Wednesday, October 19, 2011

Pengaruh Itu Perlu!

Siang tadi, lepas jemput si Kecik Kakak dari Tahfiz ABIM, aku singgah ke post-office untuk hantar VCO yang customer dari Miri pesan. Nak dijadikan cerita, aku pergi post office di Jabatan Ketua Menteri, tempat aku pernah berkhidmat sebagai Sukarelawan selama setahun di Unit Pengurusan Sumber Manusia. 

Nak dijadikan cerita, sebab mak aku pun kerja kat Jabatan Ketua Menteri jugak, cumanya berlainan unit, makanya, ramailah yang kenal aku. Jadi, kalau kau nak poyo kat bangunan mak kau kerja, memang tak boleh lah. 24/7 kena sopan santun. Sebabbbbbb? Setiap benda kau buat, orang akan report kat mak kau. Tiba-tiba jadi hipokrit jap. eh? Tak. Aku kat mana-mana, sama je. Depan mak aku ke tak, memang tak de beza. Jadi,. memang tak de benda la aku nak risau. 



5-7 minit jer dari rumah aku.


Berbalik pada cerita tadi.. Orang luar biasanya akan parking kat luar, kawasan tempat letak kereta awam yang telah disediakan. Sebelum masuk, kena ambil pas kat guard post. Tapi sebab Pakcik-pakcik penjaga keselamatan Jabatan Ketua Menteri tu rata-rata kenal aku, mereka akan bagi masuk je dan parking kat tempat letak kereta di dalam, belakang bangunan. 

Pakcik-pakcik lama ni cool je. Alih-alih bila aku nak parking kat belakang, kena sound dengan penjaga-penjaga keselamatan yang baru. Katanya tak boleh nak parking kat belakang tu sukahati.. Heyyy.. Kalau guard post aku lepas, apa masalahnya aku tak boleh parking kat belakang kan?

Tengokkkkkkkkkkkkkkkkkkk..... oleh kerana aku tak de pengaruh dengan orang-orang baru ni, makanya ikut suka mereka je nak cakap apa. Aku cakap aku nak masuk kejapppppp je... Yer la.. dah masuk kot. Takkan nak keluar balik kan? Masuk, uruskan apa yang perlu, 15 minit kemudian, aku keluar. Boleh dia sound lagi. Tapi aku buat de' je la.. Lepas tu cakap terima kasih dan blah. 

Haihh.. itulah hidup. Sekarang ni, kalau tak kenal sesiapa, memang susah. Nak carik kerja pon kena kenal orang dalam. Kalau tak?? Memang lambat nak dapat kerja. Kalau ada pun kerja, mungkin kalau bab gaji, awaklah yang paling lambat nak naik. 

Sama jugak dalam industri seni Malaysia. Ada bakat je tak cukup. Kena ada pengaruh yang kuat. Kalau tak? Orang tak nampak pun bakat awak. Walaupun ramai yang tahu, tapi yang tahu tu bukan dalam kalangan orang atasan, memang lambat lah awak nak naik. Tapiiiiii.... once awak naik sebab bakat, awak akan lebih bertahan lama. Sebab orang-orang bawah ni pengaruh dia lebih besarrr... Tak percaya? 

Pilihan di tangan kita nak jadi orang macam mana kan? Kena pandai pilih. 






p/s: Ramai orang cepat kaya sebab rasuah. Tapi sampai bila nak hidup dengan rasuah, makan duit tak halal kan?

11 kata-kata jiwang:

labulabi said... BALAS

pernah sekali jak pegi sia.ya pun atas urusan kerajaan.hehehe.kinek tok nang susah nak carik keja.mula2 dolok putus asa juak nak mohon keja perentah.bak kata kak lehot aus lif bangunan sultan iskandar ngan tapak kaki aku.lom termasok jamban nya agik.hehe.tapi rejeki ada di mana2.hehe.yang paling bagus bisnes la.kmk pun mok bisnes juak.hehe

Kathy Tuah said... BALAS

kmk masuk cya tek nang pakei pas..hehe..jauh jak rasa jalan..hihi..tp bena, kinek tok suma mok makei 'kabel'..adeh!

Amni said... BALAS

Dear Encik Labulabi,
kitak nang boleh dah molah bisnes bah.. jadi photographer serius gik kitak.. ka memang dah jadi? kmk pun mok bisnes.. tapi bisnes perlu kabel juak.. ya kmk start dengan kecik2 lok.. hee...

Dear Sis KT,
kannnn... nang jauhhhh... nang semua perlu kabel.. mun dak? alahaiii.. lambat la cerita oo..

Yumida said... BALAS

rindok ati org dh temu...mesti bunga2 love beguguran...ala2 musim autumn in my heart..hihi

nabilah_2908 said... BALAS

kat situ ada provide sticker yg boleh di tampal kat kereta kita...kereta yg ada pass tu je boleh keluar masuk...? kalau ada..Amni tampal la kat kereta..

mcm sy...hehehe...bebas keluar masuk kt tmpt kerja ayah..sbb ada pass tu..

mmg selalu gak berurusan kan situ...lagi-lagi melibatkan tender..so mudah la nak parking..dekat pun yer..tak perlu jalan jauh2.. :)

Hanis MY said... BALAS

Ssh kan kalau semua pun kena cable huhu... Tkpe kt buat cr halal...

Amni said... BALAS

Dear Nabilah,
ada sticker.. tp sy tak beli pulak sebab saya memang ada pass as sukarelawan yang saya tak hantar lagi.. heee.. selalunya lepas aje.. yang sibuk-sibuk tu yang mengada sebenarnya...=p

Dear Kak Hanis,
hee... sekarang ni memang susah kak.. tapi kalau dah rezeki, orang sekat macam mana pon, insha allah ada rezekinya kan...=)

Zura said... BALAS

ape2 pun nk buat kena ade pengaruh...

ILA HonEyBuNNy said... BALAS

betul tu....pengaruh orang dalam mmg penting...hehe

amalina sahaja said... BALAS

serius entri ni betul.

setuju! (:

Run Away said... BALAS

pengaruh memang sangat penting...ada pengaruh senang sikit....;d

Newer Post Older Post Home