Tuesday, November 29, 2011

Salah Aku, Tapi Kan Budi Bahasa Budaya Kita?

Tadi gerak dari rumah awal. Sebelum ke office, singgah di post office kat Jabatan Ketua Menteri. Seperti sebelum ni yang aku bagitau, aku memang selalu parking dalam kawasan bangunan Jabatan Ketua Menteri tu. Memang tak de pun undang-undang bagitau tak boleh nak parking sekejap kat dalam kalau ada urusan. Selalu bila aku cakap nak pergi post office, pak guard kat depan, bagi je masuk. Tak de masalah langsung. 

Sampai je kat sana, terus pergi post office sebab takut lewat nak masuk office pulak. Tak sampai 10 minit, urusan selesai. Dari jauh aku nampak ada seorang pak guard ni letak kon untuk tanda sebagai kawasan larangan parking. Oh, okey. Cepat aku gerak kat sana nak keluarkan kereta. Masa nak alihkan kereta tu, kon-kon tu memang sangat mengganggu. eh. Kenapa la 'pandai' sangat letak kon masa orang nak keluarkan kereta. Bagilah kereta keluar dulu, baru lah letak kon kan? 

Aish. aku keluar. alihkan kon. Cadangnya nak letak kon tu balik lepas kereta aku keluar dari kawasan pak guard tu letak kon tu la. Masuk kereta balik. Kereta aku, kalau dah masuk, memang tak dengar lah orang bising ke apa. Tau-tau bila aku tengok pak guard tu balik, boleh dia marah-marah, lepas tu dengan muka masam segala. 

Aku keluar, mintak maaf, lepas tu pekakkan telinga je. Tapi pak guard tu masih gak buat muka masam. 

Apakah? Kerja kat Jabatan Ketua Menteri tapi perangai macam tu? oh tolong! Memang salah aku pun parking kat tepi. Tapi kereta aku tak mengganggu pun. Malah, boleh dua lagi kereta lalu kot. Tapi saja kan carik pasal awal-awal pagi. Memang tak hairan lah pak guard tu ramai orang tak suka. Nak strict tak agak-agak. Belagak sungguh. 


5 kata-kata jiwang:

gadisBunga said... BALAS

pak gad tu PMS~

ok, silakan bersenang hati semula ya.

Liyana said... BALAS

hehe biase la tu amni, pekak kan tinge je... pak guard kat ofis besar2 mmg selalunye begitu, hehehe

Anisa Hang Tuah said... BALAS

kerek jugk pak guard tu

Munnafendy said... BALAS

biasalah...nama jawatan die dlm english kan agak 'gah'... =P

Juliet_iRa~" said... BALAS

hohoho..

ada org sound2 dia kot b4 ni amni..

hee..wat xtau je..:)

Newer Post Older Post Home