Wednesday, November 30, 2011

Makcik Pecah Kepala, Kemalangan Di depan Satok - 30.11.2011

Baru balik dari lunch di kedai Mr. Atiqah. Hari ni lunch sengsorang. Mujurlah dah biasa dengan Dayang Food Corner. Mereka dah macam family. Tak de la segan sangat walaupun makan sorang-sorang. Ada je yang akan duduk semeja borak sambil teman makan. Kawan-kawan lain ada yang cuti, ada yang keluar awal, ada yang balik rumah. Dan ada yang dating.. err.. itu gurau.

Masa tengah makan ni, terdengar bunyi dentuman dari arah jalan, depan bangunan Satok. Lepas tu, dengar macam kereta brek dengan mengejut. Aku buat bodoh je. Sambil layan twitter. Tak lama lepas tu, kecoh. semua orang cam bergegas ke jalan. Katanya eksiden. Tadi bukan main susah nak carik meja kosong kat Dayang Food Corner tu. Alih-alih banyak giler meja kosong. Aku dan beberapa orang je yang layan makan. Sebab tau, sat gi ada lah wartawan yang menyampaikan berita.

Dan betul. Terus ada yang bercerita sesama sendiri. Aku yang dok berdekatan, tumpang telinga.

Ada makcik dan anak perempuan dia lintas jalan. Tak guna jejantas. Dah besar pun anaknya tu. Makcik tu kena langgar dengan Myvi. Pecah dua kepalanya. Kata yang melihat. Kalau aku memang tak sanggup lah nak tengok. Hemm.. Hidup ke meninggal aku tak tau. Tapi kalau dah kepala pecah dua? Ermm.. Mudah-mudahan semuanya tak la seburuk yang aku gambarkan.

Bukan kejadian pertama. Sebelum ni adik program aku yang eksiden kat tempat yang sama. Atas alasan yang sama. Cumanya tak meninggal. Dia retak tulang belakang, tengkuk retak jugak, kaki tangan patah. Tapi sekarang dah okey.

Pengajaran untuk kita. Kalau ada jejantas, guna lah jejantas tu. Malang memang tak berbau. Kalau dah ajal pun, harapnya janganlah disebabkan kecuaian kita. Kereta memang laju. Lagi la kalau kat lane paling kanan kan. Semua orang takkan sangka akan ada yang berani nak lintas jalan dalam keadaan jalan yang sesak dan berlumba-lumba nak balik ke office atau destinasi masing-masing.

Sedih. 



p/s: Mr Atiqah bakal dapat baby ke dua. Conratulations! Wahh.. Musim orang pregnant ke apa??


7 kata-kata jiwang:

Anisa Hang Tuah said... BALAS

iya..gunakanlah jejantas..

amni,berlainan pulakdgn kisah kat sini.

semalam ada sorang mak cik disambar petir.

time tu die bercakap dalam telefon guna henfon..

ajal datang dengan pelbagai cara.

Zura Tahir said... BALAS

ngeri nye..melibatkan kepala...

Liyana said... BALAS

itu la kan... ade jejantas xnak guna...ade sebab knape org letak jejantas.. hmm sedih..

Cik Amni said... BALAS

Dear Anis,
Kat UNIMAS dua taun lepas ada kes yang sama.. bahaya oh guna hp kan masa hujan dan petir.. adoii..

Dear Zura,
tu lah pasal... memang ngeri..

Dear Sis Liyana,
nak cepat agaknya.. tp memang ngeri la...

Azmie & Vivie said... BALAS

takoot! (T__T)
kepalak pecah duak..perey ajak utak mak cik ya di jalan eh...seriau kak v dgr.

Puan Eka said... BALAS

takutnya...ngeri...
eka sanggup jalan jauh sebab nak guna jejantas

Namee Roslan said... BALAS

takutnya :( emmm..entah apa nak jadi. dah sediakan kemudahan tp still nk mmbahayakan diri..

Newer Post Older Post Home