Showing posts with label Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Jabatan Ketua Menteri Sarawak. Show all posts

Friday, March 2, 2012

STOKIST VCO CATALYST SARAWAK DAN SABAH

Semua sedia maklum Virgin Coconut Oil ni sangat banyak khasiatnya. Kalau kita search pun, banyak sangat jurnal pasal Virgin Coconut Oil ni. Cuba seacrh VCO dan HIV/AIDS. Dipercayai VCO boleh merawat pesakit HIV/AIDS. Tapi oleh kerana dia kategori supplement, maka dia tak boleh diumumkan sebagai ubat penyembuh HIV/AIDS. Jum baca sini, kisah benar di Indonesia. Selain daripada ni, banyak lagi khasiatnya yang lain. 

Ramai tanya. Tak tau nak cari kat mana produk catalyst terutama Virgin Coconut Oil kan. Kat semenanjung memang merata. Tapi kalau kat Sabah dan Sarawak, memang susah nak jumpa. Market luas, peluang besar, sebab catalyst ni masih lagi fresh. Sebabnya, kat sabah dan sarawak memang stokist sangat sikit. Lastnya semua orang beli kat Semenanjung. Satu sebab nak jadi stokist ni sangat ekslusif. Orang apply, tapi HQ akan tapis balik. Kalau awak dapat tu maksudnya awak memang sangat layak! 

Yang bestnya jadi stokist ni, kita akan dapat keistimewaan untuk beli dengan harga pukal.  Lagi, stokist ni sangat ekslusif. Kat satu-satu kawasan sangat terhad. Yang untungnya, awak nyer persaingan akan kurang la kan? Yang lagi satu, awak boleh lantik agen awak sendiri jugak. Jadi lebih senang nak bergerak. Dan catalyst BUKAN MLM. Kalau marketing awak bagus, awak akan dapat lebih. Kalau awak rajin, yang untungnya cuma awak. Maksudnya awak bekerja untuk diri sendiri. 

Berikut adalah senarai harga produk catalyst dan senarai harga jual kepada pengguna.



Ok, kat mana tempat yang perlukan stokist ni. Siapa cepat dia dapat la kan? 


Selain dari tempat ni? Dah ada stokist. Contoh macam Kuching, Miri, Limbang, dan Kota Kinabalu, semua dah ada stokist. Dan kalau ada daerah kecik-kecik dari atas ni, kita terus sub pada stokist berdekatan. Contoh Tanjung Manis memang tak de, sebab kita letak stokist di Sarikei. Tapi semuanya bergantung kepada keperluan suatu hari nanti.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang macam mana nak jadi STOKIST ni, boleh direct call or SMS Distributor Catalyst SARAWAK, Kartini Sulaiman - 016-8789437 atau boleh email dengan dia, kartini.eprkca@gmail.com. 

Tempat terhad, siapa cepat, dia dapat kan? Terima kasih. 

Saturday, January 21, 2012

VCO Catalyst

Hari tu borak-borak dengan kamu,

Kamu : Tau tak sampai je KL hari tu, kawan-kawan tegur dah makin kurus, dan muka pun dah agak licin.. dan berseri.. wahhh,,,,,

Aku : Serius?

Kamu : Pastu dorang tanya pakai apa... hahahhahah...

Aku : cakap tak makan VCO?


Tu kamu cakap. Sekarang masuk bulan kedua kamu amalkan Virgin Coconut Oil (VCO). Sebenarnya memang banyak testimonial pengguna VCO yang memberi komen positif. Tapi biasalah kan. Lain orang lain hormonnya. Jadi, masa yang diambil untuk memberi kesan positif bagi setiap orang memang berbeza.

 Pengguna VCO 1 : "Kulit semakin halus....."



 "Pengguna VCO 2:  Saya guna tu, ada kawan pejabat tanya, kenapa muka macam makin berseri dan licin.. Guna foundation apa? Dari tahun lepas guna Simplysity, tak de pulak yang cakap muka berseri. Tapi bila amalkan VCO hampir sebulan, ada juga yang perasan perubahan muka yang semakin cantik... Lepas tu ajak tunang makan VCO jugak, dia pun cakap muka kurang berminyak dah.. Biasa kerja kat site ni berpanas... "





Pengguna VCO 3

Ini antara komen yang aku print screen. Kalau jalan dari satu blog ke satu blog, akan jumpa ramai lagi testimonial pengguna VCO. 

VCO bukan saja baik untuk kulit, tapi VCO juga baik untuk yang lain-lain seperti,
  • Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
  • Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
  • Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
  • Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
  • Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin
  • Melindungi tubuh daripada kanser.
  • Jerawat cepat susut
  • Regular semula PMS anda
  • Sistem penghadaman lebih baik
  • Kesuburan
  • Kurangkan rasa senggugut
  • Batuk dan Selsema cepat hilang
  • Mengurangkan tidur berdengkur,


Untuk info lebih lanjut, boleh rujuk ke
http://catalyst2u.net/

Harga, RM39.90 (Semenanjung Malaysia), RM43.90 (Sabah/Sarawak) 


Kalau ada yang dari luar nak beli VCO,

Postage  ke Semenanjung, RM9.00
Postage dalam Sarawak dan Sabah, RM6.00

Aku bagi harga postage tu untuk pembelian SATU hingga TUJUH unit VCO. Kalau beli SATU aku bagi harga tu, kalau beli TUJUH pun harga tu postage nya.  

Macam mana nak order dan nak tanya soalan? Hubungi, aku Agen Catalyst Kuching, kat talian 016-8789437. Terima kasih. 

