Sunday, November 27, 2011

Jangan Bagi Ruang Untuk Disakiti

Tadi kawan aku (lelaki, someone yang dikenali) cakap, ada popuan bagi no phone dengan dia, soh contact. Katanya nak bagi pendapat tentang kawan aku tu. Lepas tu nak mintak opinion kawan aku jugak.

Mereka kenal dekat facebook. Actually, bukan kenal sangat pon. Dah kawan aku ni standart artist cuma dalam bidang motivasi, of course kalo ada yang add kat facebook, dia akan approve je. Mana tau peserta program kan?

Yang menjadi persoalannya, kenapa la popuan ni suka sangat bagi ruang untuk menyakiti dan disakiti? Kawan aku ni dah bertunang dan dah nak kawen pon. Popuan tu bukan tak tau. Rasanya semua orang kat dalam facebook tu tau. Lagi la kawan aku tu jenis open. Tak kisah pon nak kenalkan bakal isteri dia kat public.

Alahaiiii pompuan (bukan untuk semua), jangan lah senang sangat nak rapat dengan lelaki. Lagi la kalau lelaki yang dah berpunya, dah ada tunang, dah ada isteri. Kalau betul niat awak ikhlas, nak bagi pendapat, nak tanya pendapat, kat chat box fb kan ada? Tak perlu lah sampai nak bagi no phone bagai, nak mintak no phone? Mujur yang awak jumpa tu lelaki baik. Kalau yang jenis luar lain dalam lain?

Awak bukan je bakal sakitkan hati awak sendiri, tapi dalam masa yang sama, awak bakal menyakitkan hati perasaan popuan lain. Kalau awak la kan. Agak-agak awak apa awak akan buat kalau ada popuan lain yang buat macam tu kat bakal suami awak?

Hairan!

Esok-esok kalau awak terasa disakiti, tau pulak nak salahkan lelaki kan? Kalau awak yang tak cari masalah, tak terlalu senang dan open dengan lelaki, aku yakin dan percaya, kemungkinan untuk disakiti tu sangat rendah peratusannya. Lelaki kalau layan kita baik, bukan bermakna dia ada hati kat kita. Cuma mungkin itu peribadi dia. Sayangi diri kita, hargai perasaan kita dan perasaan popuan lain, insha allah bahagia tu akan datang dengan sendirinya. Sebab Allah tu Maha Adil.





P/s : Bagi betis, nak paha pulak. Adohai.

8 kata-kata jiwang:

hitamanis said... BALAS

btol la. sbb pompaun sokmo beno main ngan perasaan. ahaihhh

Anisa Hang Tuah said... BALAS

jangan main-main dgn instinct perempuan

nabilah_2908 said... BALAS

jenis perempuan yg mungkin tak pernah rasa sakit..

tak fikir tentang org lain..yg dia tahu..apa yg dia nak...dia mesti dapat...benda-benda lain tolak tepi..

p/s :takpe kalau Amni jarang menjenguk tempt sy.. sy pun jarang gak kan... :)

teringat kat Amni...mcm dh lama tak ambil tau kisah Amni..tu yg sy ke sini..hehe..

Amni gak..take care...(^_^)

[fArAh aLiAs] said... BALAS

datang promote my shop!! support me dear!!

http://dewarisankami.blogspot.com/

Syahirah Suhaili said... BALAS

kmk nang sokong mena la entry ktk tok..haha..dlm cgek hal,pompuan tok nang snang nak dedah dirik nya ngan benda nok nya dirik tauk bakal nyakit nya..cgek gk hal nak pasal nya bakal nyakit ati pmpn len..adeh2..

Namee Roslan said... BALAS

kdg2 prmpuan sendiri yg jahat. serious sy ckp. perempuan sendiri yg jahat back stabbed kaum prmpuan sndiri. pdhl sesama prmpuan pttnya faham lah kan.

Yumida said... BALAS

nang juak bena.....mun sik gia..alu rasa xda cabaran...biasa la ya...berik kaki manok..mintak geruk...

sya hassan said... BALAS

betoi2.. cheq stuju.. buat apa dk terhegeh2 kat bakal laki org... baek la pi cri org lain.. nnti depa jgk yg makan ati.. adoyaii..

Newer Post Older Post Home