Showing posts with label Dayang Food Corner. Show all posts
Showing posts with label Dayang Food Corner. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Emosi!!

Sehari sebelum balik. aku dan kamu lepak kat Ileq-ileq Cafe. Masa aku dan kamu sampai tu, tiba-tiba ada orang tegur.

Budak tu : Eh, Amir! Dah pandai lepak sini yer sekarang? *cakap dengan nada sarcastik*

Kamu : *senyum je*

Aku : *kerut dahi*

Lepas tu dengar kawan-kawan budak tu gelak-gelak. Kamu masih senyum je. Terus gerak ke gerai kecik kawan kamu yang jual sisha. Kamu relaks, aku plak yang emosi.

Memang la emosi. Budak tu baru lagi pun ke Ileq-ileq. Kenapa tah nak cakap macam tu kat kamu.

Nak je aku cakap kat dia,

Masa 1st time Ileq-ileq dibuka, kamu la yang orang jemput untuk perform.

Owner Ileq-ileq pun dah anggap kamu macam adik siap plan nak sponsor baju untuk majlis kahwin aku dan kamu.

Kau? Ada???

Aku geram orang yang suka pandang sinis kat orang. Padahal kenal pun tak. Kawan apatah lagi. 

Ok, fine! abaikan yang itu. 

Sebelum balik tu, kamu cakap nak surprise kan aku. Kamu ke depan stage, amik microfon.

"This special song goes to my fiancee.."

Kamu tunjuk kat meja aku duduk kat belakang sekali, tanpa perasan sebenarnya aku ikut kamu ke depan stage sebab nak amik video. Kena gelak orang-orang kat meja depan dan kawan-kawan kamu.

Masa tu rasa nak menitis air mata sebab kamu nyanyi lagu Maher Zain, The Rest of My Life. Dan lagu last kamu nyanyi, Dilema betul-betul buat air mata aku mengalir. Kamu siap cakap lagi,

"Lagu ni special untuk kamu, dan lagu ni paling banyak kenangannya..."

Memang sangat banyak. Yang paling pahitnya lagu ni lagu yang kamu bawa semasa kamu digugurkan. Not that kamu tak bagus. *ini bukan puji sebab kamu tunang aku* Tapi serius tak pernah aku lihat kamu nyanyi hancur macam dalam AF. And i know you very well.. Kalau kamu stress, memang kamu tak dapat nak buat. Apapun kamu, I am very proud of you. Cuma mungkin kamu tak pernah tahu. *sebak*





p/s : Abaikan aku yang penuh dengan macam-macam emosi. 

Wednesday, November 30, 2011

Makcik Pecah Kepala, Kemalangan Di depan Satok - 30.11.2011

Baru balik dari lunch di kedai Mr. Atiqah. Hari ni lunch sengsorang. Mujurlah dah biasa dengan Dayang Food Corner. Mereka dah macam family. Tak de la segan sangat walaupun makan sorang-sorang. Ada je yang akan duduk semeja borak sambil teman makan. Kawan-kawan lain ada yang cuti, ada yang keluar awal, ada yang balik rumah. Dan ada yang dating.. err.. itu gurau.

Masa tengah makan ni, terdengar bunyi dentuman dari arah jalan, depan bangunan Satok. Lepas tu, dengar macam kereta brek dengan mengejut. Aku buat bodoh je. Sambil layan twitter. Tak lama lepas tu, kecoh. semua orang cam bergegas ke jalan. Katanya eksiden. Tadi bukan main susah nak carik meja kosong kat Dayang Food Corner tu. Alih-alih banyak giler meja kosong. Aku dan beberapa orang je yang layan makan. Sebab tau, sat gi ada lah wartawan yang menyampaikan berita.

Dan betul. Terus ada yang bercerita sesama sendiri. Aku yang dok berdekatan, tumpang telinga.

Ada makcik dan anak perempuan dia lintas jalan. Tak guna jejantas. Dah besar pun anaknya tu. Makcik tu kena langgar dengan Myvi. Pecah dua kepalanya. Kata yang melihat. Kalau aku memang tak sanggup lah nak tengok. Hemm.. Hidup ke meninggal aku tak tau. Tapi kalau dah kepala pecah dua? Ermm.. Mudah-mudahan semuanya tak la seburuk yang aku gambarkan.

Bukan kejadian pertama. Sebelum ni adik program aku yang eksiden kat tempat yang sama. Atas alasan yang sama. Cumanya tak meninggal. Dia retak tulang belakang, tengkuk retak jugak, kaki tangan patah. Tapi sekarang dah okey.

Pengajaran untuk kita. Kalau ada jejantas, guna lah jejantas tu. Malang memang tak berbau. Kalau dah ajal pun, harapnya janganlah disebabkan kecuaian kita. Kereta memang laju. Lagi la kalau kat lane paling kanan kan. Semua orang takkan sangka akan ada yang berani nak lintas jalan dalam keadaan jalan yang sesak dan berlumba-lumba nak balik ke office atau destinasi masing-masing.

