapat diatasi. Dan bila dah tak kerja sekarang plak, ada cucu penghibur hati yang akan bertandang setiap hujung minggu. 

Ok, melalut. Just tak sampai hati bila dengar orang tau nak ke rumah orang tua. Mungkin kerana tak de teman nak bercakap tu yang buat dia nak ke rumah orang tua. Mungkin. Mungkin ada jugak sebab lain... 


5 kata-kata jiwang:

labulabi said... BALAS

beruntung dapat keja dekat2 dengan rumah.kmk tok dari zaman bujang sampe dah bekeluarga tok masih lagik di tempat org.dah dolok diam asrama.bila la agaknya dapat duduk di kampung halaman.sabar jak la.

Rt-qaH said... BALAS

bnr kata tak ya.mek tok pun jauh.sumtimes terasa sbb rasa mcm lmk glk x jumpa mak mek, nangga mak mek.setakat dgr sora jak time tpon.. :{

sailaaf said... BALAS

so sweet. bila amni ckp nak mak slalu ada dpan mata.mak kita satu tu jela kat dunia ni.
sy suka lagu amir-tanpamu tu.
hehe.

Zaza Khadri said... BALAS

WEWITT.. TUNANGAN AMIR EH? WAAA. BILA NAK KAHWIN NI. EH? HAHA. BTW, U STUDY ASWARA? NGEH. I EX-UNGRADUATED STUDENT KAT SANA. HAHA! SEDIH!

Ms Tikot said... BALAS

Kmk x dpt berjauhan dgn mak kmk. Mun gi traveling lamak2 atau gi holiday mesti kmk mbak nya juak ;-)

Newer Post Older Post Home