Tuesday, November 29, 2011

Salah Aku, Tapi Kan Budi Bahasa Budaya Kita?

Tadi gerak dari rumah awal. Sebelum ke office, singgah di post office kat Jabatan Ketua Menteri. Seperti sebelum ni yang aku bagitau, aku memang selalu parking dalam kawasan bangunan Jabatan Ketua Menteri tu. Memang tak de pun undang-undang bagitau tak boleh nak parking sekejap kat dalam kalau ada urusan. Selalu bila aku cakap nak pergi post office, pak guard kat depan, bagi je masuk. Tak de masalah langsung. 

Sampai je kat sana, terus pergi post office sebab takut lewat nak masuk office pulak. Tak sampai 10 minit, urusan selesai. Dari jauh aku nampak ada seorang pak guard ni letak kon untuk tanda sebagai kawasan larangan parking. Oh, okey. Cepat aku gerak kat sana nak keluarkan kereta. Masa nak alihkan kereta tu, kon-kon tu memang sangat mengganggu. eh. Kenapa la 'pandai' sangat letak kon masa orang nak keluarkan kereta. Bagilah kereta keluar dulu, baru lah letak kon kan? 

Aish. aku keluar. alihkan kon. Cadangnya nak letak kon tu balik lepas kereta aku keluar dari kawasan pak guard tu letak kon tu la. Masuk kereta balik. Kereta aku, kalau dah masuk, memang tak dengar lah orang bising ke apa. Tau-tau bila aku tengok pak guard tu balik, boleh dia marah-marah, lepas tu dengan muka masam segala. 

Aku keluar, mintak maaf, lepas tu pekakkan telinga je. Tapi pak guard tu masih gak buat muka masam. 

Apakah? Kerja kat Jabatan Ketua Menteri tapi perangai macam tu? oh tolong! Memang salah aku pun parking kat tepi. Tapi kereta aku tak mengganggu pun. Malah, boleh dua lagi kereta lalu kot. Tapi saja kan carik pasal awal-awal pagi. Memang tak hairan lah pak guard tu ramai orang tak suka. Nak strict tak agak-agak. Belagak sungguh. 


Wednesday, October 19, 2011

Pengaruh Itu Perlu!

Siang tadi, lepas jemput si Kecik Kakak dari Tahfiz ABIM, aku singgah ke post-office untuk hantar VCO yang customer dari Miri pesan. Nak dijadikan cerita, aku pergi post office di Jabatan Ketua Menteri, tempat aku pernah berkhidmat sebagai Sukarelawan selama setahun di Unit Pengurusan Sumber Manusia. 

Nak dijadikan cerita, sebab mak aku pun kerja kat Jabatan Ketua Menteri jugak, cumanya berlainan unit, makanya, ramailah yang kenal aku. Jadi, kalau kau nak poyo kat bangunan mak kau kerja, memang tak boleh lah. 24/7 kena sopan santun. Sebabbbbbb? Setiap benda kau buat, orang akan report kat mak kau. Tiba-tiba jadi hipokrit jap. eh? Tak. Aku kat mana-mana, sama je. Depan mak aku ke tak, memang tak de beza. Jadi,. memang tak de benda la aku nak risau. 



5-7 minit jer dari rumah aku.


Berbalik pada cerita tadi.. Orang luar biasanya akan parking kat luar, kawasan tempat letak kereta awam yang telah disediakan. Sebelum masuk, kena ambil pas kat guard post. Tapi sebab Pakcik-pakcik penjaga keselamatan Jabatan Ketua Menteri tu rata-rata kenal aku, mereka akan bagi masuk je dan parking kat tempat letak kereta di dalam, belakang bangunan. 

Pakcik-pakcik lama ni cool je. Alih-alih bila aku nak parking kat belakang, kena sound dengan penjaga-penjaga keselamatan yang baru. Katanya tak boleh nak parking kat belakang tu sukahati.. Heyyy.. Kalau guard post aku lepas, apa masalahnya aku tak boleh parking kat belakang kan?

Tengokkkkkkkkkkkkkkkkkkk..... oleh kerana aku tak de pengaruh dengan orang-orang baru ni, makanya ikut suka mereka je nak cakap apa. Aku cakap aku nak masuk kejapppppp je... Yer la.. dah masuk kot. Takkan nak keluar balik kan? Masuk, uruskan apa yang perlu, 15 minit kemudian, aku keluar. Boleh dia sound lagi. Tapi aku buat de' je la.. Lepas tu cakap terima kasih dan blah. 

Haihh.. itulah hidup. Sekarang ni, kalau tak kenal sesiapa, memang susah. Nak carik kerja pon kena kenal orang dalam. Kalau tak?? Memang lambat nak dapat kerja. Kalau ada pun kerja, mungkin kalau bab gaji, awaklah yang paling lambat nak naik. 

Sama jugak dalam industri seni Malaysia. Ada bakat je tak cukup. Kena ada pengaruh yang kuat. Kalau tak? Orang tak nampak pun bakat awak. Walaupun ramai yang tahu, tapi yang tahu tu bukan dalam kalangan orang atasan, memang lambat lah awak nak naik. Tapiiiiii.... once awak naik sebab bakat, awak akan lebih bertahan lama. Sebab orang-orang bawah ni pengaruh dia lebih besarrr... Tak percaya? 

Pilihan di tangan kita nak jadi orang macam mana kan? Kena pandai pilih. 






p/s: Ramai orang cepat kaya sebab rasuah. Tapi sampai bila nak hidup dengan rasuah, makan duit tak halal kan?
Older Posts Home