Sedih. 



p/s: Mr Atiqah bakal dapat baby ke dua. Conratulations! Wahh.. Musim orang pregnant ke apa??


Wednesday, October 5, 2011

Dah Tahu Kenapa Hati Tak Keruan Semalam....

Semalam aku ada cakap hati aku semacam jer. Berdebar-debar, rasa nak nangis yer jugak. Entah apa-apa jer. Mak aku cakap, kalau macam tu, memang ada lah yang dok cakap pasal kita.

Tadi, lepas pergi bank, terasa nak makan kat Dayang Food Corner. Ingat Mr. Atiqah? Yes! Kedai Makan Mr. Atiqah jaga. Sampai jer sana, ingat nak masuk senyap-senyap. Sekaliiii... Mr. Atiqah perasan aku datang...

Mr. Atiqah : oiiiiii.... panjang umur... dua tiga hari ni kami carik amni tau...

Mak Cik kepada Mr. Atiqah : Ya allah.. panjang umur... tercarik-carik mana la tunang Amir ni lama tak nampak...

Aku pergi salam mereka sorang-sorang. Alahaiiii... rindunya lah ngan mereka.

Aku : Sibuk kerja sikit... Biasa makan kat rumah jer...

Mr. Atiqah : Ingatkan Amni ngan kawan-kawan dah ada port lain nak makan.. lama tak nampak pergi sini...

Mak Cik kepada Mr. Atiqah : Tu laaaa.... selalu jer carik tak nampak batang hidungnya.....

Terharu aku. Tak sangka plak orang ingat kita macam tu kan.. Lepas makan, borak-borak ngan mak cik yang buat air kat dapur pulak...

Mak Cik Dara : Mana tak nampak?

Aku : Sibuk sikit dengan kerja cik...

Mak Cik Dara : owhh...

Aku : Amir mana?


Lepas tu borak-borak kejap. Balik office. Dah lega. Senan hati. Patut pun aku asyik nak makan kat Dayang Food Corner je kebelakangan ni. Rupanya memang diseru. Hiks..

p/s: Pernah tak rasa berdebar-debar macam tu?

Friday, May 28, 2010

Surprise....


“Lagu ini ditujukan buat semua terutama kepada kekasih hati saya…”Kata kamu sambil memandang aku. Pergh…. Serius…. Aku tersipu-sipu malu. Bertambah tersipu-sipu apabila terdengar tepukan yang kuat dari seseorang dari arah luar cafe. Mungkin dari Abi, Bang Is atau Ivan, member band Indonesia yang bekerja dengan Café Station. Mereka memang suka happy go lucky kan. Asik sakat orang.

Oh! My favourite song. Kamu nyanyi lagu U Know I Cant Smile Without You… Tapi nape cam sumbang sket kamu? Nervous eh? Ahaha…

Lama dah tak jumpa kan? Cadangnya nak buat surprise balik umah hari ni. Skali, sebab tetiba kamu terlebih emo. Erk? Kamu call banyak kali tapi tak dapat. Msg pon aku tak reply. Camne nak angkat call kalau aku dalam ekspress. Bising + tak nak kamu tau aku dalam ekspress.. Tapi akhirnya? Surprise gagal. Kamu dah ngereco + ngerepak. Eh? Pandai dah yer kamu.

Sampai depan umah, aku lak surprise. Kamu cakap, kamu tido. Skali, rupa-rupanya kat umah mber. Bengangnya. Tipu orang… Hish! Tapi last-last masa aku nak driving keluar, kamu datang dengan gitar. Cakap nak pegi Station. Ada something yang special. Untuk aku ke? Wee….

Lepas tukar baju, aku dan kamu ke Station. Sampai Station yang terletak kat Alakat, terus je kamu bawak aku jumpa Band Indonesia yang dah hamper enam bulan bekerja untuk Station. Rindu sih sama mereka. Last jumpa mereka semasa aku cuti tiga hari dua bulan yang lepas. Oh! Mereka plak yang exited tengok aku. Kebetulannya mereka banyak tahu pasal aku dan kamu. Dan mereka sangat suka aku dan kamu kan? Oh No! Perasan comel di sini.

Cadangnya nak lepak sekejap je sebab nak pegi kat Dayang Food Corner. Tapi budak-budak tu sengaja tahan kita sampai pukul 11 malam. Dari tiga lagu yang kamu nyanyi solo, mereka tahan lagi untuk kamu nyanyi beberapa lagi. Siapa yang pegi malam tadi kat Station, mesti dah kenal aku dan kamu. Kebetulannya aku duduk di tengah café. Wahh…

Aku malu-malu teddy bear jadinya. Eh? Kamu memang suka buat surprise jugak kan? Tapi surprise aku dan kamu hari ni dua-dua tak jadi sebab nya dua-dua emo. Uh! Apapun, hari ini berakhir dengan senang hati.

Aku Yang Emo Lagi,
Amni
Older Posts Home